Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, May 6, 2012

Guru Sekumpul, liputan sekitar hari dimakamkan

Subahanallah , dah lama saya melihat gambar Guru Sekumpul dan selalu membuka Qasidah yang dibaca oleh Kiyai tetapi malam ini terdetik untuk mencari maklunat tentan Guru sekumpul.Allahuakbar terasa amat sayu dan jatuh perasaan cinta pada ulama pewaris Nabi yang dikenali Guru Sekumpul . Masyallah , harap saya dan yang mencintai beliau akan bersatu roh kita dengan roh beliau dan bersatu kita diakhirat kelak berasma ulama dan anbia serta aulia. - Helmi Assyafie 6.5.2012 Ahad malam Isnin jam 9.20 Malam



Musholla Ar Raudhah Sekumpul. Disinilah biasanya para jamaah dari kalangan Habaib maupun Jaba berkumpul dalam satu majlis ilmu, yang hadir baik dari Martapura (Kalimantan Selatan) sendiri maupun luar daerah seperti Kalimantan Timur, Kalimantan Tengan, Kalimantan Barat hingga dari luar Kalimantan berkumpul untuk mengikuti pengajian (pembacaan kitab) yang dipimpin oleh Al ‘Alimu ‘Allamah Al ‘Arif Billah Syekh Muhammad Zaini bin Abdul Ghani Al-Banjari (Guru Sekumpul) ulama besar dari Kalimantan Selatan, tak ketinggalan para Habaib dari tarim Hadral maut juga sering datang untuk hadir dan bertemu dengan Ulama Besar ini, ketika beliau masih hidup Mushola ini merupakan sentra utama dakwah di Martapura dan sekitarnya. Selain pembacaan kitab ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasawwuf diadakan juga Maulid Habsyi (malam senin), dan Burdah (malam jum’at) yang masih berjalan hingga sekarang, majlis Burdah dan Habsyian di Musholla Ar Raudhah Sekumpul tetap dihadiri oleh banyak jamaah dari Martapura dan sekitarnya hingga memadati halaman Mushola dan rumah warga di Komplek Sekumpul Martapura, walaupun guru yang tercinta sudah wafat, namun magnet kecintaan kepada Rasulullah SAW yang di wariskan oleh beliau tidak akan pernah pudar di hati para jamaah. Menjelang Ramadhan yakni pada malam 15 bulan Sya’ban Majlis Habsyian dan Burdah diliburkan untuk sementara bulan Ramadhan sampai hari keenam setelah Hari raya Idul Fitri, karena akan dilakukan sholat tarawih berjamaah selama bulan Ramadhan
Allamah Al ‘Arif Billah Syekh Muhammad Zaini bin Abdul Ghani Al-Banjari (Guru Sekumpul) ulama besar dari Kalimantan Selatan 


Kenangan Suara Tn Guru Kiyai Zaini / Guru Sekumpul


Guru Sekumpul juga sempat memberikan beberapa 
wasiat kepada seluruh kerabat, para murid dan kaum muslimin. yang di buat pada hari Ahad Tanggal 11 Jumadil Akhir 1413 H , yakni:
Menghormati ulama dan orang tua
1. Menghormati ulama
2. Murah diri, murah hati, manis muka.
3. Memaafkan segala kesalahan orang lain.
4. Jangan bersifat tamak dan memakan harta riba.
5. Jangan menyakiti orang lain.
6. Jangan merasa baik dari orang lain.
7. Berpegangn kepada Allah segala hajat yang dikehendaki.
8. Baik sangka terhadap muslim.
9. Banyak-banyak sabar apabila mendapat musibah, banyak-banyak syukur atas nikmat.
10. Tiap-tiap orang yang iri dengki atau adu asah jangan dilayani, serahkan segala sesuatu kepada Allah (tawakkal).

  
Jamaah pengajian di Musholla Ar Raudhah
Sekumpul Martapura.









Jamaah Maulid Al Habsyi di Musholla Ar Raudhah Sekumpul Martapura.

Pada akhir umurnya Guru Sekumpul sering sakit-sakitan terutama pada ginjal, dan penyakit itu membuat
beliau sering cuci darah kadang sampai 2-3 kali satu minggu, tetapi dengan kesabaran dan ketabahan beliau walaupun sedang sakit tetap meneruskan pengajian (pembacaan kitab) di Musholla Ar Raudhah Sekumpul.

Guru Sekumpul sempat dirawat di Rumah Sakit Mount Elizabeth Singapure selama 10 hari. Selasa malam 9 Agustus 2005 sekitar pukul 20.30, Guru Sekumpul tiba di Bandar Udara Syamsuddin noor Banjarbaru dengan menggunakan pesawat carter F-28.

 Pada hari Rabu Tanggal 10 Agustus 2005 pukul 05.10 pagi, inalillahi wa'ina ilaihi rozi'un  Guru Sekumpul menghembuskan nafas terakhir dan berpulang ke rahmatullah pada usia 63 tahun di kediamannya sekaligus komplek pengajian, Sekumpul Martapura. Guru Sekumpul meninggal karena komplikasi akibat Gagal Ginjal.
Ribuan jammah hadir untuk mengantarkan  guru sekumpul
ke Raudhatul min Riyadhil Jannah Mereka rela berdesak-desakan demi mengantarkan Abah Guru menuju tempat peristirahatannya yang terakhir.
Jenazah di bawa dari rumah beliau menuju musholla Ar Raudhah yang berada tepat di depan rumah beliau untuk di sholatkan oleh ribuan jamaah yang hadir secara bergantian.
Maqom Syaikhuna Al 'Alimu 'Allamah Al Arif Billah Syekh Muhammad Zaini bin Abdul Ghani Al-Banjari Sekumpul Martapura yang tepat berada di depan Musholla Ar Raudhah, maqom beliau diapit oleh 2 maqom guru beliau yakni Guru Samman Mulia dan Guru Salman Jalil Martapura.



Maqom Syaikhuna Al 'Alimu 'Allamah Al Arif Billah Syekh Muhammad Zaini bin Abdul Ghani Al-Banjari Sekumpul Martapura dan kedua Guru beliau yakni Guru Samman Mulia dan Guru Salman Jalil.
Ribuan warga kota martapura dan sekitarnya berduyun-duyun menuju lokasi Guru Sekumpul akan dimakamkan dan memenuhi Kawasan Jl. Sekumpul, Martapura.
Sebelum dimakamkan di kompleks pemakaman keluarga di dekat Mushalla Ar Raudhah, Rabu sore sekitar pukul 16.00, warga masyarakat yang datang diberikan kesempatan untuk melakukan salat jenazah secara bergantian. Kegiatan ibadah ini berpusat di Musholla Ar Raudhah, Sekumpul, yang selama ini dijadikan tempat pengajian oleh Guru Sekumpul.
Seluruh masyarakat Kalimantan merasa kehilangan seorang Tuan Guru yang menjadi panutan, penerang, dan penyuluh serta pembimbing kehidupan umat.  kharisma dan ilmu  yang dimiliki oleh Guru Sekumpul untuk memimpin dan membimbing umat menuju kedamaian di bawah ridha Allah SWT tidak akan terlupakan,
Selamat Jalan Abah Guru kami semua nanti akan menyusul...!!
Sumber:http://ulamaahlulhadist.blogspot.com/p/musholla-ar-raudhah.html

Saturday, May 5, 2012

Islam akan menjadi kuat apabila terjalin kerjasama antara Ulama , ahli politik dan yang berjihad

Andai kita hendak menjadi pejuang sebenar mempertahankan Ahli Sunnah maka saya lihat cara Habib Rizieq perlu kita contohi . Tegas beliau beperinsip. Terbuka dalam berpandapat . 
Beliau mengariskan beberapa SYARAT UNTUK ISLAM KUAT dalam syarahan ini. 
Secara ringkas Islam akan kuat apabila Ulama yang berdakwah dan berkhidmat sepenuh masa dengan dunia dakwah memberi sokongan kepada pertugas Islam atau ahli yang bertugas untuk Islam , kemudian bekerja sahaja tidak cukup mesti kita berjihad bersama-sama dengan kemampuan masing-masing untuk kuatkan Islam yang kita cintai.  






Bagi pendapat saya sebagai anak muda . Kita perlu kuatkan jemaah Islam kita dengan bersatunya para alim ulama , para alim ulama tidak boleh hanya menjaga madrasah saha , para alim ulama mesti menyokong ulama haraki (ulama yang menjalankan kerja Islam) . Alhamdulillah kita di Malaysia boleh dikatakan 80 peratus ulama Pondok memihak kepada Jemaah Islam . 
Tidak cukup begitu , bukan hanya ulama beri kerjasama untuk ahli yang betugas untuk Islam (orang politik) 
Orang politik juga mesti memberi kerjasama untuk perjuangan ulama menyampaikan dakwah. 
Secara jujur ahli politik sekarang tidak seperti ahli politik zaman Allahyarham Ust Fadzil Mohd Noor , ahli politik zamanya sangat akrab dengan ulama dan para pendakwah atau pendidik. Jujur saya perkatakan orang politik sekarang walaupun dari jemaah kita sendiri (PAS) hanya rapat dengan ulama jika mereka ada hajat seperti hendak bahas hukum , hendak selesai masalah pertelingkahan , hendak pimpin solat hajat dan sebagainya . Ulama yang berdakwah sepenuh masa ini hanya seperti digunakan pada masa tertentu sahaja sedangkan Islam dan jenteranya mesti kuat dan kukuh setiap masa. Peranan ulama seperti tidak berfungsi jika tiada hajat bagi orang politik. 
Ahli politik sekarang ramai yang sebok dengan politik hingga lupa tarbiah rohani ada yang tidak pernah hadir pengajian langsung setelah menjadi ahli politik . Pejuang Islam mesti mantap diri dengan Ilmu agama , mantapkan Aqidah , berlajar hukum syara supaya kerja kita dan ibadah kita diterima Allah.
Bagi saya , untuk kukuhkan jentera dan jemaah kita kita mesti bersatu seperti nasihat Habib Rizieq. Habib Rizieq merupakan ulama , walaupun beliau dari Indonersia beliau tetap ulama , kita mesti terima apa yang dinasihatkan untuk kekuatan Islam kita. 
Saya mendengar ceramah Habib Rizieq malam ini, maka apa yang beliau perkatakan sudah lama saya pendam dalam hati . Takdir Allah malam ini 6.5.2012 terluah sebahgianya kerana sudah tidak tahan melihat keadaan jemaah kini yang makin ghairah untuk bekerja hingga lupa semua ini . 
Ramai orang mampu dakwah tidak mampu kerja dan ada yang mampu kerja tidak mampu berdakwah dan ada mereka dapat kuasai kedua-dua tugas mulia ini . Tetapi satu lagi belum tentu semua dapat laksanakan yang ketiga ini, iaitulah Jihad . Jihad dalam erti kata sanggup berkorban apa sahaja demi Islam . 
Maka kita harus bekerjasama antara tiga ini agar Islam menjadi kuat . 
Sekarang para habaib tidak masuk dengan ahli politik, orang politik tidak masuk dengan habaib , orang tabliq tak mahu politik , orang politik tidak tolak orang tabliq, orang tabliq tidak mahu belajar dari guru selain jemaah mereka sahaja, jika tidak mahu tolong pun sekurangnya kita berlapang dada dan memberi sokongan moral sekurangnya doa. Islam kini lemah sebab ramai kita berpecah dengan haluan masing-masing . Masing-masing nak naikkan organisasi dan bendera masing-masing hingga tidak boleh beri kerjasama untuk kuatkan Islam di Negara kita . 
Saya berbahas diruang ini hanya bahas untuk maslahat Islam saya tidak masuk dalam bahasan politik tanah air lagi , sebab medan ini terbatas tidak mampu saya untuk nyatakan segala pandangan saya . Memandangkan keadaan politik kita di Malaysia unik maka perbahasan agak unik dan panjang juga. 
Jika saudara kata pada saya , Helmi nampak macam nak Islam kuat tetapi mengapa pula kamu bersama PAS yang kini dalam pakatan rakyat ? 
Itulah saya nyatakan bahasan panjang jika hebndak dibahaskan .
 Disini saya tekankan supaya masyarakat kembali pada Islam , Perjuangkanlah Islam. Kita wajib bersatu antara ulama dan orang politik agar Islam kuat dan akan memerintah bumi Malaysia khususnya .
Kita saling perlu memerlukan untuk menjadi kuat. 
Apabila kita (jemaah Islam) kuat dan stabil maka mudah  bagi kita untuk dakwah orang yang tidak mahu kepada Islam kerana kejahilan dan kekufuran untuk bersama-sama Islam . 
Contohilah cara Rasulullah berdakwah dan berjihad . 
INSYALLAH apabila kita bergabung maka ISLAM akan KUKUH 

Maaf andai kata saya ini tidak menyenangkan ramai pihak , tetpi harus saya perkatakan juga walaupun pahit untuk kemenangan Islam yang kita cita-citakan

Nasihat Habib buat pengikut Salafi...Jangan kafirkan Ashairah , Maturidi , Tabliq

Saya amat bersetuju dengan ceramah Habib Rizieq Shihab , Ulama Ahli Sunnah yang lantang pertahankan Ahli Sunnah . 
Habib Rizieq bagi ana seorang yang tegas beperinsip tetapi beliau sangat terbuka . Beliau nasihat golongan Salafi atau wahabi dengan pandangan yang mantap . 
Beliau nasihatkan golongan salafi jangan lantang sesatkan dan kafirkan umat Islam . 
Saya amat-amat setuju dengan Habib 
Saya menyeru kepada masyarakat Malaysia jangan terpedaya denghan ustaz yang suka salahkan ulama Ahli Sunnah . Mereka ini ( wahabi/ salafi) suka sangat menyalahkan ulama dahulu dan suka bekeras dengan hujjah mereka dan menyalahkan semua orang . 
Di Malaysia saya mengenal pasti segelintir ulama Wahabi yang aktif dalam internit , terpaksa saya sebutkan nama mereka supaya masyarakat dapat tapis dulu apa yang mereka sampaikan . Antara wahabi tegar yang aktif  dakwah dalam internet sekarang adalah :


Tunaikan 8 tuntutan Bersih 3.0 , Sabar PAS ada sempadan!- AMARAN PRESIDEN PAS



Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.
Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.

“Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, 
pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.

“Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita.

“Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga,” katanya lagi. 

Video di bawah adalah contoh tindakan ganas regim Najib Razak memperkudakan polis menyerang rombongan Tuan Guru Haji Hadi di terowong KL Sentral semasa BERSIH 2.0 dan pihak polis telah menembak tepat gas pemedih kepada rombongan Presiden PAS - tidak ada provokasi, tidak ada sebarang keganasan tetapi polis telah bertindak zalim - tidak cukup dengan ituPresiden PAS disumbat di dalam Black Maria tanpa belas kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak!



AMARAN TERDAHULU DARI PRESIDEN PAS: 
PAS Boleh Sabar...Tetapi Sabar PAS Ada Sempadan, Ada Batas, Dekat Mana Batas...TUNGGU!!!

Apa Kita Nak Buat...Tunggu Arahan Kita..! Dan Kita Tidak Akan Tunduk... Kepada Penipuan-Penipuan Ini...Dan Kita Bangkit Atas Nama ISLAM...ALLAHUAKBAR...

“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya!

PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri!



SABAR PAS ADA SEMPADAN-PRESIDEN PAS:

Kenangan Majlis Mahabbah Ulama Thurath Kedah bersama Habib Omar Hafidz

Program Mahabbah Ulama Thurath Bersama Habib Umar bin Hafidz
25.4.2012
Himpunan Ulama Thurath Kedah kali kedua tahun 2012

Tn Guru Hj Wahab Hassan bersama Syeikh Toyyib Makkah

Habib Umar 24 April 2012 Di Kedah 

Syeikh Toyyib Al Makki berusia 96 tahun

Tn Guru Hj Wahab Hassan (Ust Awang Lanai)

Tn Guru Hj Izuddin , Gajah Mati Pendang 

Ust Zul Syatiri santuni ulama Thurath

Habib Umar sampai tazkirah 
berkaitan dengan Hati



Ustaz Ahmad Rejab 18 tahun menuntut di Pasir Tumbuh

Ust Majid Derang 

Syeikh Sanusi

Baba Yahya

Baba Sobla dari Terengganu

DOA HABIB

Syeikh Toyyib Makki doakan Habib Umar

Ust Nasir Jitra bakal ulama Thurat yang akan pimpin ummah kedah

Tn Guru Hj Wahab salam dengan Baba Yahya



Thursday, May 3, 2012

Gambar Walk with me 2012 Raja Kelantan


SULTAN MUHAMMAD BERJALAN 7 KM 
HARI WALK WITH ME 2012
sumber gambar FB di sini

Seruan Ziarah Ulama Tua yang masih ada!

Assalamualaikum wb
Semasa saya (Helmi Assyafie) melayari isu semasa Allah memberi sedikit ilham kepada saya, dan saya terus utarakan cadangan saya kepada masyarakat umum melalui medan ini.

Saya melayari isu Bersih 3.0 , tiba-tiba datang ilham , Insyallah setelah bekas pembedahan saya baik  saya akan anjurkan satu program untuk masyarakat , iaitu Ziarah Ulama secara besaran di Kedah , Kelantan , Terengganu. Sudahan  hampir 2 tahun saya memimpin masyarakat Pondok untuk menziarahi ulama tetapi kali ini saya bercadang ingin buat secara besaran sedikit , oleh kerana ulama yang berusia tua makin hari makin uzur

Insyallah apabila AJK ditubuhkan saya akan umumkan tarikh bila program ini dijalankan
Siri Ziarah tahunan yang telah dianjurkan:
1.http://pondoktauhid.blogspot.com/2010/06/kenangan-di-kelantan-serambi-makkah.html

2.http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/03/kembara-ilmu-mendekati-ulama-kelantan.html


Saya berhasrat untuk memimpin masyarakat yang tidak biasa dengan ulama supaya mengambil peluang bernefaat ini selagi ulama masih ada , apabila ulama dah meninggal kita menyesal pun tiada gunanya.

Saya dan sahabat Persatuan Pondok Tauhid dengan kerjasama Surau Perwaja dan Ustaz Nordin Singapura telah menganjurkan Ijtima Ulama Thurath pada 1.1.2012 tempoh hari hanyalah kumpul ulama untuk masyarakat dekati , tetapi segelintir sahaja yang mencari ulama yang hadir pada malam itu , bakinya tidak berusaha menziarahi untuk mengambil menafaat dengan mereka. Ini sangat rugi bagi saya .
http://persatuanpondok.blogspot.com/2012/01/alhamdulillah-majlis-mahabbah-bersama.html



Malam ini 3.5.2012 saya buka sejarah ulama yang telah meninggal saya sedih kerana tidak sempat jumpa mereka , tetapi Insyallah saya akan menziarahi makam mereka. Saya yang kenal segelintir ulama masa kini berasa salah jika saya tidak ketenggahkan kepada masyarakat .
Insyallah saya akan tubuhkan jawatan kuasa bersama untuk jayakan program Ziarah Ulama ini.
Saya berharap individu dan mana-mana pertubuhan agama yang berminat silalah kita bergabung untuk jayakn majlis ini
Di Kedah ulama tua hanya tinggal berapa kerat sahaja , yang mashur:
1.Tn Guru Hj Salleh bin Musa, Sik (Guru saya )
2. Tn Guru Hj Ahmad (Kuala Nerang)
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan (Baling)
4. Tn Guru Hj Abdullah (Kubang Pasu)
5. Tn Guru Hj Izzudin ( Gajah Mati)
6. Tn Guru Hj Jusuf (Pendang)
7. Tn Guru Hj Muhammad (Kupang)
8. Tn Guru Hj Zakaria (Jeneri , Sik)
9. Tn Guru Hj Zahari (Sik)
10. Pak Su Mid ( Kuala Nerang)
11; Syeikh Toyyib (tetapi hanya beberapa bulan di Kedah baki masa beliau di Makkah)
12 Tn Guru Hj Abd Hamid ( Derga)
13 Syeikh Hassan Bangkok (Gurun)
Senarai senarai ini adalah ulama yang berusia 65 keatas , ramai lagi ulama Kedah , Tokoh ulama Muda Kedah yang tidak mampu saya senaraikan seperti Ust Zul Syatiri Yan, Ust Mad Rejab Jitra , Ust Nasir Jitra dan ramai lagi yang saya tidak mampu senarai disini .

Di Kelantan
Ramai ulama tua yang masih ada harus kita ziarahi seperti
1, Tn Guru Hj Abd Hamid ( Seligi)
2. Tn Guru Hj Abd Hamid ( Pak Su Mid Gunung)
3. Tn Guru Hj Musa (Tumpat)
4. Babab Abd Aziz
dan ramai lagi ulama tua Kelantan yang perlu kita ziarahi , InsyAllah di Kelantan saya sentiasa hubungi Ust Rusdi Mudir Mahad Tafiz Bonggor, Ust Shah Setiausaha Pondok Seligi dan Ust Din Pasir Tumbuh bagi wilayah Kelantan
Selain itu kita boleh ziarah makam Tok Kenali, Tok Seleho , makam Tn Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah , Makam Tn Guru Hj Hasyim Pasir Tumbuh dan lain-lain.

Di Terengganu pula kita boleh ziarah Makam Tok Pulau Manis, Insyallah kita dapat Ziarah pondok Syed Suhaimi dan lain-lain .
Banyak tempat kita perlu selidiki , Insyallah saya akan ushakan dengan sedaya upaya untuk jayakan program ini. Harap saudara semua doa dan bagi sokongan , program ini hanya semata-mata untuk kesedaran Ummah. Siapa berminat dan ikhlas ingin bergabung sebagai AJK dialukan dengan syarat tiada motif tersendiri , hanya semata kerana Kepentingan Islam dan ummah ,kita bergabung dan jayakan Insyallah .
Hubungi Saya untuk keterangan lanjut  : 013 4044259 (digalakkan msj untuk lebih mudah urusan)
atau Saudara Mazlan Jamaluddin Setiausaha Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah: 013 4035286

ampuni kami