Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, September 13, 2011

Tuan Hussin Kedah ...Dalam kenangan


Abu Abdullah Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib bin Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud bin Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al- Banjari dilahirkan pada hari Ahad 20 Jumadil Awwal 1280H bersamaan 2 November 1863 di Titi Gajah, Kedah.
 Nama timangan sewaktu kecilnya adalah Che Megat. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Haji Muhammad. Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fathimah binti Tengku Mahmud, seorang kerabat Diraja Kubang Pasu, Darul Qiyam. Kemudiannya beliau mashyur dengan nama Tuan Guru Tuan Hussin Kedah.Keturunan Tuan Hussin Kedah adalah berasal dari Kelampayan Martapura Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Dan beliau adalah dari keturunan seorang ulama yang sangat tersohor di Nusantara iaituSyaikh Muhammad Arsyad al- Banjari, pengarang kitab Sabil al- Muhtadin. Sejarah kedatangan keturunan beliau ke Kedah adalah apabila datuk kepada datuknya yang bernama Qadhi Haji Abu Su’ud diceritakan bahawa beliau pulang dari Makkah untuk meneruskan perjalanannya pulang ke Banjar telah singgah di Kedah. Apabila sultan Kedah mendapat tahu kehadiran ulama Banjar ini maka baginda Sultan Kedah telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah untuk menjadi guru baginda dan juga rakyat Kedah.Di Kedah Qadhi Haji Abu Su’ud al-Banjari atas kehendak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah. Dari perkahwinan itu memperoleh anak dinamakan Mas’ud, iaitu moyang kepada Tuan Hussin Kedah. Moyang kepada Tuan Hussin Kedah ini iaitu Haji Mas’udbin Qadhi Abu Su’ud selain menjadi ulama di Kedah, beliau juga dilantik oleh Sultan Kedah, menjadi salah seorang panglima perang kerajaan Kedah ketika menentang kerajaan Thai (Siam Budha). Dan beliau gugur sebagai syahid ketika peperangan menentang Thai.Pendidikan dan Membuka Pondok Tuan Hussin Kedah mendapat didikan awal dari datuknyaHaji Muhammad Thayyib bin Mus’ud al-Khalidi an- Naqsyabandi dipondok Titi Gajah. (Insyaallah, tulisan mengenai tokoh ini akan paparkan keblog ini nanti). Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di di Pondok Bendang Daya, Fathani. Beliau sempat belajar dengan Tuan Guru Syaikh Haji Wan Mushthafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan selanjutnya kepada anak beliau, Syaikh Abdul Qadir bin Syaikh Wan Mushthafa (Tok Bendang Daya II). Ketika di Bendang Daya dipercayai beliau bersahabat dengan Wan Ismail bin Mushthafa al- Fathani (Tok Ayah Doi – pengasas pondok Gajah Mati, Kedah) dan Tok Kelaba. Selain di Bendang Daya, Tuan Husein Kedah juga pernah belajar di Pondok Semela, pondok dimana datuknya pernah menuntut ilmu. Tuan Hussain Kedah telah merantau ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor dan Perak untuk mendalami ilmu agama. Setelah lama di perantauan mencari ilmu, beliau kembali ke Titi Gajah dengan niat untuk membantu datuknya mengajar.Memang sudah menjadi tradisi pada zaman tersebut, tidak lengkap ilmu seseorang sekiranya tidak melanjutkan pelajaran ke Mekah, yang merupakan pusat ilmu ketika itu. Maka pada tahun 1892, beliau berangkat ke Mekah bersama isterinya iaitu Wan Khadijah binti Wan Yusuf untuk mengerjakan haji dan menambahkan pengetahuan agamanya. Ketika di Mekah beliau sempat berjumpa dan berguru dengan ulama-ulama besar disana seperti Syaikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh Umar Sumbawa, Syaikh Ahmad Umar Bali, Syaikh Ahmad Lingga, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi. Apabila Tuan Hussain pulang dari Mekah pada tahun 1896M, beliau meneruskan pengajarannya di pondok Titi Gajah dan pada waktu yang sama beliau ditawarkan untuk membuka pondok di kampung Alor Ganu, sebuah perkampungan yang berhampiran. Beliau menerima tawaran tersebut dan mengajar di sana selama tiga tahun.Pada tahun 1900, beliau berpindah Bohor dan membuka pondoknya di sana. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di pondok Bohor berumur antara 15 hingga 60 tahun. Terdapat dua kumpulan pondok iaitu Pondok Dalam di mana disediakan untuk orang yang sudah berkeluarga dan Pondok Luar untuk anak-anak bujang. Tuan Hussin mengendalikan pondoknya di Bohor selama 12 tahun sehingga beliau terkenal dengan panggilan “Tuan Hussain Bohor”. Pada tahun 1912, Tuan Hussin berpindah pula ke Bagan Ulu dan membuka pondok di situ. Tempat ini sekarang dikenali sebagai Pantai Merdeka. Pelajar- pelajarnya berjumlah lebih 400 orang. Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (gambar sebelah). Tuan Hussin mentadbir pondok Bagan Ulu selama 8 tahun sebelum membuka pondok baru di Selengkoh, Mukim Sungai Limau. Keadaan persekitaran di Selengkoh yang becak mengurangkan penuntut Tuan Hussin. Beliau berkhidmat di sana selama 4 tahun dan kemudiannya berangkat mengerjakan fardhu haji bersama anak dan cucu- cucunya.Kepulangannya dari Mekah pada tahun 1924M telah memberi ilham kepada Tuan Hussin untuk membuka pondok baru pula di Padang Lumat. Dan seterusnya beliau membuka pondok di Pokok Sena, Seberang Perai pada akhir tahun 1929M. Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama yang wara’ dan rajin beribadah. Sering membawa tongkat ketika berjalan Beliau bertariqat Syattariah. Beliau adalah seorang tuan guru pondok yang tegas. Pelajarnya tidak dibenarkan merokok dan berambut panjang. Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama besar yang sangat gigih dalam perjuangan menggunakan kalam (perkataan) dan qalam (pena/ penulisan) demi penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Dalam kesibukan mengajar, beliau masih sempat untuk menulis kitab untuk diwariskan kepada generasi seterusnya. Antara kitab-kitab tulisannya adalah:- an-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, diselesaikan pada tahun 1305H/1888M. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Kitab ini adalah kitab pertama yang beliau karang. Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, diselesaikan pada hari Sabtu, 1 Syaaban 1318H. Menggunakan nama Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas’udi al- Banjari. Kandungannya membicarakan tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah dinyatakan rujukannya ialah Ummul Barahin, Syarah Hudhudi, karya as-Suhaimi, Hasyiyah Syarqawi dan Dhiyaul Murid. Dicetak oleh Mathba’ah Dar Ihya’ al- Kutub al-’Arabiyah, Mesir, Zulkaedah 1346H, ditashhih oleh Ilyas Ya’qub al-Azhari. Hidayatus Shibyan fi Ma’rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi Abdullah Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al- Mas’udi al-Banjari. Diselesaikan pada hari Isnin, 18 Muharam 1330H. Kandungannya membicarakan tentang tauhid dan fekah. Cetakan yang pertama Mathba’ah At-Taraqqil Majidiyah al-’Utsmaniyah 1330H. Dicetak pula oleh Mathba’ah Al- Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345H/1927H. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani. Kisarul Aksir lish Shaghir `indal Kabir li Ma’rifatillahil `Alimil Khabir, diselesaikan pada hari Khamis, 25 Rabiulakhir 1336H. Kandungannya membicarakan tentang tasauf dan thariqat. Cetakan yang ketiga, Al- Huda Press, Pulau Pinang, Safar 1356H/ April 1937M. Hidayatul Athfal, diselesaikan pada 1336H. Kandungannya pelajaran tauhid untuk kanak- kanak. Hidayatul Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma’rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan pada 3 Rabiulakhir 1337H. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, menurut akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan yang pertama Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345H/1927M. Cetakan yang kelima, Mathba’ah Persama, 83-85, Achen Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1377H/1957M. Tafrihus Shibyan fi Maulidin Nabi min Waladi `Adnan, diselesaikan pada hari Selasa 3 Rabiulawal 1341H. Kandungannya mengenai sejarah kelahiran Nabi Muhammad Saw Dicetak oleh Mathba’ah Persama, 83-85, Acheh Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1382H/1962M. Tazkiru Qabailil Qadhi, diselesaikan pada 1343H. Kandungannya merupakan Terjemahan Hadits Jawahir al- Bukhari, terdiri daripada dua juzuk, yang telah dijumpai hanya juzuk yang pertama saja. Cetakan yang pertama, Al-Maktabah Zainiyah, Taiping Perak, 1350H Dicatatkan: “Titah membenarkan dicetak dari bawah Duli Yang Maha Mulia as- Sultan Perak atas minit paper Qadhi Kuala Kangsar nombor 149/30”. Bidayatut Thalibin ila Ma’rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan 1344H. Kandungannya membicarakan ilmu tauhid. Cetakan yang kedua The United Press, No. 3 Dato’ Keramat Road, Pulau Pinang, 1357 Hijrah. Ditashhih oleh Ilyas Ya’qub al- Azhari. ‘Alaqatul Lamiyah wash Sharfiyah, diselesaikan 1345H. Kandungannya membicarakan ilmu sharaf atau perubahan perkataan dalam bahasa Arab. Ushulut Tauhid fi Ma’rifati Thuruqil Iman lir Rabbil Majid, diselesaikan 6 Syawal 1346H. Kandungannya membicarakan falsafah ilmu tauhid dan ilmu fekah. Dicetak oleh Mathba’ah az- Zainiyah, Taiping, Perak, hari Jumaat, 4 Jamadilakhir, 1347H (cetakan kedua). Cetakan ulangan oleh percetakan yang sama tahun 1355H (cetakan ketiga). Dicetak semula dengan kebenaran anak pengarangnya Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Husein, Qadhi Besar Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada The United Press, Pulau Pinang, selesai cetak 11 Jumadilawwal 1393H Hidayatun Nikah, diselesaikan 1347H. Kandungannya membicarakan perkara-perkara mengenai nikah kahwin. Qathrul Ghaitsiyah fi `Ilmish Shufiyah `ala Syari’atil Muhammadiyah, diselesaikan 25 Jumadilawwal 1348H. Kandungannya membicarakan tasawuf. Cetakan yang kedua, Mathba’ah Persama, 93 Acheh Street, Pulau Pinang. Majmu’ul La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, juzuk yang pertama, disele- saikan pada hari Jumaat, 5 Jamadilakhir 1350H. Kandungan mukadimahnya menyatakan bahawa judul ini terdiri daripada sepuluh juzuk. Juzuk yang pertama, membicarakan hukum taharah dalam bentuk soal-jawab. Cetakan yang ketiga The United Press, Pulau Pinang, Jamadilakhir 1360H. Majmu’ul La-ali lin Nisa’ wal Athfaliyi, juzuk ke-2, diselesaikan petang Isnin, 20 Rejab 1350H. Kandungannya membicarakan tentang sembahyang dalam bentuk soal-jawab. Tidak terdapat nama percetakan. Dicetak pada 22 Jumadilakhir 1352H (cetakan kedua), dinyatakan bahawa terdapat tambahan daripada cetakan yang pertama. Cetakan yang ketiga The United Press, Pulau Pinang, 3 Jumadilakhir 1360H. Tabshirah li Ulil Albab, diselesaikan tahun 1351H. Kandungannya membicarakan tentang akidah/tauhid. Hidayatul Ghilman, diselesaikan pada tahun 1351H. Kandungannya membicarakan tentang akidah/ tauhid yang ditulis dalam bahasa Arab. Nailul Maram fi ma Yujabu Husnul Khitam, diselesaikan pada hari Ahad, 6 Sya’ban 1354H. Kandungannya membicarakan tentang beberapa amalan zikir dan wirid untuk mendapatkan husnul khatimah. Dicetak oleh The United Press, dikeluarkan oleh Haji Ahmad bin Tuan Husein dengan catatan: “Dicap risalah ini untuk mendapat khairat bagi al- Madrasah al- Khairiyah al- Islamiyah, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.” Tanbihul Ikhwan fi Tadbiril Ma’isyah wat Taslikil Buldan, diselesaikan pada tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang penghidupan dan pentadbiran pemerintahan. Bunga Geti, diselesaikan pada tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang sembahyang qadha atau mengganti sembahyang yang ketinggalan. Kitab ini merupakan kitab terakhir yang beliau tulis Meninggal DuniaMenurut catatan dari kelaurganya ketika beliau jatuh sakit, Tengku Abdullah; bekas muridnya meminta beliau pulang ke Kedah. Dan beliau pulang ke Kedah setelah dirayu oleh anaknya. Tengku Abdullah telah mengambil beliau di Pokok Sena dan dibawa ke rumahnya di Batu 16, Padang Lumat, dan pada 18 Zulkaedah 1354H bersamaan 10 Februari 1936M, dengan kehendak Allah Tuan Hussin pulang ke rahmatullah dan jenazahnya telah dikebumikan di perkuburan Titi Gajah. Perjuangannya diteruskan oleh anakandanya iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, yang juga merupakan Qadhi Besar, Pulau Pinang.Demikianlah sekelumit kisah ulama seorang ulama tersohor dan berjasa. 


Peranannya dalam pendidikan, dakwah dan penulisan dalam seharusnya menjadi contoh kepada generasi ulama sekarang. Akhirkata, marilah kita hadiahkan al- Fatihah pada ulama besar ini. al- Fatihah

Saturday, September 10, 2011

Allahyarham Noramfaizul dalam kenangan ... Al Fatihah



Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia








Mudahan Rohnya bersama orang Beriman dan sentiasa dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT Ameen Ya Rabb


SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf.

Kunjungan tersebut sebagai tanda simpati terhadap kelurga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul.

Kehadiran mereka disambut ibu bapa serta isteri dan dua anak Allahyarham.

Pada kunjungan itu juga, Tuan Guru Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham.

Beliau juga menasihatkan ahli keluarga Allahyarham bersabar atas ketentuan Ilahi ke atas Noramfaizul.
Dalam kejadian pada Jumaat 2 September lalu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Beliau yang terkena tembakan itu di dada bagaimanapun meninggal dunia ditempat kejadian.
Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan.

Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah , Ulama besar alim Tafsir Jordan

Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah , Imam dan Khatib Masjid Saidina Jaafar  Jordan , Syeikh merupakan pemegang Ijazah kecil dan besar Qiraat , Ulama Tafsir , Murid Imam Hassan Al Bana dan Syeikh   Mutawalli Sharawi dan Pensyarah Universiti Mutah , Jordan
 ALHAMDULILLAH
Semalam 10. September 2011, Ulama Besar Jordan dan pemegang Izajah Sanad Quran Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah menziarahi Kedah dan menyampaikan dakwah di Surau Perwaja , Gurun Kedah ... Terima Kasih Ustaz Zahari Perwaja selaku biro Dakwah Masjid Perwaja yang menjemput saya dan sahabat Pondok Sik ke Majlis mulia Taman syurga yang dihadiri ULAMA AHLI SUNNAH yang terkenal dari Jordan yang sangat Alim bidang Quran dan Tafsir sehingga beliau ingat nombor ayat , muka surat Ayat Quran didalam kitab Quran yang Mulia ...

  Insyallah dengan Taufiq Allah saya akan masukkan sedikit ucapan nasihat Syeikh Solah diruang ini ...
Guru Mulia , Syeikh Solah banyak menasihatkan jemaah dengan TAQWA ...Seluruh ucapan beliau dipetik dari Ayat Al Quran ... Diantara nasihat Guru Mulia adalah:

Satu Huruf kita baca Quran digandakan 10 kebajikan , andai Alif Lam Min 3 huruf maka Allah ganda 30 kebajikan bagi kita dengan limpah kurnia Allah kepada kita ...
Orang yang Hamir pada Allahg dinamakan Ahli Allah diantara Ahli atau Kekasih Allah adalah pembaca Al Quran yang beramal dengan Quran itu ...

Syeikh berkata jikalau hendak naik darjat dalam Syurga bacalah Quran
Orang yang baca Quran dua pahala , pertama pahala susah payah belajar Quran kedua pahala baca itu sendiri .

"Kita perlu Redha dengan Allah dengan apa kurniaan Allah SWT , Syukur pada Allah SWT walaupun benda itu sedikit . Jangan ukur dengan banyak nilai sesuatu ,kerana Sesuatu dinilai dengan TAQWA "


Jangan mita pada Manusia kerana akan menyebabkan Kurangnya Agama kita , Mintalah pada ALLAH SWT , pasti ALLAH akan tambah .

Jangan kamu lari dari rezki Allah SWT , Allah telah menjamin rezeki kita semua ! Jangan risau tentang Rezeki yang perlu kita risau tentang TAQWA .

TAQWA akan terhasil dengan Banyak ingat Mati 
Akan ikut kamu ke Kubur 3 Harta , keluarga dan Amalan , 2 akan pulang meninggalkan kamu iaitu Keluarga dan harta kecuali yang setia dengan kamu adalah amal ! 


Jikalau kamu ingin TAQWA bacalah Quran kerana awal Surah Bakarah ada sebut TAQWA 
Jikalau kamu ingin teman jadikanlah Allah teman Kamu 
Jikalau kamu ingin berkahwan , kawanlah dengan Quran 
Jikalau kamu ingin kaya berpada-padalah dengan apa yang Allah kurniakan 


Didalam Quran ayat TAQWA ada 258 kali yang diulan-ulang oleh AllahSWT
Syeikh yang mulia berkata KAHWINLAH DENGAN TAQWA 
Hampirilah TAQWA kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok ? Kita tidak tahu bila kita akan mati . Maka perlulah kita dekati Taqwa .


Orang TAQWA tersebut dalam kitab Quran yang mulia adalah mereka yang bersifat seperti berikut :
 1 Beriman dengan perkara Ghaib .
    Beriman pada Allah , Rasul , Kitab , Malaikat , Qiamat , Qada dan Qadar .
 2 Quran sebut sifat orang yang TAQWA iaitu mereka yang mendirikan Solat
 3 Orang yang menafakahkan harta kejalan Allah SWT 
 4 Orang yang membaca Quran dan beramal dengan Quran 
 5 Orang yang beriman dengan Quran 


ORANG BERTAQWA ADALAH ORANG YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT INSYALLAH 


Cara Taqwa disebut dalam Quran 
1 Ibadat kepada Allah dengan Ikhlas
2 Solat dengan ada ilmu dan solat vdengan betul dan khusyuk
3 Puasa
4 Kerjakan Haji dengan adanya ilmu ...
  TAQWA TIADA PADA HARTA  YANG BANYAK DAN RUPA YANG CANTIK !

Ibadat Korban contohnya yang sampai Ibadat itu bukannya binatang , bukan daging dan bukanya darah tetapi yang diterima oleh Allah adalah TAQWA !
Korban kerana Allah kerana menuntut Redha Allah itu yang Allah terima


Syeikh yang Alim lagi Tawadu dan sangat wara berpesan
JANGAN KAMU MATI MELAINKAN DALAM TAQWA 
JANGAN KAMTU MATI MELAINKAN ATAS AGAMA RASULULLAH (ISLAM)
SERAHLAH DIRI PADA ALLAH SWT

JIKALAU KAMU INGIN ALLAH KASIH KEPADA KAMU , KAMU PERLU BERTAQWA 
JIKALAU KAMU INGIN BERJAYA KAMU PERLU BERTAQWA 
JIKALAU KAMU INGIN BAIKI DIRI KAMU , KELUARGA KAMU , MASYARAKAT KAMU TAQWA PADA ALLAH SWT 
JIKALAU KAMU INGIN ALLAH AMPUN  DOSA KAMU TAQWALAH KAMU PADA ALLAH 


TAQWA AKAN TERHASIL APABILA KAMU INGAT AKHIRAT DAN AZAB ALLAH SWT 


Taqwa akan terhasil andai kamu bimbang dengan kedudukan kamu di Akhirat
Andai kamu ingin bersama Allah di Akhirat Takutlah kamu pada Allah SWT
Didalam Quran Allah sebut dalam surah Nahli Allah bersama orang TAQWA

Ikhlas buat saudara yang mengikuti blog KEHIDUPAN TAUHID
Dari Al Fakir
MUHAMMAD FAZILUL HELMI BIN RAIDZAN





  USTAZ ZAINI PULAU PINANG yang merupakan murid kepada Syeikh Solah dan Syeikh Yussuf Al Hassani ...Ulama muda yang saya kagumi keilmuaan beliau . Ustaz Zaini selaku penterjemah yang terbaik didalam majlis semalam Alhqamdulillah mudah , santai dan faham .


AJK SURAU PERWAJA 

Friday, September 9, 2011

PAS TOLAK KOMUNIS, UTUSAN MALAYSIA 'SUBURKAN' FITNAH


PENDIRIAN PAS DALAM ISU KONTROVERSI SEJARAH
  • PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.
  • PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.
  • PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis.

    Tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis, bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.
  • PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004, bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.
  • PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” - yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.
  • PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan.

    Para pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.
  • PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan tetapi pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah.

    Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah.

    Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
  • Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu. 
Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu.


Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.


Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. 


Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.


Firman Allah berkata: 
"Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan.”

Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang  buruk kepada yang telah meninggal dunia.


Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya. 
Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.

Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Di sebelah pihak yang lain 
pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya. 

Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada  beliau?


Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai 'topup' 6%.


PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya.

Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.


Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 
Ketua Penerangan PAS


Mat Sabu..jelaskan isu ganas utusan.. 8 Sep (MAT INDERA pejuang)



jaga BRITISH bukan jaga rakyat!

KEMERDEKAAN menurut ISLAM - bebas menyembah ALLAH, bebas dari perhambaan kepada makhluq






Forum Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan

20 Tahun Membangun Bersama Islam



YA ALLAH Peliharalah Kelantan dan Kekalkanlah Kelantan dibawah Panji-Panji Pemerintahan Ulama yang diterajui PAS Ameen Ya Rabb


Dato Mursyid Diraja Tn Guru Hj Tajudin , Pondok Melele Kedah

Latarbelakang Diri Dan Pendidikan


Dato’ Haji Tajudin dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan 1343H bersamaan 18 Septe 1924M). Nama penuh  beliau ialah Haji Tajudin bin Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi. Bagaimanapun beliau lebih dikenali dengan berbagai panggilan bersesuaian dengan sikap, sifat dan kebolehan serta pribadi yang dimilikinya. Panggilan-panggilan seperti Tok Ayah dan Tok Guru merupakan dua panggilan yang begitu sinonim terutama bagi murid-murid dan masyarakat setempat.

Beliau adalah anak Sheikh Abdul Rahman yang ke 8 daripada 11 orang adik beradik. Beliau juga mempunyai 2 orang saudara seibu. Gelaran Al Jarumi adalah disabitkan dari gelaran neneknya Tok Sheikh Jarum (1849 -1911) iaitu salah seorang ulamak yang terkenal di Kedah dan Nusantara pada abad yang ke 19juga merupakan guru kepada baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah.  Nama sebenar Tok Sheikh Jarum ialah Sheikh Wan Idris bin Wan Jamaluddin bin Sheikh Wan Abdul Latif bin Sheikh Wan Shamsuddin bin Sheikh Wan Muhammad Faqih bin Sheikh Wan Muhammad Yasin bin Sheikh Ibrahim Al Hadrami bin Sheikh Ibar al Hadrami al Jarmi atau lebih dikenali umum sebagai Sheikh Jamaluddin al Kubro.
Manakala bapa beliau juga adalah seorang ulamak yang terkenal di Alor Setar iaitu Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi yang telah membuka pondok di Batu 1, Jalan Sungai Korok, Alor Setar. Beliau juga menjadi guru kepada Baginda Sultan Abdul Hamid dan Sultan Badlishahserta kerabat-kerabat. Ibu beliau Nik Rahmah (Nik Doh) binti Nik Abdul Manafadalah seorang guru Al Qurandan merupakan kerabat Raja Teluban salah sebuah Wilayah di Patani.
Semasa zaman kanak-kanak beliau memperolehi pendidikan rendah dipondok ayahnya sendiri iaitu di pondok Batu 1. Di samping belajar menulis dan membaca beliau juga diajar menghafaz matan dan fardhu ‘ain.Manakala pelajaran Al Quran adalah diperolehi dari ibunya sendiri iaitu Nik Doh iaitu seorang guru Al Quran yang masyhur. Setelah mencapai usia remaja iaitu ketika berumur 10 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran menengah dan tinggi. Ketika di Mekah beliau dihantar belajar di Sekolah Tinggi Darul Ulum selama 3 tahun (1933-1935) peringkat menengah rendah dan 4 tahun peringkat menengah atas (1936-1942). Beliau menyambung pelajaran peringkat tinggi selama 2 tahun (1943-1944) hingga mendapat syahadah ‘Aliah.  Beliau juga mendalami ilmu-ilmu agama di Masjid Al Haram Mekah selama 3 tahun iatu (1943-1945).
Ketika di Darul Ulum beliau mempelajari ilmu-ilmu agama, Bahasa Arab,  dan pelajaran lain seperti Mantik, Matetamatik dan Sains. Di antara pelajaran-pelajaran agama yang beliau pelajari di sini  termasuklah Feqah, Faraid, Usul Feqah, Qawaid Feqah, Tafsir, Ulum Quran, Hadis, Mustolah, Tauhid, dan Sejarah Islam. Manakala pelajaran-pelajaran Bahasa Arab pula ialah Nahu, Sorof, Insyak, Mutolaah, ‘Arudh, Nusus, Adab dan Balaghah. Ketika di masjid Al Haram pula beliau mendalami ilmu Feqah, Usul Feqah, Tauhid, Tafsir, Hadis dan Tasawuf.
Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana semasa pengajian di peringkat menengah beliau sudah mampu merujuk kitab-kitab Arab mu’tabar. Semasa di dalam kelas beliau digelar oleh gurunya Sheikh Muhammad Yasin Al Fadani dan rakan-rakannya sebagai Taj as Sabki  kerana kebolehan beliau yang tinggi dalam membaca dan memahami dengan baik dalam pelajaran Usul Fiqhketika mempelajari dan mengkaji kitab usul Fiqh yang mashur iaitu Jam’u  al Jawami’ karya ImamTajuddin AsSabki ialah ulama’ besar dalam ilmu perundangan Islam. Kitab ini menjadi rujukan utama di pusat-pusat pengajian tinggi hingga sekarang.
Semasa di Mekah beliau sempat berguru dengan Syeikh Hasan Al Masyalt, Sheikh Ali Al Maliki, Sheikh Husain Al Maliki, Muhaddis Hijaz Al Hafiz Syeikh Omar Hamdan Al Mahrisi, Sheikh Shafie Kedah, Sheikh Ismail Abdul Qadir Al Fatoni, Sayyid Muhammad Amin Al Qurtubi, Sheikh Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki, Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas Al Hasani, Sheikh Zain Al Boyani, Sheikh Yaakub bin Abdul Qadir Al Mandili dan Sheikh Husain Abdul Ghani Al Falimbani.
Beliau sempat bermulazzamah dengan gurunya yang terkenal iaitu al ‘Allamah Sheikh as Sanad Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki iaitu ‘ulamak Hadis dan Sanad yang masyhurdi Makkah al Mukarromah. Dengan beliaulah Dato’ Haji Tajuddin menerima ijazah sanad-sanad Hadis dan kitab-kitab Mu’tabar yang menjadi sumber rujukan di dalam ilmu-ilmu Islam. Walaupun selepas menghabiskan pengajian di Mekah dan pulang ke tanah air, namun beliau sentiasa berhubung dengan gurunya itu.
Dari sudut peribadi Dato’ Haji Tajudin adalah seorang yang lemah lembut, peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menziarahinya. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Beliau banyak menghabiskan masa hidupnya dengan mengajar dan merujuk kitab-kitab. Di samping itu beliau sentiasa meluangkan masanya mendidik dan menasihati anak-anaknya.
Apabila kita memperkatakan mengenai peribadi Dato’ Haji Tajuddin, adalah tidak sah jika tidak menyebut Madrasah Nahdhah Hasanah Melele kerana beliaulah orangnya yang bertanggung jawab mendirikan sebuah madrasah atau sekolah agama yang terkenal sekarang.  Setelah pulang dari Mekah pada awal tahun 1946 dalam usia 21 tahun beliau berkahwin dengan Puan Siti Zubaidah binti Ismail 18 tahun.
Perkahwinan ini menghasilkan 9 orang cahaya mata.
Sesungguhnya ketentuan hidup dan mati itu di tangan Allah. Anak ketiga beliau Faiqah meninggal dunia ketika berumur 4 tahun setelah terjatuh ke dalam perigi berdekatan dengan rumahnya. Ini merupakan cabaran yang paling perit beliau, ketika baru membuka pondok di Melele. Anak beliau yang masih ada ialahlapan orang iaitu: Fauziah, Ahmad Shafik, Ahmad Najib, Saulah, Mahmud Pathi, Zakiah, Mohd Jamil Sadaqi dan Muhammad Farid Wajdi. 7 orang anaknyatelah mencecahkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Daripada itu tiga daripadanya telah berjaya mencapai ke peringkat ijazah Sarjana atau Master.
Kerjaya Dan Sumbangan Kepada Masyarakat
Pada Tahun 1946 beliau mula mengasaskan Madrasah Nahdhah Hasanah.Melele. Beliau dilantik oleh penduduk-penduduk setempat menjadi mudir yang pertama. Pendorong utama beliau untuk menerima jawatan ini ialah ayahnya sendiri Sheikh Abdul Rahman dan isterinya Siti Zubaidah.
Keadaan di Melele pada masa itu sangat mencabar di mana ia dipenuhi dengan hutan belentara, sunyi pada waktu malam hanya terdengar bunyi cengkerik dan binatang buas serta tiada kemudahan asas seperti elektrik dan air. Rumah yang mula-mula di duduki adalah pondok kecil hanyalah bertiang dan berlantai kayu bulat, berdinding pelepah dan beratap rumbia. Keadaan masyarakat pula kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tahyul, tok keramat, khurafat dan syirik. Keramat Tok Melele dipuja apabila datang musim menuai. Berjudi laga ayam dan kerbau adalah amalan kebiasaan penduduk pada masa itu malah mempunyai gelanggang sendiri.
Bermula dari cabaran inilah beliau mengatur strategi untuk mengubah keadaan fizikal kawasan dan mengubati kepincangan yang berlaku di dalam  masyarakat. Walaupun keadaan yang sukar dan amat berlainan pula dengan apa yang dialaminya dengan kesedapan hidup di bandar Alor Setar dan di Mekah beliau tetap bersabar. Berkat kesabaran dan kesungguhan, Madrasah Nahdhah Hasanah telah berjaya berdiri megah dan mempunyai lebih 1,000 orang penuntut. Ramai daripada pelajar-pelajar madrasah ini telah menjawat pelbagai jawatan penting di dalam masyarakatdan kerajaan.
Selain daripada menumpukan pengajaran di sekolah atau pondoknya, beliau juga mengajar di beberapa tempat. Selain daripada itu, kelas umumi dan tafaqquh yang masih berjalan ialah di surau Madrasah Nahdhah Hasanah. Di antara kitab yang beliau guna di dalam pengajaran beliau ialah kitab Syarah Al Hikam Ibnu ’Atoillah karangan Tokku Pulau Manis, Minhaj Al ‘Abidin karangan Imam Al Ghazali, Bughuyah At Tullab karangan Sheikh Daud Al Fatoni, Kasyhful Al Litham karangan Sheikh Zainal Abidin Al Fatoni, Siarus As Salikin karangan Sheikh Abdul Samad Al Falimbani, Aqidah An Najin karangan Sheikh Zainal Abidin Al Fatoni, Hidayah As Salikin karangan Sheikh Abdul Samad Al Falimbani, Sabilul Al Muhtadin karangan Sheikh Muhammad Irshad Al Banjari dan Bakurah Al Amani Sheikh Ismail Abdul Kader Al Fatoni yang merupakan kitab-kitab Jawi.
 Manakala kitab berbahasa Arab pula ialah Majmu’ An Nawawi Syarah Al Muhazzab karangan Iman Nawawi, Jam’u al Jawami’ karangan Imam Tajuddin as Sabki, Al Hikam Ibnu Atoillah Syarah Ibnu ‘Ibbad, Ihya Ulum ud Din karangan Imam Al Ghazali, Tafsir Ibnu Kathir dan Riadus As Solihin karangan Imam Nawawi.
Setelah berdakwah secara lisan serta menglibatkan diri dalam dakwah dan keagamaan sama ada peringkat negeri atau kebangsaan, beliau juga terlibat dalam penghasilan karya-karya penulisan. Antara karya-karya beliau berbentuk penulisan ialah;
a-       Rahsia Sembahyang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
b-       Doa’ Pagi Dan Petang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
c-        Perhimpunan Ibadat Qiyamullail – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
d-       Rahsia Haji – diterbitkan sendiri untuk kuliah ibadat haji beliau. Dan beberapa risalah lain.
Selain daripada menumpukan pengajaran di Madrasah secara formal dan umumi beliau juga melibatkan diri di dalam kegiatan-kegiatan lain iaitu:-
a-        Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah – semenjak 1960an
b-         Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah – semenjak 1970an
c-         Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah – semenjak 1980an
d-        Ahli Jawatankuasa Ibadat Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji  - 1994 hingga  sekarang
e-        Pakar Rujuk Ibadah Haji di Mekah – 1995,1996
f-         Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan – 1995 hingga 1999
g-        Ahli Majlis Agama Kebangsaan – 1995 hingga 1999
            Di atas jasa bakti yang beliau curahkan beliau dianugerahkan dengan berbagai-bagai gelaran dan pingat iaitu :
a-        Pingat Jasa Kebaktian PJK, oleh DYMM Sultan Kedah – tahun 1969
b-        Ahli Mahkota Kedah AMK, oleh  DYMM Sultan Kedah pada 10-1-1980
c-     Ahli Mangku Negara AMN oleh Yang Dipertuan Agung pada 4-6-1980
d-     Dato’ bergelar Dato’ Mursyid Diraja oleh DYMM Sultan Kedah – pada 17-1-1988
e-     Anugerah Pendidik Jaya Negeri Kedah – pada Hari Guru 1991
f-      Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah – 1993
g-     Darjah Kebesaran Negeri Kedah iaitu DSDK (Dato’ Setia Diraja Kedah) oleh DYMM Sultan Kedah pada 23-1-1994.
h-     Anugerah Tokoh Guru Kubang Pasu, pada 23 Mei 1998 dan
i-      Bintang Kebesaran Orang Besar Enam Belas – Hari Keputraan DYMM Sultan  Kedah tahun 2000.
j-      Tokoh Maal Hijrah 1421H/ 2000M peringkat negeri Kedah.
Satu keistemewaan yang terdapat pada beliau ialah kebolehan dalam mengaplikasi komputer. Sejak hujung tahun 1980an beliau sudah menggunakan set komputer pribadi sendiri. Beliau adalah seorang yang mahir dalam menggunakan beberapa perisian komputer di antaranya ialah perisian Macintosh Mac Draw. Tauladan yang ditunjukkan kepada kita bermakna usia yang tua bukan menjadi penghalang untuk seseorang untuk menguasai bidang teknologi terutamanya teknologi maklumat atau komputer asalkan diri dipupuk dan melaksanakan usaha tanpa putus asa.
  Dato' Hj. Tajuddin B. Hj. Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Mei 2000 bersamaan 7 Safar 1421 hari Khamis 8.00 malam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
ampuni kami