Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, February 17, 2019

Tuan Guru Haji Ghazali Bagan Datoh

Al Allamah Tuan Guru Haji Ghazali Bagan Datoh ( 1901 - 1997 )

Beliau dilahirkan di Kampung Pasir Panjang Laut , Sitiawan . Ibunya bernama Hajah Puteri Madinah berketurunan Megat Terawis manakala ayahnya berasal dari negara Yaman .

Beliau mula menuntut ilmu ketika berusia 7 tahun dengan mempelajari ilmu Quran . Selepas itu beliau mengaji di Pondok Tuan Hussin & Madrasah Misriyah dan akhirnya merantau ke Mekah hampir 10 tahun dan menuntut ilmu dari ramai alim ulamak disana . Diantara guru beliau ialah :

1. Al Allamah Arif Billah Tuan Hussin Kedah - Wali Allah 7 Serangkai Alam Melayu
2. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Salleh Misri
3. Syeikh Hassan Masyath
4. Al Allamah al Muhaqqiq Pak Da Eil Mekah
5. Syeikh Ahmad Khurasan
6. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok
7. Syeikh Harun Kambang Minangkabau
8. Syeikh Ibrahim Zaidan
9. Al Allamah Syeikh Mukhtar Attarid Bogor

Beliau membuka pondok pada tahun 1932 di Bagan Datoh dengan nama Madrasah ad Diniyah .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Hashim - Kajang , Selangor
2. Tuan Guru Haji Abbas Bin Muhammad Saman - Mudir Madrasah Aziziah , Parit
3. Al Allamah Kiyai Haji Hasan Ma’sum - Mufti Sumatera
4. Syeikh Megat Hussin
5. Tuan Guru Haji Ali Kemboja - Mufti Kemboja
6. Sohibus Samahah Dato Haji Abdul Malek - Mufti Perak
7. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Ghazali Abdullah Senggora - Mufti Selangor/Perak
8. Tuan Guru Haji Abdul Halim - Qadhi Besar Perak
9. Tuan Guru Haji Abdul Shamad Noh - Ahil Majlis Fatwa Perak/ Ketua Dewan Ulama PAS
10. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Guru Haji Ghazali - Anak beliau
11. Tuan Guru Hajah Mahmudah Binti Tuan Guru Haji Ghazali  - Anak beliau
12. Brig. Jen (B) Dato’ Haji Abdul Hamid Zainal Abidin
13. Tuan Guru Dato’ Haji Salleh Haji Ahmad
14. Tuan Guru Haji Ahmad Ghazali - Pesara Qadhi Besar Perlis
15. Tuan Guru Haji Muhammad Hasyim Bin Abdul Aziz ar-Rawi - Pondok Jenderam Hilir , Kajang
16. Al Allamah Tuan Guru Haji Hasyim Abu Bakar - Mudir Pondok Pasir Tumboh, Kelantan
17. Tuan Guru Syaikh Mahmud Janggut Merah, Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah
18. Tuan Guru Haji Ahmad Khayat - Menantu beliau
19. Tuan Guru Dr. Abdul Wahab Arbain
20. Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Presiden Umno

Menurut beliau , antara muridnya yang paling alim ialah anak perempuannya sendiri iaitu Tuan Guru Hajah Mahmudah . Oleh kerana beliau seorang perempuan , langkahnya tidak sebegitu luas dalam menyampaikan ilmu pada masyarakat .

Beliau pernah ditawar menjadi mufti perak pada tahun 1964 tetapi ditolak beliau atas beberapa alasan .

Diantara sahabat seperjuangan beliau didalam mendidik masyarakat ialah :

1. Kiyai Muhammad Yasin Thoha al-Bakri - Bagan Datoh
2. Tuan Guru Haji Abdul Rahman - Teluk Penikam
3. Tuan Guru Kiyai Radin Haji Siraj - Sg. Nipah Darat
4. Tuan Guru Haji Abdullah - Sg. Nipah Baroh
5. Tuan Guru Haji Abbas - Sg. Tiang Darat
6. Tuan Guru Haji Masduki
7. Tuan Guru Haji Radzi - Selekoh
8. Tuan Guru Syeikh Haji Arshad - Batu 20
9. Tuan Guru Haji Adnan - Tg Bayan
10. Tuan Guru Syeikh Zubir - Kuala Kangsar

Tuan Guru Haji Ghazali juga merupakan tokoh awal penubuhan PAS Perak apabila beliau terpilih untuk menghadiri Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterwoth pada 24 November 1951 .

Beliau meninggal dunia pada usia 96 tahun .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

1 comment:

  1. Antara yang mengaji dengan beliau menjadi anakn murid beliau adalah Tn Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman menjadi Tenaga Pengajar di Pondok Pak Teh Kroh

    ReplyDelete

ampuni kami