Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, August 30, 2017

Amalan hari Wukuf Arafah dan malam raya aidil Adha

ANTARA AMALAN HARI ARAFAH


Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, iaitu hari umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah. Antara amalan yang dituntut untuk dilakukan pada hari Arafah adalah;

1) PUASA SUNAT ARAFAH

Digalakkan berpuasa bagi yang tidak menunaikan haji.

Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

"Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah bahawa Dia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya."(Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Ansari radhiallahu anhu dia berkata:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Rasulullah telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka Rasulullah menjawab : "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi berkata;

"Makna hadis ini, puasa hari Arafah akan menghapus dosa selama dua tahun (1 tahun sebelum dan sesudahnya) bagi orang yang melakukan puasa ini, para ulama mengatakan, ”Maksudnya dosa-dosa yang terhapus itu adalah dosa kecil.”

Jika dia tidak memiliki dosa kecil, diharapkan puasa ini menjadi penyebab yang meringankan dosa besar yang dia lakukan. Jika dia tidak memiliki dosa besar, puasa ini akan menjadi penyebab naik darjatnya."(Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim).

2) MULA TAKBIR RAYA (TAKBIR MUQAYYAD)

Disebutkan dalam sebuah hadis;

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Diriwayatkan daripada Ali dan Ammar radhiallahu ‘anhuma, katanya; "Sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bertakbir pada hari Arafah (9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah)."(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dalam Ma’rifah al-Sunan wa al-Athar).

Untuk keterangan lanjut berkaitan hukum-hakam takbir raya ini, sila rujuk artikel berikut;

http://tolibilmi.blogspot.my/2015/11/takbir-raya.html?m=1

3) PERBANYAKKAN DOA

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya, sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Riwayat al-Tirmidzi. Kata beliau: hadis hasan gharib).

Untuk keterangan lanjut berkaitan anjuran doa pada hari Arafah, sila rujuk artikel berikut;

http://tolibilmi.blogspot.my/2017/08/anjuran-doa-pada-hari-arafah.html?m=1
اليسع
Wallahu a'lam.

🌺       SELAMAT       🌺
         MENYAMBUT
                 HARI
      KEMERDEKAAN
🇲🇾    31 OGOS 2017   🇲🇾

🌙          SALAM          🌙
            AIDILADHA
       HARIRAYA HAJI
    HARIRAYA KORBAN
           01SEPT 2017


No comments:

Post a Comment