Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, December 10, 2013

Allahyarham Mohammad Afizan pemergian mu menuju ALLAH penuh kebahagiaan

 AL FATIHAH
 Buat Allahyarham sahabat yang dikasihi As Syahid Mohammad Afizan Bin Zakaria ( Zan Weng Baling Kedah )
AS SYAHID MOHAMMAD AFIZAN 


 Ustaz Yazid guru yang menghantar Allahyarham ke Pondok Fathoni meimami solat jenazah anak murid harapan beliau Allahyarham Mohammad Afizan
 Guru dan sahabat sedang mendoakan di pusara Allahyarham
 Ana Al fakir Helmi Assyafe membuat liputan khas tentang pemergian sahabat yang disayangi sebagai tanda ingatan abadi perginya seorang sahabat yang disayangi Mohammad Afizan Bin Zakaria .

Pada hari Jumaat 7.12.13 saya mendapat sms dari akhi Mazlan Jamalludin setiausaha PPPT yang menyatakan bahawa Mohammad Afzan dalam ICU Pattani , saya amat terkejut mendapat berita semasa hendat ke masjid KLCC solat Jumaat bersama Habib Umar . Kebetulan saya di KL bagi mengikuti  majlis Muwasolah Bainal  Ulama Muslimin . Habib Umar spatutnya hadir majlis Malaysia Berselawat di Stadium Hoki Bukit Jalil terpaksa dibatalkan kerana Habib Umar perlu bertolak segera pada 7.12.13 jam 9.30 pagi disebabkan kematian bapa saudara habib Umar di Jeddah (Sausana sedih semasa menghadapi sausana ini seluruh peserta Muwasolah diselubungi dengan sausana kesedihan )

Saya pulang ke Kedah dan tiba pada 8.12.13 jam 7.30 pagi , pada jam 6.20 petang saya mendapat berita pemergian Mohammad Hafizan sewaktu itu saya dalam perjalanan ke tempat mengajar di Merbok Kedah .Setelah itu Ustaz Yazid menghubungi saya dan menyatakan hasrat beliau inginkan Afizan dikebumikan di Pondok Kerasak Fathoni sebab inging mengambir tabaruk dikebumikan bersama para alim ulama di sana , saya mengatakan hal ini perlu dibincangkan dan diputuskan oleh ayah atau waris Afizan sendiri. Dalam perjalanan pulang saudara Mazlan hubungi saya dan menyatakan Mohammad Afizan Selamat dikebumikan di Pondok Kersak Pattani .Apabila pulang dari mengajar saya buka facebook melihat gambar- gambar Allahyarham Mohammad Afizan .

Selepas Subuh saya dihubungi oleh Ustaz Yazid anak Tn Guru Hj Salleh dan beliau menyatakan hasrat untuk ke Pattani , kami sahabat-sahabat bersetuju untuk ziarah pusara sahabat yang dikasihi .Ustaz Yazid dan sahabat bertolak jam 7.30 pagi dari pondok Sik dan singgah ambil saya di Alor Setar . Dari Alor Setar kami bertolak jam 9m pagi dan apabila tiba di sempadan kami selesaikan urusan pasport hingga jam 1.30 tengahari , Alhamdulillah tiba di Fathoni pada jam 3.30 petang .

Kami tiba di Pondok Kerasak waktu asar dan kami terus solat jenazah Mohammad Afizan di pusara beliau .
Solat jenazah diimami oleh Ustaz Yazid guru kami dan guru Allahyarham .

PEMERGIAN MU YANG SANGAT BAHAGIA MENUJU ALLAH SWT
Cerita kemuliaan Mohammad Afizan meninggal dalam masa menuntut ilmu agama .
Allahyarham Mohammad Afizan semasa kami ziarahi Pusara beliau di Fathoni , ayah beliau kebetulan masih belum pulang ke Kedah beliau menceritakan perkara yang sangat menyenangkan kami tentang Afizal .
Mohammd Afizan berusia 18 tahun , beliau meninggal dalam masa masih menuntut ilmu agama di Pondok dan dalam masa musafir rantau di negeri orang semata-mata ingin menuntut ilmu beliau meninggal , kata guru beliau Tn Guru Hj Ismail ( Pak Da Eil Kerasak )dia mati ( Zan Meningal ) sebagai SYAHID Akhirat !!!
ALLAHUAKBAR !!!
Dalam usia muda masih belum banyak dosa , menutut ilmu agama dan lebih bertuah apabila beliau
disemadikan di kawasan perkuburan ahli ulama dan ahli ilmu di Pondok Kerasak Fathoni Darul Salam .
Guru beliau menyatakan orang meninggal waktu belajar agama dapat pahala syahid dan mampu syfaatkan 70  ribu orang , dan guru beliau menyatakan sekiranya aku (guru beliau Pak Da Eil )  mati (meninggal ) aku ( Pak Da Eil ) hendak kebumi tepi dia ( Afizan) sebab hendak tumpang syafaat dia .
ALLAH ALLAH , ayah beliau kata inilah yang saya mahukan selama ini saya korbankan untuk beliau agar beliau menjadi orang alim , walaupun beliau tak sempat alim tetapi beliau meninggal dalam masa menuntut ilmu ini merupakan perjuangan dan jihad baginya .

Ayah beliau tidak mersa sedih disebabkan anak beliau dikebumikan di bumi Fathoni kerana beliau yakin anak beliau ditempat yang bahagia , inilah pengorbanan ayah yang faham agama Allah....sungguh hebat ujian ini pada Afizan dan ayah beliau tetapi dari kerana mereka menjiwai ilmu agama maka redha mereka amat tinggi dalam meamalkan agama dalam kehidupan mereka.
Ayah beliau menceritakan lagi tentang Afizan , beliau meninggal lebih kurang jam 4.30 petang waktu Thailand , waktu Malsysia lebih kurang jam 5.30 petang , kemudia jenazah terus dibawa pulang ke Pondok Kerasak dari Hospital Pattani . Kemudia semasa kuliah Maghrib Tuan Guru istiharkan " Zan mati Syahid akhirat sebab mati (meninggal ) dalam menuntut ilmu" , Tuan Guru beliau ( Pak Da Eil ) cium dahi beliau dan diikuti oleh ratusan pelajar mengucup dahi Allahyarham .
Solat jenazah dilangsungkan pada jam 9 malam dan terus dikebumikan .
Moga Allah sentiasa mencucuri Rahmat keatas Roh Mohammad Afizan.

Cerita ayah beliau lagi,
dalam Draf tel Afizan , Allahyarham menulis catatan peribadi beliau
beliau mimpi ke Baitullah sebanyak 21 kali , mimpi Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik 41 kali , mimpi Habib Umar , mimpi Habi Ali Al Jufri , mimpi abang Habib Umar .
INILAH KELEBIHAN ORANG YANG ROHANI MEREKA SENTIASA BERHUBUNG DANGAN SELAWAT , QASIDAH , DAN BERHUBUNG DENGAN ULAMA
Allahyarham antara orang awal selain Alif Sungai Petani  Haron Shah, Anas dan Hanif membentuk kesatuan Qasidah di Ponsok Sik Kedah dan Tuan Guru Haji Salleh Musa meletakkan nama team kami sebagai kumpulan
AT TAZKIRAH

ALLAH ...
Beruntunglah kamu wahai Afizan ,
usia muda dalam keadaan menuntut ilmu agama kamu sudah kembali kepad Allah .
Bagaimana keadaan kita sekarang yang masih hidup ?
Cepatlah kita  mencari jalan kebaikan , cepatlah kita menuntut ilmu akhirat agar kita mati dalam keadaan bahagia seperti saudara kita Mohammad Afizan- Helmi Assyafie

e
KITAB PUSAKA milik 
ALLAHYARHAM AFIZAL 
Kitab Bakurah dan Kitab Faridah 
saya minta izin kepada ayah beliau agar saya simpan sabagai sejarah dan 
kenangan persahabatan , saya akan guna kitab beliau semasa mengajar 2 kitab ini INSYA ALLAH . 


 Sahabat rapat Allahyarham ,
 Mohd Amin Ismail , Helmi Assyafie , Arif Yusof , Soleh Ahmad , Mohd Denial

 Arif , Hanif , Akmal (sepupu Allahyarham ) , Helmi Assyafie , UST YAZID , AYAH ALLAHYARHAM , Syahir ,Jasmin , Din , Danial , Amin, Soleh

Arif , Hanif , Akmal (sepupu Allahyarham ) , Helmi Assyafie , UST YAZID , AYAH ALLAHYARHAM , Syahir ,Jasmin , Ahmad Rafae  , Danial , Amin, Soleh

MOHAMMAD AFIZAN DALAM KENANGAN
ALLAHYARHAM MOHAMMAD AFIZAN 
Melazimi majlis Selawat dan sentiasa pimpin majlis qasidah , marhaban .Moga berkat kemuliaan Rasulullah 
kamu akan bersama-sama orang bahagia dialam barzakh dan akhirat kelak 





Mohammad Afizan AJK PPPT 
kembali kerahmatullah hari ini , Ahad 8.12.2013
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah . 
Beliau merupakan AJK PPPT yang gigih dalam menuntut ilmu agama , hal ini dibuktikan oleh beliau ,walaupun berusia muda beliau sanggup meneruskan pelajaran ke Pondok Kerasak Pattani diatas niat untuk belajar bersungguh hingga alim dan bercita-cita untuk membuka pondok . 
Kita sayang kepada beliau tetapi Allah lebih menyanyangi beliau . 
Dalam usia 18 tahun,  hari ini beliau dijemput ke Alam Barzakh dan meninggalkan kita buat sementara waktu. 
Beliau merupakan pencetus Qasidah bersama Haron Shah dalam PPPT . Suara beliau sangat merdu dalam  qasidah dan selawat. Moga ALLAH rahmati roh beliau dengan berkat selawat dan Mahabbah Rasulillah yang tinggi yang wujud  dalam jiwa beliau . 
Moga Allah cucuri rahmat keatas roh beliau. 
Beruntung beliau kerana dapat menuntut ilmu agama di Pondok dalam usia muda dan beliau meninggal dalam tempoh jihad perjuangan menuntut ilmu agama .Moga beliau digolongkan bersama roh orang beriman , para ambia , syuhada , solihin . 
Bahagia kamu disebabkan jasad kamu disemadikan di Pondok Kerasak Fathoni Darussalam tempat orang alim , tempat yang sentiasa hidup roh agama dan amalan , moga kamu bahgia dialam sana ameen .- Helmi Assyafie 
MOHAMMAD AFIZAN BIN ZAKARIA 
SAHABAT YANG SENTIASA CERIAKAN KEADAAN 
MOGA ROH MU SENTISA DICUCURI RAHMAT 




No comments:

Post a Comment