Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, April 1, 2012

Masyarakat perlu kembali pelajari ilmu agama supaya masyarakat tidak huru hara

Assalamualaikum wb .
Saudara, pengikut setia Blog Kehidupan Tauhid moga kita semua dalam taufiq Hidayah Allah.
Akhir Zaman ini kita bertemu dengan pelbagai fithnah . Negara kita Malaysia khususnya ,seluruh dunia amnya sudah menjadi huru hara.

Malaysia kini nampak zahirnya aman damai , tetapi pada hakikatnya negara kita sudah terkena bala yang kita tidak sedari . Banyak sangat bala yang kita tidak sedari . Bala yang paling besar adalah masyarakat jauh dari agama , pemimpin yang jauh dari agama , masyarakat yang tidak mahu mendekati agama , institusi kekeluargaan yang tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam rumah tangga .

Banyak nikmat Allah yang kita tidak syukuri .
Zaman sekarang jauh lebih maju dari zaman dulu tetai mengapa kita tidak mensyukuri nikmat Allah  ?
Saya tulis semua ini atas luahan hati setelah lama sangat saya perhatikan semua ini didalam masyarakat kita .

Masyarakat kita banyak yang sudah rosak .
Tidak kira golongan atasan mauhupun bawahan , tidak kira apa fahaman PAS atau UMNO.
Kebanyakkan masyarakat kita tidak berminat untuk mempelajari Ilmu agama .
Ilmu agama yang saya maksudkan adalah Tauhid , Fekah dan Tasauf .
Bukan semua saya maksudkan , hanya sebahagian dan ramai yang sudah rosak .
Ramai ulama yang mengajar di Pondok , di Madrasah , di Masjid-masjid dan surau atau pejabat , itupun hanya segelintir berapa kerat sahaja yang hadir kuliah yang dianjurkan . Ini menyebabkan masyarakat kita jauh dari ilmu agama dan jauh dari menghayati kehidupan agama.

Kerajaan hanaya melebihkan pembangunan meterial dan hanya sedikit sahaja sumbangan kerajaan menambah baikan pembangunan rohani dikalangan rakyat . Lihat sistem pendidikan di Sekolah kerajaan hanya sedikit sangat agama yang diajar kepada murid yang sedangkan mata pelajaran lain lebih sangat banyak dari pendidikan agama . Mementingkan pelajaran fardhu kifayyah dari pendidikan fardhu ain.
Kerajaan harus bertanggungjawab kepada agama rakyat .
Kita tidak boleh salahkan kerajaan seratus peratus kerana pendidikan agama mesti bermula dari rumah .

Institusi kekeluargaan mesti menerapkan ilmu agama dan penghayatan agama kepada anak-anak . Bermula dari rumah kita . Terkadang saya melihat dan berasa sedih rumah orang Islam tiada nur atau cahaya Islam , dihias dengan patung-patung , gambar-gambar artis dan pemain bola antarabangsa, sentiasa bising dengan muzik rock, tiada langsung dihias dengan ayat-ayat Quran .Allahuakbar .
Saya menyeru anak muda andai kita ada rumah sendiri hiasilah rumah kita dengan syiar-syiar Islam , hiasi dengan Ayat Quran , gambar artis digantikan dengan gambar ulama , muzik ditukar dengan alunan Quran atau nasyid Qasidah memuji Rasul dan sebagainya.
Hidupan rummah tangga dengan nilai-nilai Islam , ia akan memberi kesan kepada rumah yang kita diami . Keberkatan akan datang andai kita bini sausana Islam dalam rumahtangga kita Insyallah .
Ibu bapa perlu mendidik dan tarbiah anak supaya memahami Ilmu agama , andai ibu bapa tidak mampu ajar anak-anak maka jangan biarkan mereka lalai dengan main game , layari internet yang tidak berfaedah, carilah guru dan tempat untuk mereka mendalami ilmu agama .
Penghayatan agama dari rumah , meamalkan hukum hakam Islam dalam rumahtangga bermula dari Taharah bersuci , Ibadah , munakahat mengikut hukum yang diajar dalam agama kita .

Saya perati ramai masyarakat sekarang gagal menjaga hukum hakam bermula dari taharah lagi , apabila kita masuk bilik air rumah seseorang bagi kita yang pelajari fekah maka kita boleh menilai , terkadang bab taharah bersuci sudah gagal . Seperti air dalam bilik air yang kurang dari 2 kolah terdapat najis cicak dan sebagainya , padahal mereka menggunakan air itu untuk mandi dan basuh atau sebagainya maka ini bermakna sudah gagal dalam soal bersuci , jika tidak menjaga bab bersuci bagaimana kita nak pastikan solat kita sah?.Ini hanya satu contoh dari berpuluh-puluh contoh masalah taharah. Maka peranan ibu bapa mendidik anak dengan ilmu Tauhid( keimanan kepada Allah dan Rasul)
Fekah (Ilmu tentang Ibadah kepada Allah) .Didik mereka dengan penghayatan agama .

Masyarakat pula perlu memainkan peranan untuk menghayati Islam dalam kehidupan , hendaklah ada tanggungjawab untuk buat kerja Islam dalam kehidupan . Contoh andai anak jiran buat maksiat kita perlu tegur, ini dianjurkan Islam , bukan jaga tepi kain orang tetapi ini tugas dan kewajipan kita bersama.
Imam kampung , ketua kampung , MKK , JKKP, Penghulu, YB perlu beperanan untuk memastikan Islam terlaksana dalam kawasan yanag mereka kuasai .
Ramai YB sekarang yang hanya kuat politik hingga tidak sempat mendalami ilmu agama begitu juga penghulu, MKK, JKKP hanya kuat politik tidak kira PAS atau UMNO mereka tidak dalami ilmu agama ,  ini adalah perbuatan dosa. jika tidak pelajari dan fahami agama bagaimana nak jaga rakyat , pemimpin wajib menjaga agama rakyat. Bagaimana nak jaga agama rakyat sedangkan mereka asyik berpolitik hingga lupa majlis ilmu ini merupakan perkara yang salah , rata-rata mereka yang berjawatan ini sebegini tidak akan menghadiri majlis ilmu dengan aalasan kerja mereka lebih besar lebaih pahala besar , maka kita jawab jika amalan tanpa ilmu maka segalanya sia-sia sahaja , sangkakan dapat pahala padahal kosong nanti sbab menuntut ilmu perkara wajib Allah dan Rasul tuntut tiba-tiba kita tinggal, apa hukum? Jawabnya sia-sia. Kita wajib buat kerja Islam tetapi kewajipan kita dengan Allah perlu selesai , maksud saya 2 perkara ini perlu seimbang .
Imam pula ramai yang hanya nampak alaun tetapi tidak menjalankan tugas , tugas imam seolah jadi imam hari jumaat , baca khutbah dan nikah orang . Sedangkan tugas imam amat berat .Imam perlu berusha memberi ilmu pada anak makmumnya . Bukan sahaja berkhutbah , imam perlu memastikan anak makmum faham ilmu fardhu ain . Tauhid Fekah dan Tasauf . Jika imam tidak boleh mengajar , jemputlah guru untuk mengajar . Masjid bukan milik peribadi dan keluarga kita . Masjid merupakan medan untuk ibadah dan dakwah . AJK Masjid kebanyakannya hanya ingin pertahankan AJK mereka , jika ada orang lebih arif dan aktif mereka akan santas dan jatuhkan orang itu , sapa yang rugi ? Jawabnya yang rugim anak makmum yang tidak meningkat kefahaman tentang Islam . Inilah penyakit ummah yang saya kupas secara kasar dimedah hari ini .

Maka kita perlu kembali kerpada ILMU . Kita perlu mempelajari ilmu asas paling tidak iaitu Tauhid , Fekah , dan Tasauf .
Kita perlu kembali kepada pengajian Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Jangan leka dengan kehidupan sementara ini , kita semua termasuk saya akan mati , mati tidak kira usia . Tanpa ilmu kita rosak , masyarakat kiata rosak , negara kiata akan musnah kerana tiada penghayatan Islam , apabila tiada penghayatan Islam keberkatn dari Allah tidak beserta kita .
Lihat sausana semasa sekarang banyak kes bunuh bakar , rogol , beranak dan bunuh bayi , rompak , murtad dan sebagainya . Mengapa berlaku sebegini ? Jawabnya ringkas kerana masyarakat jauh dari agama , tidak pelajari hukum hakam Agama , jika belajar pun tidak halusi dan tidak hayati .

1 comment:

  1. Salam..Setuju dengan artikel tersebut.Memandangkan saudara Helmi bergiat dalam Pas,ingin mencadangkan sedikit cadangan.Alhamdulillah,kita lihat keadaan ekonomi negeri kita semakin baik.Cadangannya ialah hidupkan majlis ilmu di masjid-masjid seluruh Kedah.Saya nampak di sini Persatuan Ulama Kedah & Dewan Ulama Pas Kedah boleh & patut ambil peranan ini.Alhamdulillah masjid di kampung saya semakin diimarahkan.Walaupun yang mengajar orang kampung tahu beliau ustaz Pas,ramai yg datang kerana pendekatan ustaz tersebut memegang prinsip kesederhanaan.Saya yakin ramai lagi ustaz-ustaz yang sebegini walaupun mereka ahli Pas.Seandainya saudara dapat panjangkan cadangan ini kepada pihak-pihak terbabit..alangkah indahnya suasana masjid-masjid di negeri kita.Kita kena bantu Ustaz Azizan..beliau berusaha sebaik mumkin untuk tingkatkan ekonomi negeri kita dan alhamdulillah hasilnya cemerlang.Ini hanyalah cadangan..jikalau punya cadangan yang lagi bernas..lagi lah bagus..wslm.

    ReplyDelete

ampuni kami