Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, February 12, 2012

Najib Rosmah sambut Perayaan Thaipusam- Mufti Perak tegur !





NAJIB 'GADAI AQIDAH' - HARUSSANI


"Najib tak dengar nasihat saya." - Mufti Perak



KUALA LUMPUR, 13 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Perdana Menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. - themalaysianinsider





PERSATUAN ULAMA MALAYSIA kemukakan pandangan tentang isu ini:


Kuala Lumpur  13 Feb 2012: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam seharusnya lebih prihatin dan memperhatikan berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.

"Ini adalah karena hal tersebut memiliki hubungkait dengan aqidah umat Islam. Aqidah adalah komponen inti dalam agama Islam, "kata sekretaris agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu pernyataan.

Katanya, PUM berpandangan isu terkait keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam seharusnya selesai jika semua pihak mengacu dan sesuai Pedoman Orang Islam juga Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Komite Fatwa Nasional kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.

Beliuau berkata, salinan pedoman tersebut dapat diakses melalui situs resmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my .

Dalam pedoman tersebut, ujarnya antara hasil yang diputuskan anggota-anggota Muzakarah Komite Fatwa Nasional telah jelas menyatakan bahwa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang bisa dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama harus dijadikan pedoman agar tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

"Antara kriteria yang ditetapkan adalah majelis tersebut harus tidak disertai dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, jelasnya berdasarkan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah sangat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam memiliki acara ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak bisa bergabung acara tersebut karena dapat mempengaruhi aqidah Islam.

"PUM juga sangat mengharapkan semua pihak yang berotoritas dan memiliki yurisdiksi agama termasuk eksekutif, lembaga mufti, penasihat agama, agen agama federal dan negara, perlu menyalurkan nasihat dan pandangan yang benar kepada para pemimpin di tingkat pemerintah federal maupun pemerintah negara bagian masing-masing dalam menangani isu ini, "katanya lagi.

Di saat yang sama, katanya seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut diminta untuk mengakui pandangan ahli agama tersebut.

Tambahnya, para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga sangat diharapkan agar turut sama memahami dan menghormati prinsip inti Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam.

"Pendirian inti ini adalah bagian dari kehendak ajaran agama Islam," ujarnya lagi.

Justru, ujarnya semua pihak termasuk para pemimpin di setiap tingkat dan masyarakat sipil adalah disarankan untuk lebih sensitif dengan apa isu agama Islam khususnya menyangkut aqidah dan syariat Islam.

Ia menambahkan, para pemimpin dan masyarakat sipil ini adalah disarankan untuk akur dengan nasihat dan pandangan para ulama 'dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang ditempatkan dalam prinsip maqasid syariah.

Katanya, PUM berpandangan isu itu adalah penting untuk ditangani dengan penilaian cepat karena umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama orang bukan Islam.

Sehubungan itu, ujarnya PUM ingin mengusulkan kepada Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada para pemimpin dan masyarakat Islam pada keputusan kebijakan itu.

"Oleh yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Dewan dan Departemen Agama Negeri, Departemen Mufti Negeri dan lain-lain lembaga untuk memberikan pemahaman dalam isu yang timbul ini," katanya.



PM sertai Thaipusam: Mana suara Menteri Agama


KUALA LUMPUR, 12 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.

"Apa guna Jamil Khir menjawat jawatan menteri mengenai urusan agama apabila beliau gagal menasihat dan menegah penyertaan Perdana Menteri dalam upacara Thaipusam sehingga mufti sendiri menyifatkan perbuatan Perdana Menteri itu menggadai agama," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.

Beliau juga mempersoal di mana peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dalam menasihati Najib dalam urusan agama.

"Atau adakah Najib hanya mahu menerima nasihat dan petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide sahaja?

"Kalau begitu, lebih baik Jamil Khir meletak jawatan dengan segera," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga hairan, adakah Jamil Khir tidak tahu bahawa selain dari menghadiri upacara Thaipusam, banyak lagi tindakan dan perkara yang haram dalam Islam dihalalkan oleh Umno.

"Tindakan tersebut termasuk rasuah, fitnah, mencuri duit rakyat dan diberikan kepada kroni seperti kes lembu fidlot, mengaibkan sesama manusia, menipu dalam pilihan raya, pengundi hantu, pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak menerimanya dan banyak perkara lain yang diharamkan oleh Islam.

"Tetapi dalam Umno semuanya halal asalkan dapat undi, dapat untung dan dapat wang. Itulah fahaman Umno dan itulah yang dilakukan oleh Umno. Adakah Jamil Khir tidak tahu atau beliau juga merestui perbuatan-perbuatan itu?" katanya.

Sebelum ini, dalam tegura terhadap perbuatan Najib menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya “menggadai akidah” itu, Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami