Alhamdulillah, sambutan mawlid semakin meriah walaupun tidak disenangi oleh puak tertentu. Namun perlu diperhatikan juga bahawa tujuan mengadakan majlis mawlid adalah untuk melembutkan hati sanubari kita agar mau mengenali Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, mencintai Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, mengikut segala sunnah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, menurut segala ajaran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, yang akan menghasilkan keredhaan Allahta`ala dan Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallamserta memperolehi ni'mat, rahmat dan syafaat di dunia dan di akhirat nanti. Jadikanlah acara mawlid sebagai permulaan dan tapak latihan bagi kita belajar agar sentiasa ingatkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Moga dengannya kita bisa memperingati Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallamdengan menghidupkan sunnah dan ajaran baginda dalam segala aspek kehidupan kita sehingga kita kembali mengadap Ilahi. Bukannya hanya memperingati baginda dalam mawlid, tetapi dalam aspek-aspek lain ingatkan hok lain, ingatkan Soqrat, ingatkan Aflatun, ingatkan Niccolo Michiavelli, ingatkan Darwin, dan dan dan seumpamanya.........., sehingga melupakan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, lupakan baginda dengan melupakan ajaran, pesanan dan tunjuk ajar baginda ... Allahu .. Allah. Marilah kita hidupkan ajaran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dalam semua aspek kehidupan kita. Walaupun Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam telah wafat meninggalkan kehidupan duniawi ini dan hidup dengan kehidupan barzakh yang sempurna, namun dalam kehidupan duniawi juga, selain adanya ikatan dan pertautan rohaniah, Junjungan NabishallaAllahu `alaihi wa sallam juga sentiasa hidup segar dalam ingatan dan jiwa sekalian umat baginda, makanya para ulama tiada seorang pun menganjurkan acara haulnya Junjungan NabishallaAllahu `alaihi wa sallam, bahkan sebaliknya yang diraikan adalah mawlid baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam..... Allahu ... Allah, moga ingatan kepada baginda sentiasa hidup subur dalam jiwa kita sehingga bisa mewarnai kehidupan kita agar lebih hijau dan nyaman buat dunia dan akhirat.
****************************
Sedutan Nasihat Syeikh Nuruddin
No comments:
Post a Comment