Tn Kitab , Syeikh Ismail Fathani memulakan syarah matan kitab Bakurah dengan nama ALLAH .
Didalam mukadimah syarahan Tn kitab BAKURAH memulakan syarahannya dengan menghuraikan maksud kalimah tauhid atau kalimah syahadah . Tiada tuhan melainkan ALLAH
maksudnya hanyalah Allah tuhan kita yang layak kita ibadat kepadanya .
TUHAN adalah tumpuan kita atau tempat kita tumpang atau kita berhajat kepada Nya .
Maka tuhan hanya satu sahaja .
***Perhatian * Lafaz tuhan hanyalah boleh digunakan kepada ALLAH sahaja zat yang wajib ada .
Haram atau terkadang membawa murtad andai kita sebut "Cina tuhan mereka tokong , Kristien tuhan mereka Isa , Jepun tuhan mereka matahari ". Haram hukumnya kita berkata sedemikian kerana TUHAN HANYALAH SATAU SAHAJA . Tuhan mesti ada sifat IFTIQAR dan ISTIQNA , Insyallah kita akan bincang nanti .
Kalimah inilah yang kita akan kaji didalam ilmu tauhid aliran ahli sunnah
***Perlu diingat ILMU TAUHID AHLI SUNNAH MESTI MEMBAHASKAN 3 BENDA
1: ULUHIYAH Keimanan yang berkait dengan ALLAH
2: NUBUWAH keimanan yang berkait dengan RASUL
3: SAMIYAT keimanan yang berkait dengan segala yang disampai oleh baginda RASULULLAH SAW
Maka bukannya tauhid yang diasas oleh Ibnu Tamiyah iaitu tauhid
1: Rububiyah
2: Uluhiyyah
3: Asma wa sifat
...........................................
Saudara andai kita sudah belajar tauhid RUBUBIYAH , ULUHIYYAH , ASMA WA SIFAT maka belum memada lagi , maka ilmu yang sudah dipelajari belum memada . Kita perlu dalami tauhid Ahli Sunnah Wal Jammah adalah dengan mengkaji hukum zat dan sifat ALLAH secara detil bukannya secara umum seperti wahabi , umum samapai tersalah dan banyak menyimpang .
***PERINGATAN kepada saudara Ahli Sunnah jangan selalu suka sesatkan orang sebelum kita mendalami tauhid ahli sunnah , dan jangan kita sama sekali kafirkan orang lain yang tidak sealiran dengan kita , kita mesti teliti terlebih dahulu dalam menghukum , jangan hukum umum, ini tidak dibenarkan dalam agama kita , kita boleh menghukum khusus pada individu tertentu sahaja . Jangan hukum umum kepada wahabi , jangan kafirkan saudara satu kiblat , teliti dahulu !!!
Ramai Ahli sunnah kita sudah baik jalanan tetapi terkadang boleh jatuh aqidah (murtad)kita dengan menghukum kafir kepada kumpulan tertentu secara umum yang mana mereka masih Islam dan beriman , ini salah dan bukan jalanan ahli sunnah ***
HATI-hati saudara ku . Baiki Iman kita , mantapkan iman kita , pelihara iman kita .
.......................................................................
Kembali pada pebicaraan kitab kita :
BAHASAN TUHAN tadi , TUHAN hanyalah satu
Ramai kita yang mengaku ALLAH SATU , TETAPI RAMAI ORANG ISLAM SYIRIKAN ALLAH KERANA TIDAK FAHAM SIFAT QUDERAT ALLAH , IRADAT DAN PERBUATAN ALLAH !!!
ALLAHUAKBAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sauadar ku semua TAUHIDLAH ALLAH dalam semua keadaan !!!
Dalamai dan pelajarilah TAUHID
Berkata IMAM IBNU ARABI DAN IMAM SANUSI
IMAN orang yang tidak ada dalil ,kerana tidak belajar dinamakan taklid atau iman buta tuli ikut orang , maka iman mereka ini tidak sah disisi ALLAH kerana IMAN mereka tidak teguh !!!
Setengah ulama kita kata haram lagi berdosa besar andai kita taklid dalam soal iman
***TIDAK SAH IBADAH kita andai kita tidak belajar ilmu tauhid kerana ilmu ini ALLAH yang diperwajibkan kepada kita .
Kalau ibadah tidak ada tauhid maka kita ibadah tidak ada pahala atau seperti kita kerja tidak ada gaji !!!
Kalau berjihad maka, mati tidak dikira syahid .
TAUHID merupakan asas penting dalam agama , andai tidak ada tauhid seperti pokok tidak ada akar maka tidak munggkin pokok akan tumbuh
Tn Kitab kita mensyarahkan lagi kalimah MUHAMMADUL RASAULULLAH
Insyallah saya sambung nanti disiri ke 5
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment