Bermulanya cerita kitab BAKURAH mula ditulis oleh Syeikh Wan Ismail Menarik cerita dari Tn Guru Hj Salleh (Sik)
Satu hari saya bersama Tn Guru Hj Salleh minuh teh sarapan pagi , saya bertanya tn guru :
Saya : Baba
Tn Guru : ya , ada pa
Saya : nak tanya sejarah kitab Bakurah
Tn Guru : ha , kenapa ?
Saya : tak , helmi mengaji (belajar ) di Fatani lain sejarah Bakurah ,dengan baba sejarah kitab Bakurah lain .
Tn Guru : ha ...lain tang mana (yang mana satu yang berlainan?)
saya : Nama orang yang terlibat dalam sejarah kitab Bakurah
Tn Guru : ALLAH , Baba ambik (mengaji kitab Bakurah ) ambik dari PAK DA EIL (Syeikh Ismail Fathani ) sendiri , bukan ambik tepi jalan...
Saya :ya...ya baba
M/s2 : sejarah kitab bakurah
1335H Pak Da Ismail Syeikh Ismail ziarah ke negeri Kedah di daerah Pendang , kampung Tobir dan menjadi tetamu di rumah Hj Ahmad (salah seorang murid Pak Da Ismail ketika belajar di Makkah)
Syeikh Wan Ismail datang dari Makkah semata-mata untuk ziarah keluarga , sahabat dan murid beliau .
Syeikh Wan Ismail menginap di rumah Hj Ahmad dalam beberapa hari .
Hj Ahmad ada seorang sahabat yang bernama Hj Hassan yang belajar di Pondok sekitar Pendang .
Hj Hassan kurang faham dan tidak dapat menguasai ilmu tauhid dengan sempurna kerana kurang faham dengan pembahasan kitab-kitab lama dulu .
Hj Ahmad merasakan peluang paling baik untuk membantu rakannya Hj Hassan bagi membolehkan Hj Hassan dapat kuasai ilmu tauhid dengan mantap , maka Hj Ahmad memohon pekenan dari Gurunya Syeikh Wan Ismail untuk buatkan ringkasan ilmu tauhid yang mudah untuk difahami oleh sahabatnya Hj Hassan .
Maka Syeik Wan Ismail pun setuju untuk buat sedikit rumusan untuk Hj Hassan . Lebih kurang 2 ke 3 hari catatan rumusan yang dibuat oleh guru mulia selesai dengan izin ALLAH
Selepas Syeikh Ismail tulis matan /rumusan ilmu tauhid maka catatan itu diserah kepada Hj Hassan .
Hj Hassan bawa matan itu pulang ke pondok beliau ...Pelajar-pelajar pondok melihat matan /ringkasan yang Syeikh Ismail tulis kepada Hj Hassan , maka mereka mengkaji ibarat Syeikh Ismail bertentangan dengan kitab tauhid yang dikarang ulama melayu dulu . Maka keadaan menjadi hangat perbincangan menjai semakin hebat
Kebetulan takdir Allah Syeikh Ismail masih berada di Kedah . Pelajar pondok pergi mengadap Syeikh Wan Ismail untuk mendapat penjelasan . Terdapat percangahan pendapat BAPA TAUHID , SYEIKH ISMAIL dengan kitab ulama jawi yang dikaran ulama melayu dulu pada beberapa tempat
1: Sifat Maani mesti diterjemahkan dengan tambah "Pe" dihadapan contohnya Pekuasa , Pekehendak , Pengetahuan dan lain-lain kerana uuk membezakan antara sifat Allah dengan Takluk (tugas sifat) dan muta'la
Syeikh Ismail membuat kajian dengan teliti dari segi sudut bahasan dan betepatan dengan kaedah nahu tatabahasa arab .
2: Mustahil bukan sifat Allah , sifat Allah adalah Istihalah , mustahil sifat kekurangan dan tidah boleh ada sama sekali pada Allah ... Haram dan boleh sesat aqidah andai kita satukan sifat wajib dengan mustahil pada ALLAH . Ini penting***ahli sunnah pun ramai yang tidak faham . Maka kia perlu dalami dan hati-hati dalam soal ini kerana ini soal iman !!!
3: Sifat salbiah bukan maksud menafi , yang betul ternafi
panjang penmbahasan soal ini . Tidak mapu saya syarahkan di ruangan ini . Insyallah medan ini sebagai pengenalan ,kita perlu belajar dari mulut ke mulut baru ilmu yang kita dalami berkat . Nabi kita pun ada guru iaitu Malaikat Jibril . Kita perlu berguru .Belajar agama melalui Internit , mp3 , cd, vcd , youtube ini semua sebagai wasailah sementara kita kenal ILMU sahaja , selebihnya maka mesti beguru !
4 Banyak lagi pembahasan dalam BAKURAH lain dari yang lain
Guru mulia saya TN GURU HJ SALLEH MUSA (Sik) berkata
" kalau kita dapat kuasai BAKURAH , INSYALLAH kita dapat faham ilmu tauhid kerana Bakurah serupa dengan matan yang perlu kita ambil matan itu untuk karang kitab lain , pokoknya semua isi ilmu tauhid sudah lengkap dalam Bakurah , kalau boleh kuasai bakurah maka kita dalami kitab tauid lain akan mudah"
.......................................................................
Kembali pada bahasan kitab
Syeikh Ismail terang sejelas-jelasnya kepada para pelajar trsebut . Maka mereka terima pendapat TOKOH USULUDDIN TERKENAL MAKKAH "PAK DA EIL FATANI"
Selepas bertahun-tahun berlalu , diatas kesedaran bertapa pentingnya syaran tokoh tauhid ini , maka pelajar tadi memohon kepada Syeikh Ismail untuk syeikh Ismail syarahkan dan tulis sebuah kitab tauhid khusus bagi mensyarahkan maksud yang Pak Da Ismail tulis kepada Hj Hassan tersebut ...
Semasa itu Pak Da Ismail Sudah di Makkah .
Syeikh Ismail pun terima permintaan mereka walaupun sanggup korbankan masa beliau demi Ilmu dan ummat . Inilah ulama pewaris Nabi yang sebenar , bukan tulis kerana duit , bukan kerana nama dan pangkat tetapi tulis diatas perasaan tanggungjawab .
Alhamdulillah keberkatan yang Allah bagi kepada Guru mulia ini dan kitabnya , maka kini usia kitab BAKURAH (pada tahun 2011 ) 97 tahun .
Insyallah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT -KEDAH) akan mengadakan perayan jubli emas kitab BAKURAH dengan menghimpun ulama KEDAH -KELANTAN dan FATHANI bagi merayakannya INSYALLAH .
Saudara tolong bantu doa dan bantu jayakan majlis ini nanti.
Insyallah kita atur dan umumkan semula nanti apabila sapai masanya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment