Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, October 17, 2010

Perutusan Haji 1431h . ke -4(bahasan JAMRAH AQABAH)



Assalamualaikum saudara saudara  yang dikasihi
2 hari lepas saya berjanji hendak bahas soal JAMRAH mengikut pendapat Mazhab Syafie dan pandangan ulama muktabar mengenainya ,
Saudara seperti mana saya nyatakan dulu kita semua bercita -cita hendak ibadah haji kita diterima Allah , maka kita hendak buat yang terbaik supaya ibadat kita diterima Allah ...
Jangan ibadah ikut -ikut sahaja tanpa ilmu , itu akan merugikan .
Mengikut pengajian saya dengan guru saya , Tn Guru Hj Salleh Sik yang merupakan Tokoh Dakwah Negeri Kedah 2009 , beliu dengan pendapat beliau tentang Jamrah ini . Maka saya ingin kongsi ilmu saya dengan saudara semua , mudahan kita sentiasa dalam hidayah Allah dan Rahmatnya Ameen .
Lontar Jamrah merupakan perkara  wajib haji , maka kita perlu lakukan mengikut hukum yang sempurna .

Lihat JAMRAH yang baru diluas oleh kerajaan Arab Saudi



Semua gambar diatas menunjukkan keadaan Mina dan Jamrah yang baru diubah suai oleh kerajaan Arab Saudi bagi tujuan keselamatan . Kita perlu syukur pada Allah dan beterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana menyediakan tempat yang selesa kepada jemaah haji .
Tetapi ada satu yang kita tidak puas hati kerana Jamrah Aqabah sekarang sudah jadi lain dari segi kedudukan .

Lihat ini Jamrah Aqabah yang lama
keadaan JAMRAH AQABAH seperti ini
Jamrah Aqabah dahulu pada mulanya ada bukit dan selepas itu ditukar dengan dinding . Sekarang sudah tiada bukit dan sudah dibuang dinding lama dan dibina dinding baru , yang sedih Kerajaan buka sebelah kiri , dahulu disebelah kiri tidak ada lubang , hanya londar dipihak kanan  sahaja , sekaran kiri dan kanan boleh kita lontar .


 Ulama berbahas dalam soal ini , kerajaan Arab hanya bagi luas atas faktor keselamatan , maka kita yang hendak ibadah haji kita tidak ragu-ragu maka lebih baik kita dapat nasihat dan fatwa dari ulama muktabar kita yang berpegang dengan mazhab syafie ...
Tn Guru saya , Tn Guru Hj Salleh berkata , pada Jamrah lain tidak ada masalah , tetapi Jamrah Aqabah kita kena jaga (pelihara hukum) , jikalau kita hendak lontaran kita diterima mengikut hukum , maka kita perlu ikut arah asal , tidak boleh lontar di dua-dua belah Jamrah , Kita kena lontar satu pihak sahaja , kerana ASAL  JAMRAH AQABAH ADA BUKIT !!! ...Tn Guru berfatwa kalau hendak lontar diarah yang tepat di Jamrah Aqabah maka semasa kita hendak lontar pastikan belakang badan kita membelakangi Qiblat , kita perlu membelakangi Makkah baru kedudukan itu betul.
jikalau kita lontar kearah Qiblat , iaitu kearah Makkah maka kedudukan itu tidak betul dengan kedudukan asal . Ini ramai orang tidak tahu , andai buat ibadah ikut orang maka kita risau ibadah kita kurang sempurna walaupun lontar jamrah ini hanya wajib haji sahaja , kita nak ibadah kita terbaik kerana banyak belanja kita habiskan untuk ke Makkah .

SAUDARA ADA LAGI BAHASAN HUKUM MELONTAR JAMRAH , RAMAI YANG LONTAR TIDAK SAH .....INSYALLAH SAYA AKAN BAHAS NATI DALAM PERUTUSAN HAJI 1431H SIRI KE 5...W salam

No comments:

Post a Comment

ampuni kami