Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, February 22, 2014

تلاوه خياليه للمنشاوي

NASIHAT IMAM ABU HASAN ASY-SYAZULI



-Jika engkau inginkan selalu berkata benar dalam percakapan,maka lazimkanlah membaca Surah al-Qadr

-Jika engkau inginkan rezeki melimpah2 diberikan kepada engkau bagaikan hujan,maka lazimkanlah membaca Surah al-Falaq

-Jika engkau inginkan keselamatan dari kejahatan manusia maka lazimkanlah membaca Surah al Falaq dan Surah An-Nas..dan baca doa Allahumma Inna Naj’aluka fi Nuhuri A’daina(doa qunut Nazilah)

-Jika engkau inginkan khusyuk,maka tinggalkanlah banyak memandang yang maksiat.

-Jika engkau ingin dapatkan kemanisan dalam ibadah,maka tinggalkanlah banyak makan,selalulah berpuasa,berqiyamullail dan bertahajjud

-Jika engkau mendapatkan KEHEBATAN,maka tinggalkanlah gelak ketawa yang banyak..

-Jika engkau inginkan Syurga,maka tinggalkanlah bercita2 mengejar kenikmatan duniawi..

-Jika engkau mengharapkan keselamatan dari segala keburukan,maka tinggalkanlah berprasangka buruk terhadap manusia lain.

-Jika engkau tidak mahu hatimu mati,maka sentiasa engkau berzikir setiap hari,Ya Hayyu Ya Qayyum,Lailaha Illa Anta

Syeikh Muhammad Sa'id al-Kaheel , Wafat dalam keadan wajah tenang

wafat dalam wajah tenang - rezeki ulama ini yang bernama Syeikh Muhammad Sa'id al-Kaheel -AL FATIHAH
Wajah Syeikh Muhammad Sa'id al-Kaheel ketika Wafat

Beliau merupakan salah Seorang Ulama kelahiran Homs,Syria.Bermazhab Syafie dan di antara Syeikh Tariqat as-Syaziliah.Syeikh juga merupakan Imam dan Khatib di Masjid Khalid bin al-Walid di Homs Syria dan Pengasas Majlis Solawat di Masjid ini.Dilahirkan pada tahun 1933 dan wafat pada hari selasa 25.9.2012 di Jeddah,Arab Saudi.Dimakamkan di Perkuburan Baqi',Kota Madinah.

Ketenangan terpancar di Wajah Beliau ketika mengadap Allah s.w.t .. Kita yang masih hidup ini,Hormatilah Para alim Ulama,Dampingi dan Cintailah Mereka.Teringat kata-kata Umar bin Abdul Aziz : "Jadilah Ulama jika kalian mampu,Jika tidak, jadilah murid mereka,Kalau pun tak bisa, Cintailah mereka,Dan kalau itu pun tak mampu,Paling tidak.. Janganlah membenci mereka.."

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak."

حبيبنا من سكن طيبة

Wednesday, February 19, 2014

BONGKAR DAN SEBAR - Tahfiz Amal sesat , penipu orang ramai

 Kongsi ramai ramai untuk peringatan masyarakat !!! sebarkan pembohongan TAHFIZ AMAL yang suka perguna anak yatim minta derma di bank dan station minyak .....dia ni buat mungkar !!!
dula AL MANSUR lambang bumi dan keris , di Kedah sekarang dia guna nama RAJA SAKTI pusatnya di sik dan kulim sekarang.- GILA NAK JADI RAJA SAKTI TAPI PENIPU BESAR DAN PERGUNA ANAK YATIM TAHFIZ AMAL- Kita akan ketengahkan kepada pihak agama negeri dan Muti Kedah kita isu ini INSYA ALLH doakan agar ajaran sesat terkubur

ni jika nak kenal Azhar penipu ni :
Azhar berasal dari Kulim, Kedah. Dia hanya tamat tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Padang Serai, Padang Serai, Kedah.
Azhar pernah bekerja sebagai pemandu dengan Bank Simpanan Nasional cawangan Kuala Lumpur. Kemudian beliau menyertai kumpulan Al Arqam. Setelah Al Arqam diharamkan, dia menyertai kumpulan Al Mansur.
Azhar menggunakan gelaran hebat iaitu Yang Mulia Raja Azhar ibni Raja Wahab, Presiden Persatuan Kerabat Raja Sakti Malaysia








This is why I don’t donate to the so called “Pusat Tahfiz Amal” anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je.
Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan “ikhlas” katanya. Bila bagi seringgit tarik muka… Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu? Kata ikhlas?
Kalau tak bagi lagi teruk… Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit “arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!”. Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu.
Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal. Kata tahfiz.
Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.
Gambar Mazidul
Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit.
Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit “Pusat Tahfiz Amal”. Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni.
Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam. Orang bukan Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please..Share this and help educate people. – Sumber Tengku Nuruddin

Tahniah Mufti Perak mengecam fahaman sesat Kassim Ahmad dan Dr M



IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman
 terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

"Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini hari ini.

Harussani menjelaskan, kerajaan perlu menguatkuasaan undang-undang selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh banyak negeri termasuk Perak dan bertepatan dengan rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang agar golongan sesat seperti Kassim Ahmad boleh diambil tindakan.

"Tidak ada gunanya bertempik bahawasanya perlembagaan Malaysia ada begitu begini tapi perlaksanaanya tiada.

"Kassim Ahmad sepatutnya wajib diambil tindakan kerana beliau telah difatwakan sesat oleh banyak negeri dan telah digazetkan," jelasnya lagi.

Harussani menyatakan, kenyataan Kassim Ahmad sangat merbahaya kepada akidah umat Islam kerana tokoh anti hadis itu menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam agama Islam.

Kassim Ahmad katanya menyerlahkan lagi kejahilannya apabila meletakkan ulama Islam sebaris dengan kasta paderi, begitu juga dalam mengistinbatkan ayat-ayat hukum berkaitan aurat.

"Saya menyeru Kassim Ahmad dan mereka yang bersetuju dengan pandangan beliau supaya bertaubat," katanya.

Jelas beliau, Kassim bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa arab dan ilmu-ilmu usul fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum sebaliknya hanya menggunakan ilmu logik.

"Saya menyeru kepada semua umat Islam agar jangan terpengaruh dengan ucapan beliau (Kassim Ahmad) kerana ia secara jelas bercanggah dengan asas-asas ajaran Islam," tegasnya.
ampuni kami