Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, May 3, 2012

Tok Selehor


AL FATIHAH 
Ya ALLAH rezekinlah hambamu supaya dapat menziarahi makam dan tempat suluk Tok Selehor

TOK Selehor atau Tok Selehong, nama lengkapnya ialah Abdur Rahman bin Utsman bin Senik. Ulama yang berasal dari Kelantan ini lahir di Kampung Lubuk Jong, tahun 1289 H/1872 M, wafat malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353 H/20 Februari 1935 M. Beliau adalah sahabat Tok Kenali, yang juga berasal dari Kelantan dan lebih tua sedikit daripada Tok Selehor. Tok Kenali lahir pada tahun 1287 H/1871 M, wafat pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Sahabatnya pula ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor (lahir di Ban Sim Dip, Bangkok, tahun 1293 H/1876 M, wafat di Mekah al-Mukarramah, hari Rabu, 6 Rabiulawal 1376 H/10 Oktober 1956 M), Utsman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahhab atau Tok Bacok (lahir tahun 1277 H/1860 M, wafat pada malam Ahad, 15 Zulkaedah 1372 H/27 Julai 1953 M), dan ramai lagi yang belum dibicarakan dalam artikel ini.

Tok Selehor memulai jihad keilmuannya belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik, Sungai Pinang Kelantan. Kemudian memondok di Patani selama tujuh tahun, belajar kepada Tuan Guru Haji Abdur Rasyid di Kuala Bekah dan Tuan Guru Haji Abdulah di Tok Jum. Tok Selehor belajar di Mekah selama 18 tahun. Di antara gurunya ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani wafat, beliau masih tetap belajar kepada ayah saudara Syeikh Wan Ahmad al-Fathani, iaitu Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani (Tok Cik Wan Daud al-Fathani), mendalami ilmu-ilmu alat Arabiyah, ilmu fikah Mazhab Syafie, dan ilmu qiraat yang berbagai-bagai. Tok Selehor mulai membuka pengajian pondok tahun 1340 H/1921 M.
TOK SELEHOR DAN KITAB HIKAM

Salah sebuah kitab ilmu tasawuf yang diajar oleh Tok Selehor ialah Kitab al-Hikam. Sebelum membicarakan keterlibatan Tok Selehor dalam pengajaran Kitab al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'ullah as-Sakandari yang sangat terkenal itu, saya dulukan cerita tentang Kitab al-Hikam terlebih dulu, bahawa terdapat dua buah Kitab al- Hikam versi bahasa Melayu, yang sebuah dalam bentuk matan dan yang sebuah lagi dalam bentuk syarah. Penerbitan awal kedua-dua versi dalam bahasa Melayu itu ditashih dan diusahakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Selain yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Kitab al-Hikam yang dalam bahasa Arab pula terdapat berbagai-bagai syarah. Syeikh Ahmad al-Fathani dipercayai telah mengajar kitab tersebut kepada murid-muridnya, sama ada di rumahnya di Mekah mahu pun di Masjid al-Haram. Menurut Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin, istilah `hikam', beliau takrifkan sebagai jamak daripada perkataan `hikmah', yakni `perkataan yang diteguhkan'. Ada pun istilah hikmah/hikmat mengandungi pengertian yang berbagai-bagai, di antaranya ialah: `pandai menyurat/menulis, ilmu yang dapat melahirkan sesuatu yang luar biasa/menyalahi adat kebiasaan, kata-kata nasihat yang mantap, dan lain-lain lagi. Tok Kelaba al-Fathani menyebut bahawa perkataan `hikmah', ditafsir oleh Ibnu Abbas r.a. yang terdapat dalam al-Quran ialah, ``dengan belajar halal dan haram''. Yang lain berpendapat, ``ditinjau dari segi lughah ialah ilmu serta amal''. Pendapat yang lain, ``hikmah itu diambil faedah daripadanya, iaitu yang sebenar pada diri pekerjaan dengan sekira-kira kuasa manusia''. Pendapat yang lain, ``tiap-tiap kalam yang muafakat akan hak, maka iaitu hikmah''.
Sanad

Jika kita jejak sanad pengajian Kitab al-Hikam mulai pengarangnya, iaitu Syeikh Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari hingga turun sampai kepada Tok Selehor, ialah Tok Selehor merupakan yang ke-17. Untuk lebih jelasnya dapat diperhatikan sanad sebagai berikut:

1. Tok Selehor, Kelantan, belajar kepada (2)
2. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, belajar kepada (3)
3. Saiyid Abi Bakri Syatha, belajar kepada (4)
4. Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, belajar kepada(5)
5. Syeikh Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, belajar kepada (6)
6. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi, beliau telah menulis syarah kitab yang dibicarakan ini. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi belajar kepada (7)
7. Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni, belajar kepada (8)
8. Syeikh `Id an-Namrisi, belajar kepada (9)
9. Syeikh `Abdullah bin Salim al-Bashri, belajar kepada (10)
10. Syeikh Muhammad bin `Ala' al-Babli, belajar kepada (11)
11. Syeikh Abi an-Naja Salim bin Ahmad as-Sanhuri, belajar kepada (12)
12. Saiyid an-Naju Muhammad bin Ahmad al-Ghaithi, belajar kepada (13)
13. Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari, belajar kepada (14)
14. Saiyid al-'Izzu Abdur Rahim bin al-Farrat, belajar kepada (15)
15. Syeikh at-Taju `Abdul Wahhab bin `Ali bin `Abdul Kafi, belajar kepada ayahnya (16)
16. Syeikh at-Taqiy `Ali bin `Abdul Kafi as-Subki, belajar kepada (17)
17. Syeikh al-Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin `Abdul Karim bin Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari atau disingkat namanya dengan Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari, iaitu pengarang Kitab al-Hikam yang sedang dibicarakan ini.

Ulama yang aktif beramal dengan Thariqat asy-Syaziliyah ini menghasilkan beberapa buah kitab, selain Kitab al-Hikam ialah Tajul `Arus fil Washaya wal Mawa'izh, Lathaiful Minan fi Manaqib al-Mursi wa Abi al-Hasan, dan lain-lain. Syeikh Ibnu Atha'ullah as-Sakandari, ulama besar sufi yang sangat besar pengaruhnya di seluruh dunia Islam, termasuk dunia Melayu, tersebut wafat di Kaherah, tahun 709 H/1309 M.

Ustaz Ismail Awang, dalam majalah Pengasuh menyebut: ``Tok Selehor mempunyai kebolehan dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan, tetapi yang sangat diminatinya ialah bidang tasawuf. Kitab Hikam oleh Ibnu Ataillah merupakan kitab paling suka diajarkan kepada orang ramai, mungkin kerana kitab ini mendorong manusia membaiki diri dan mendampingi diri kepada Allah, serta menjauhi sifat-sifat terkeji seperti sombong, hasad dengki, riak, sum`ah dan sebagainya.'' Oleh sebab Tok Selehor adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani, maka bererti sanad Tok Selehor dan murid-murid beliau dalam pengajian Kitab al-Hikam dan kitab-kitab lain karangan Syeikh Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari dapat disambung seperti sanad yang telah disebutkan di atas.
Tasawuf

Kitab pengetahuan tasawuf selain Kitab al-Hikam secara umum juga dipelajari di seluruh dunia Melayu, termasuk dalam pondok yang diasaskan oleh Tok Selehor. Keseluruhan karangan Imam al-Ghazali, dalam hal ini yang paling ditekankan dan dimantapkan di antaranya ialah Minhajul Abidin dan Ihya' Ulumid Din. Sanad yang sampai kepada Imam al-Ghazali mulai nombor 1 sampai nombor 7 (Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni) pada sanad Kitab al- Hikam adalah sama, tetapi untuk sampai kepada Imam al-Ghazali adalah belajar kepada (8)

8. Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Budairi, belajar kepada (9)
9. Syeikh Mullah Ibrahim al-Kuarni, belajar kepada (10)
10. Syeikh Muhammad Syarif, belajar kepada (11)
11. Syeikh Abi Ishaq at-Tanukhi, belajar kepada (13)
13. At-Taqiy Sulaiman bin Hamzah, belajar kepada (14)
14. Syeikh `Umar bin Karam ad-Dainuri, belajar kepada (15)
15. Syeikh al-Hafiz Abi al-Faraj `Abdul Khaliq bin Ahmad bin Yusuf al-Baghdadi, belajar kepada (16)
16. Al-Imam Hujjah al-Islam Abi Hamid bin Muhammad bin al-Ghazali yang disingkatkan panggilan dengan Imam al-Ghazali saja. Sebagaimana yang tertulis dalam sanad yang tersebut di atas jelaslah bahawa ulama dunia Melayu yang diriwayatkan ini adalah sanadnya bersambung sampai kepada pengarang Minhajul `Abidin dan Ihya' Ulumid Din, iaitu Imam al-Ghazali yang sangat masyhur namanya itu.
BERZANJI DAN BURDAH

Ustaz Ismail Awang menulis, ``Tok Selehor pernah mengadakan Maulid an-Nabi secara besar-besaran dan dialah ulama Kelantan yang mempelopori perayaan itu. Berzanji dibaca dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran di adakan. Pernah berpuluh-puluh ribu orang datang ke majlis perayaan Maulid Nabi anjurannya. Hal ini pernah dikritik oleh akhbar-akhbar pada zaman itu, tetapi beliau tidak juga berhenti kerana beliau ingin menanam rasa cinta umat kepada Rasulullah s.a.w. yang penuh tenaganya berjuang menyebarkan Islam. Dengan cara itu anak-anak pondok lebih cepat bermesra dengan Rasulullah s.a.w. daripada hanya menyampaikan kisah tanpa diadakan gerak kerja.''

Praktik memperingati Maulid Nabi, membaca Barzanji, dan lain-lain sejenisnya, sama ada dalam dunia Arab sendiri, mahu pun dalam dunia Melayu telah berjalan sejak lama, oleh itu yang dilakukan oleh Tok Selehor seperti yang tercatat di atas adalah tidak dapat dimasukkan dalam klasifikasi bidaah dhalalah seperti yang pernah dilemparkan oleh hanya sekelompok kecil orang. Kitab Berzanji yang disyarah dalam bahasa Arab banyak dilakukan oleh ulama. Ulama yang berasal dari dunia Melayu yang mensyarah kitab Maulid Nabi pernah dilakukan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani. Beliau termasuk salah seorang guru kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Yang bererti ada pertalian keilmuan dengan murid-murid Syeikh Ahmad al-Fathani termasuk Tok Kenali, Tok Selehor dan lain-lain.
Lima

Syeikh Nawawi al-Bantani telah menulis tentang Maulid Nabi dalam lima judul karyanya, bahkan mengenai Maulid Nabi merupakan karyanya yang terawal. Karya tersebut ialah Targhibul Musytaqin li Bayani Manzhumatis Saiyid Barzanji Zainal `Abidin fi Maulidil Awwalin wal Akhirin, yang diselesaikan pada hari Jumaat, 13 Jumadilakhir 1284 H. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 23 Rejab 1311 H. Semua karya Syeikh Nawawi al-Bantani dengan judul-judul yang lain adalah ditulis kemudian daripada kitab mengenai Maulid Nabi yang tersebut. Syeikh Ahmad al-Fathani juga memulakan penulisannya mengenai Maulid Nabi ketika beliau berusia 15 tahun, ditulis dalam bentuk puisi. Karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang pertama itu diberi judul Nazham Nuril Anam, diselesaikan pada hari Rabu, 15 Syaaban 1287 H/10 Oktober 1870 M. Transliterasi lengkap dapat dibaca dalam buku Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu dan Islam, jilid 2, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, lihat hlm. 3 - 46.

Kitab Berzanji dapat dikategorikan dalam bidang sastera Arab, demikian juga Burdah Bushiri. Burdah Bushiri pernah diterjemah oleh Tok Kenali, sahabat Tok Selehor, yang diberi judul Risalatud Durril Mantsur, selesai beliau tulis pada bulan Jumadilakhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Meah, Jumadilakhir 1310 H. Selain itu juga oleh guru kedua-duanya, iaitu Syeikh Wan Ali Kutan yang diberi judul Risalah Majma' al-Qashaid wa al-'Awaid yang selesai ditulis pada bulan Zulkaedah 1320 H/ Februari 1903 M



sumberhttp://ulama.blogspot.com/2005/06/tok-selehor-kelantani.html

Tok Pulau Manis -Penterjemah Kitab Hikam


AL FATIHAH 
Rindu menziarahi makam aulia 
Ya Allah rezekilah hambamu ini supaya dapat taufiq untuk menziarahi makam Tok Pulau Manis
Saya menziarahi Pak Su Mid Kelantan , Tn Guru berkata "Jika hati kita dan sebutan kita selalu bersama aulia maka Insyallah roh kita bersama roh mereka , InsyAllah diakhirat kita bersama mereka"

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.
Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.
Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato’ Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Syeikh Abdul Malik telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.
Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.
Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.
Pengajaran al-Shadhili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Imam Abu al-Hassan al-Shadhili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.
Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Shadhili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin  dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.
Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :
(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia……?.
Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.
Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.
 Syeikh Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu  Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.
Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun  iaitu pada  tahun 1149H bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam pada makamnya.

Wednesday, May 2, 2012

Video Simpanan PDRM , tidak akan disebar video ini , lepas tonton tolong share!

video-video panas yang dalam simpanan PDRM , belum disebar dan tidak akan disebarkan ...sila tonton dan sebarkan ...kita rakyat Malaysia rakyat bermaklumat jangan jadi pak turut TV3 dan Utusan Malaysia
 Berikut adalah koleksi video-video dari PDRM yang masih tersimpan rapi dan belum di tayang di mana-mana stesen TV dalam Malaysia kerana koleksi video ini adalah 18SG malah Hishamuddin Menteri POLIS RAJA di Malaysia juga tak mampu melihat secara terus, hanya mampu teropong sahaja, demi keselamatan beliau selaku Ketua Menteri POLIS, Barulah di namakan anak Jantan Keris Telanjang menteri POLIS nih.. 

Saksikan, Selepas saksikan Silalah share bagi membantu PDRM dan KERAJAAN berbangga kerana telah memberi laporan yang adil dan juga menjaga keselamatan Rakyat Malaysia dengan cara paling professional..

Rakyat kini sudah peka , jangan tipu rakyat!


Kekejaman Protestor Bersih memang tidak dapat di nafikan .. SEKIAN!

Video 1 [Lihat bagaimana Protestor tidak membenarkan wartawan mengambil gambar]



 Video 2 [Protestor pukul Trafic pula beramai-ramai]
Video 3 Slow Motion [Peserta Bersih telah melanggar kereta Polis hingga mati 2 orang protestor]
Video 4 Peserta membelasah POLIS dalam perkarangan Masjid India


[BERANI SEBAR] Dibawah merupakan rakaman penuh peristiwa di Dataran Merdeka yang berlangsungnya demonstrasi Duduk Dan Bantah. Kelihatan jelas sekitar minit 4:30 dimana Dato Seri Anwar Ibrahim memberi arahan kepada peserta untuk belok ke kanan iaitu kearah Jalan Tunku Abdul Rahman.Sementara itu Dato Seri Anwar Ibrahim juga meminta YB Azmin Ali turun berunding dengan pasukan Polis agar membenarkan peserta masuk ke Dataran Merdeka.

Saya sendiri bersama Tn Guru Hj Hadi, Anwar , Md Sabu Lim Kit Siang dari Masjid Negara ke Dataran Maybank ,jam 2.25 pimpinan mengeluarkan arahan " perhimpunan berjaya , semua kita bersurai"
Anwar tidak kata pun kita ke Dataran Merdeka

Amat memalukan apabila melihat pihak tidak bertanggungjawab terus memutar belit fakta memfitnah kononnya Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali memberi arahan kepada peserta untuk merempuh masuk kedalam kawasan Dataran Merdeka dan menjadi punca kekacauan. Dalam rakaman ini juga jelas ada suara peserta yang mengesahkan bahawa arahan kedua tokoh tersebut untuk berundur ke Jalan Tunku Abdul Rahman manakala suara Chegubard amat jelas memberi arahan yang sama menggunakan pembesar suara.

Tn Guru Hj Salleh hadir Bersih 3.0 disiarkan liputan dalam Harakahdaily



Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa Hafizahullah berjuang di Medan Bersih 3.0.
Pondok Sik, Kedah
Kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian :
"Beliau memang tak henti berdoa & berzikir. Masa dah penat sangat, semua orang (termasuk non-muslims) bagi laluan, angkat beliau dan biarkan beliau duduk di atas 'rumah elektrik' tu.."
"subhanallah, no wonder beliau ammaaatt steady.. kami dah muntah2, separuh buta, sesak nafas separuh mati, beliau beredar jalan mcm x dak effect apa2.."
"..alhamdulillah syukur dpt duduk sebelah beliau.Tok Guru x henti berzikir & bila beliau berdoa, ana aminkan aje wpun x dgr apa especially bila FRU start tembak, beliau terus tadah tangan"
:)


Siapakah insan istimewa ini?
Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tuan Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu: Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3

Pendidikan :

  • Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
  • Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
  • Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
  • Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya. Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M, S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009. Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik
SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH
Antara Masyaikh Hafizahumullah yang menziarahi beliau :
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)


Saudara yang saya kasihi, Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau, diantaranya beliau merupakan Tuan Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .
Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang, seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh, Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh
Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan
Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .
Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau. Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya
"Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"
Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)
Fikiran beliau sangat terbuka
Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat, PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .
Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata
Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata

"Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"
Bersama Kepimpinan Ulama'


اللهم ! إني أسألك حبك وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك

(allahumma inni as'aluka hubbak wahubba man yuhibbuk wal 'amal allazi yuballighuni hubbak)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu cintaMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan cinta kepada amal yang membawa aku kepada cintaMu

Tuan Guru Hj Salleh Musa , Sik dalam perhimpunan BERSIH 3.0 (28.4.12)

FOTO TERBAIK 
TN GURU HJ SALLEH MUSA 
Dalam perhimpunan Bersih 3.0
Tn Guru merupkan Tokoh Ulama Pondok Negeri Kedah 
dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah
berusia 84 tahun.
Semangat beliau dijejaki oleh seluruh murid beliau . Ramai murid beliau dari Kedah 
Pulau Pinang dan Perak turun Bersih 3.0
Beliau seru murid beliau turun Bersih tuntut Keadilan dalam kuliah beliau pada hari Jumaat terakhir sebelum Bersih 3.0
Mesyuarat Agong PAS Kawasan Sik Tn Guru Hj Salleh Musa merasmikan mesyuarat pada 21.4.21 Tn Guru menyeru seluruh AJK PAS Sik turun .
ALLAHUAKBAR!


HIDUP ISLAM !
HIDUP TN GURU HJ SALLEH!
HIDUP BABA!
Saya dan rakan-rakan telah merayu supaya Tn Guru Hj Salleh /Baba 
supaya jangan turun Bersih 3.0 sebab diatas faktor kesihatan dan keselamatan .
Semasa hari Khamis beliau memanggil kami murid-murid beliau kerumah beliau untuk memberi sedikit taklimat dan doa untuk turun tangga ke Kuala Lumpur.
Saya dan rakan merasa aman sedikit sebab Tn Guru pada mulanya bersetuju atas cadangan kami , bukan apa kami murid hanya risaukan kersihatan Tn Guru yang kurang kuat lutut beliau , kami risau baba teperangkap dalam himpunan bila ditembak gas pemedih mata .
Saya menghubungi Tn Guru pada petang Jumaat 27.4.12 , Tn Guru memberi keputusan hendak turun Bersih 3.0
Kami pun tak boleh halang sebab Tn Guru sangat bersemangat kuat . Kami pun beserah kepada Allah dan baba kata tak apa baba doa Insyallah kita semua selamat dan berjaya . 
Saya dapat maklumat Tn Guru jadi turun , saya terus hubungi YB Parlimen Sik Cikgu Uda . 
YB Cikgu Uda tak hadir Bersih 3 atas faktor ada urusan penting , tetapi Alhamdulillah YB Cikgu Uda kata saya dah tempah hotel untuk Tn Guru , dan saya hubungi orang Anwar Ibrahim untuk kawal Tn Guru. Saya dan rakan rakan mersa sedikit selesa.
Saya nasihatkan Tn Guru Hanya diatas kereta jangan turun masuk kumpulan perhimpunan , tetapi Tn Guru sangat semangat Tn Guru turun Subahanallah , Allahuakbar!
Sangat luar biasa semangat Tn Guru...
Alhamdulillah Tn Guru selamat , hanya terkena sedikit gas pemedih mata dan ada pebngawal yang menyelamatkan Tn Guru dengan Izin Allah...
TAHNIAH TN GURU YANAG DIKASIHI 
KAMI DIBELAKANG MU MENYOKONG PERJUANGAN MU 
ALLAHUAKBAR

Diantara Ulama yang turun BERSIH 3
Tn Guru Hj Salleh Musa
Tn Guru Hj Hadi Awang
Tn Guru Hj Izuddin Gajah Mati Pendang
Tn Guru Hj Ismail Terengganu
Ust Sidik Noor
Ust Zainal Asri Paksi

dan ramai lagi ulama yang tidak mampu ana rakamkan nama mereka satu persatu

Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0 dalam kenangan


 Assalamualaikum wb 
Maaf pada semua pengikut setia blog Kehidupan Tauhid ini sebab hampir 6 hari saya tidak masukkan maklumat disebabkan ada beberapa program yang tidak dapat saya elakkan bermula 25/4/12- 1/5/12.
25/4/12 program Habib Umar di Perwaja Gurun Kedah . 26 /4/12 saya dan 18 sahabat Pondok Sik turun ke Bersih . 


27/4/12
Takdir Allah semasa di Kuala Lumpur kami semua sahabat pondok menginap Markaz Pantai Dalam
28/4/12 Bersih 3.0
Kami Jemaah dari pondok Sik turun KL lebih awal. Seawal jam 7.30 pagi kami naik LRT untuk ke ibu kota dalam keadaan hati -hati khuatir ditangkap polis. kami turun ke Bersih atas niat kerana Allah untuk menyatakan tidak puas hati terhadap kezaliman pemerintah yang salahguna kuasa dan SPR tak bersih.
Alhamdulillah Sebelah malam kami telah mengadakan mesyuarat dan solat hajat supaya kami semua selamat dari ditangkap dan dipukul polis.Kami terus ke Bandar Kl
Turun  sahaja dari LRT di ibu kota ternyata keadaan kali ini lebih bebas berbanding bersih 2.0 dulu .
Bersih 2.0 dulu kawalan polis lebih ketak sehingga nak pakai baju kuning pun tak boleh , tetapi kali ini Bersih 3.0 ramai pakai pakainan Kuning seawal pagi.
Melihat sausana ini saya rasa tidak mencabar kerana tidak nampak FRU langsung berbanding Bersih 2.0 dulu dengan sausana sangat mencabar.
Rupanya FRU berkampung di dataran Merdeka.
Saya bersama beberapa sahabat Pondok Sik ke Masjid Negara jam 10.30 pagi. Kami menunggu pimpinan hadir. Paling awal hadir adalah Mad Sabu , Anwar , Lim Kit Siang dan manakala Tn Guru Hj Hadi datang semasa waktu zohor. 
Setelah selesai solat zohor laungan takbir bergema di dalam Masjid Negara . ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! 

 

Saya dan sahabat pondok kami bersama Tn Guru Hj Hadi dari Masjid Negara ke Dataran Maybank










Kami terus mara ke dataran Maybank bersama puluhan ribu orang. 
Dibawah jabatan hadapan Masjid Negara ada seorang berpakainan hitam hendak serang Anwar, ramai pertahankan Anwar, ana sempat menghulurkan kaki ana untuk menendang orang itu . Alhamdulillah Anwar selamat.
Tn Guru Hj Hadi, Md Sabu, Kadir Syeikh Fazil dipisahkan dari Anwar atas faktor keselamatan , Ana dan sahabat Pondok bersama Tn Guru Hj Hadi mara ke Dataran Maybank . 
Setiba di Dataran Maybank sausana amat sesak . 
Pergelutan berlaku apabila pimpinan utama hendak mara kehadapan dicelah puluhan ribu orang , Unit Amal buat kawalan dan ikatan tangan berantai. Sauasa tolat menolak , akhirnya Pimpinan hampir Berdekatan Masjid Jamek dan diantara Dataran Merdeka. FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata. 
2.25 petang pimpinan umum himpunan sudah selesai dan minta himpunan gergasi ini pulang . Saya rasa tidak puas hati mengapa keadaan ini berlaku? Mengapa bersurai awal sedangkan puluhan ribu rakyat datang dari seluruh tanahn air inging melihat perubahan dalam sistem pilihanraya, paling kurangnya memorandum diserahkankan kepada wakil YDP Agong. 
Rupanya Tn Guru Hj Hadi pengsan dan sausana pergelutan antara penyokong bersih 3 dengan pihakm poluis di Dataran Merdeka berlaku. 
Takdir Allah saya saya diuji dengan mendapat sakit hernia , ALLAH menguji hambabya yang serba kedaifan. Saya redha. Saya hanya ditemani adik angkat Ahmad Rifaie dari Pondok Sik. Saya rehat di Masjid Jamek pada jam 3.00 petang ,FRU masih serang peserta Bersih di Masjid Jamek. Saya terasa pedih mata dan muka , dalam keadaan kesakitan saya terus membuka kasut dan rehat didalam ruang solat masjid.
Saya rasa sangat sakit ,Allahuakbar tak pernah rasa sesakit seperti ini . Ramai Hamba Allah dari peserta Bersih ikhtiar menolong mengubati saya hingga azan Asar . 
Kemudian setelah jemaah selesai solat Asar saya makin sakit kuat , Imam Masjid Jamek panggil pihak hospital untuk ambil saya dan bawa ke Hospital KL. 
Saya naik Imbulans bersama Ahmad Rifae semasa keadaan sausana peserta Bersih 3.0 tengah beperang dengan Polis . 
Polis tidak beperi kemanusiaan sanggup tembak gas menghala kearah Masjid , siapa  keluar dari masjid Polis biarkan tetapi setelagh jalan 100miter polis tembak gas pemedih mata , amat zalim polis dibawah pemerintahan pimpinan 1 Malaysia ini. 
Saya tidak hirau keadaan sekeliling duisebabkjan saya terlalu sakit, saya dibawa terus ke Hospital KL lebih kurang jam 5.30 petang. 
Sampai di Hospital jam 6.15 lebih kurang. Jam 7.40 malam tepat saya dimasukan kedalam wad bedah, terus saya dibedah . Alhamdulillah saya sudah keluar dari hospital KL semalam jam 12.00 tengahari 30/4/12.
Ramai pimpinan PAS yang hadir menziarahi antaranya Ketua Muslimat Pusat , Pesuruhanjaya PAS Wilayah, ketua pemuda PAS Wilayah, Lujnah Kebajikan PAS Selangor , AJK PAS Pantai Dalam dan Lembah Pantai.Tidak ketinggalan dari parti Keadilan Nurul Izzah Anwar Ibrahim dan pimpinan Keadilan lain , dan ada juga pimpinan UMNO seperti Jamil Khir , Sharizat Jalil ,Ketua putri UMNO Malaysia. Saya ucapkan tetima kasih pada semua terutamanya ibu saya , isteri saya yang baru sahaja lepas pantang bersalin,keluarga mertua saya yang kuat memberi sokongan moral pada saya, bapa saudara dan ibun saudarasebelah isteri saya,  Ahmad Rifae, Mazlan Jamaluddin dan sahabat pondok dan seluruh yang mengambil berat tentang saya semasa saya dihospital KL. 

Alhamduillah kini 1/5/12 saya rehat di Alor Setar sementara sebelum pulang ke Pondok Ar Rahmaniah 
Doakan saya supaya lekas sembuh dan dapat taufiq untuk melaksanakan kerja-kerja perjuangan , doakan kesejahteraan untuk saya dan semua kita. Doa agar iman kita sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.
Salam Perjuangan 
Perjuangan kita belum Selesai 
Takbir ! ALLAHUAKBAR!
Helmi Assyfie 
ampuni kami