Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, January 4, 2011

Tidak tutup aurat, kompaun RM500

ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu
kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che
Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat

Bantah kenaikan minyak

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA
5 Januari 2011 / 30 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(02/11)

Kehadiran tahun baru 2011 kali ini umpama tahun yang bakal menggigit kehidupan rakyat apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba semalam. Tindakan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.
DPPP turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. DPPP juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi.

DPPP beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.
Pelik, dalam keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional, mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka.

Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
DPPP juga mengajak golongan muda yang semestinya ramai merasai dan menghadapi masalah akibat tindakan terdesak kerajaan BN itu, bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang dan seterusnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang supaya Kerajaan BN sedar di atas penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat

Bakurah -m/s 2 (siri 3)-Sejarah kitab Bakurah

Bermulanya cerita kitab BAKURAH mula ditulis oleh Syeikh Wan Ismail Menarik cerita dari Tn Guru Hj Salleh (Sik)
Satu hari saya bersama Tn Guru Hj Salleh minuh teh sarapan pagi , saya bertanya tn guru :
Saya : Baba
Tn Guru : ya , ada pa
Saya : nak tanya sejarah kitab Bakurah
Tn Guru : ha , kenapa ?
Saya : tak , helmi mengaji (belajar ) di Fatani lain sejarah Bakurah ,dengan baba sejarah kitab Bakurah lain .
Tn Guru : ha ...lain tang mana (yang mana satu yang berlainan?)
saya : Nama orang yang terlibat dalam sejarah kitab Bakurah
Tn Guru : ALLAH , Baba ambik (mengaji kitab Bakurah ) ambik dari PAK DA EIL (Syeikh Ismail Fathani ) sendiri , bukan ambik tepi jalan...
Saya :ya...ya baba

M/s2 : sejarah kitab bakurah
1335H Pak Da Ismail Syeikh Ismail ziarah ke negeri Kedah di daerah Pendang , kampung Tobir dan menjadi tetamu di rumah Hj Ahmad (salah seorang murid Pak Da Ismail ketika belajar di Makkah)
Syeikh Wan Ismail datang dari Makkah semata-mata untuk ziarah keluarga , sahabat dan murid beliau .
Syeikh Wan Ismail menginap di rumah Hj Ahmad dalam beberapa hari .
Hj Ahmad ada seorang sahabat yang bernama Hj Hassan yang belajar di Pondok sekitar Pendang .
Hj Hassan kurang faham dan tidak dapat menguasai ilmu tauhid dengan sempurna kerana kurang faham dengan pembahasan kitab-kitab lama dulu .
Hj Ahmad merasakan peluang paling baik untuk membantu rakannya Hj Hassan bagi membolehkan Hj Hassan dapat kuasai ilmu tauhid dengan mantap , maka Hj Ahmad memohon pekenan dari Gurunya Syeikh Wan Ismail untuk buatkan ringkasan ilmu tauhid yang mudah untuk difahami oleh sahabatnya Hj Hassan .
Maka Syeik Wan Ismail pun setuju untuk buat sedikit rumusan untuk Hj Hassan . Lebih kurang 2 ke 3 hari catatan rumusan yang dibuat oleh guru mulia selesai dengan izin ALLAH

Selepas Syeikh Ismail tulis matan /rumusan ilmu tauhid maka catatan itu diserah kepada Hj Hassan .

Hj Hassan bawa matan itu pulang ke pondok beliau ...Pelajar-pelajar pondok melihat matan /ringkasan yang Syeikh Ismail tulis kepada Hj Hassan , maka mereka mengkaji ibarat Syeikh Ismail bertentangan dengan kitab tauhid yang dikarang ulama melayu dulu . Maka keadaan menjadi hangat perbincangan menjai semakin hebat

Kebetulan takdir Allah Syeikh Ismail masih berada di Kedah . Pelajar pondok pergi mengadap Syeikh Wan Ismail untuk mendapat penjelasan . Terdapat percangahan pendapat BAPA TAUHID , SYEIKH ISMAIL dengan kitab ulama jawi yang dikaran ulama melayu dulu pada beberapa tempat

1: Sifat Maani mesti diterjemahkan dengan tambah "Pe" dihadapan contohnya Pekuasa , Pekehendak ,  Pengetahuan dan lain-lain kerana uuk membezakan antara sifat Allah dengan Takluk (tugas sifat) dan muta'la
Syeikh Ismail membuat kajian dengan teliti dari segi sudut bahasan dan betepatan dengan kaedah nahu tatabahasa arab .

2: Mustahil bukan sifat Allah , sifat Allah adalah Istihalah , mustahil sifat kekurangan dan tidah boleh ada sama sekali pada Allah ... Haram dan boleh sesat aqidah andai kita satukan sifat wajib dengan mustahil pada ALLAH . Ini penting***ahli sunnah pun ramai yang tidak faham . Maka kia perlu dalami dan hati-hati dalam soal ini kerana ini soal iman !!!

3: Sifat salbiah bukan maksud menafi , yang betul ternafi
panjang penmbahasan soal ini . Tidak mapu saya syarahkan di ruangan ini . Insyallah medan ini sebagai pengenalan ,kita perlu belajar dari mulut ke mulut baru ilmu yang kita dalami berkat . Nabi kita pun ada guru iaitu Malaikat Jibril . Kita perlu berguru .Belajar agama melalui Internit , mp3 , cd, vcd , youtube ini semua sebagai wasailah sementara kita kenal ILMU sahaja , selebihnya maka mesti beguru !

4 Banyak lagi pembahasan dalam BAKURAH lain dari yang lain

Guru mulia saya TN GURU HJ SALLEH MUSA (Sik) berkata
" kalau kita dapat kuasai BAKURAH , INSYALLAH kita dapat faham ilmu tauhid kerana Bakurah serupa dengan matan yang perlu kita ambil matan itu untuk karang kitab lain , pokoknya semua isi ilmu tauhid sudah lengkap dalam Bakurah , kalau boleh kuasai bakurah maka kita dalami kitab tauid lain akan mudah"
.......................................................................

Kembali pada bahasan kitab
Syeikh Ismail terang sejelas-jelasnya kepada para pelajar trsebut . Maka mereka terima pendapat TOKOH USULUDDIN TERKENAL MAKKAH "PAK DA EIL FATANI"

Selepas bertahun-tahun berlalu , diatas kesedaran bertapa pentingnya syaran tokoh tauhid ini , maka pelajar tadi memohon kepada Syeikh Ismail untuk syeikh Ismail  syarahkan dan tulis sebuah kitab tauhid khusus bagi mensyarahkan maksud yang Pak Da Ismail tulis kepada Hj Hassan tersebut ...
Semasa itu Pak Da Ismail Sudah di Makkah .

Syeikh Ismail pun terima permintaan mereka walaupun sanggup korbankan masa beliau demi Ilmu dan ummat . Inilah ulama pewaris Nabi yang sebenar , bukan tulis kerana duit , bukan kerana nama dan pangkat tetapi tulis diatas perasaan tanggungjawab .

Alhamdulillah keberkatan yang Allah bagi kepada Guru mulia ini dan kitabnya , maka kini usia kitab BAKURAH (pada tahun 2011 ) 97 tahun .
Insyallah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT -KEDAH) akan mengadakan perayan jubli emas kitab BAKURAH dengan menghimpun ulama KEDAH -KELANTAN dan FATHANI  bagi merayakannya INSYALLAH .
Saudara tolong bantu doa dan bantu jayakan majlis ini nanti.
Insyallah kita atur dan umumkan semula nanti apabila sapai masanya .

Bakurah -m/s 2 (siri 2)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Maf sudah berapa hari bercuti dari menulis kerana ada banyak urusan yang perlu diselesaikan ...
Lebih-lebih lagi kena tolong keluarga urus adik-adik baru masuk Sekolah .

Sambungan pembahasan kita tentang kitab bakurah .
Khulasah /ringkasan maksud kitab BAKURAH (m/s 2 )
Tuan kitab mengucapkan rahmat dan kesejahteraan buat Rasul junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW dan keluarga baginda serta para sahabat baginda

Rahmat Allah  ialah nikmat yang Allah kurnia kepada Rasul kita SAW , dan Sejahtera pula
kita memohon kepada Allah agar Rasul kita mudah memberi syafaat kepada kita di Akhirat kelak tanpa ketakutan pada hari Akhirat nanti .

Tn Kitab BAKURAH
menyebut kalimah selawat dan salam kepada Rasul kita SAW  kerana Rasul kita sebebas-bebas utusan .
Nabi kita diutuskan untuk semua umat bukannya kepada bangsa arab sahaja tetapi seluruh manusia .
Selain itu kata tuan guru saya yang mulia , beliau berkata lafaz sebebas-bebas utusan yang tn kitab sebut ,kerana Rasul kita bebas memberi syafat kepada ummat .
Hikamah ditabalkan Nabi kita Muhammad SAW adalah untuk menyeru kepada TAUHID . Semua Rasul dari Nabi Adam lagi agama Allah sudah wujud .Agama Allah mula dibawa oleh Nabi Allah Adam as .
Majusi yang pertama dalam dunia yang menyembah api adalah anak nabi Adam yang bernama Qabil .

Tn kitab BAKURAH menyebut RASULULLAH diutuskan kepada ummat untuk menyeru kearah kebaikan (keredaan Allah ) dan RASUL kita SAW mengajar kita akan hukum dari Allah supaya kita selamat dari azab neraka ALLAH.

Tidak ketinggalan selawat dan salam buat  Keluarga Rasullah SAW
Keluarga ada 2 takrif
1: Keluarga yang haram makan zakat iaitu anak cucu bani Hasyim dan bani Mutalib
   iaitulah keluarga SYED sekarang
2: Keluarga pada bab doa iaitu sekelian kita yang beriman dengan Allah dan Rasul .

Begitu juga Selawat dan salam buat sahabat Baginda
Sahabat adalah tiap -tiap mereka yang bertemu dengan RASULULLAH dapa ketida hidup baginda dan hidup dan mati mereka dalam iman dan bertemu dengan baginda didunia dan bukannya bertemu dalam mimpi.
Sahabat tidak kira laki , perempuan , tua , muda , kecil atau besar semuanya dikira Sahabat sekerinya bertemu dengan Rasul

Tn kitab BAKURAH menyebut Zaman sahabat merupakan zaman yang paling baik dan gemilangnya iman manusia pada ketika itu .
ampuni kami