Umur Tn Guru sekarang sudah 81 tahun .
ALLAHUAKBAR .......tak dapat nak digambarkan bertapa sedih hati ini bila saya sentiasa ingat lafaz perkataan Tuan Guru .
Walaupun ramai yang marah beliau kerana pendapat beliau tetapi masih jauh lebih ramai orang yang sayangkan Tuan Guru Nik Aziz
Masa hidup ada yang menentang beliau tetapi apabila dah tiada nanti kawan dan lawan akan rasa kehilangan yang besar dalam negara kita , ketokohan beliau dikagumi kawan dan lawan sehinggakan musuh sentiasa mencari jalan supaya Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan dan tinggalkan medan perjuangan ...
Yakin dan percayalah ummah masih memerlukan Tuan Guru Pimpin Negeri dan negara Malaysia
Bagi saya Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulama haraki yang sukar dicari ganti hatta didalam PAS pun tiada siapa dapat ganti tempat beliaun .
Beliau Istiqamah beliau Zuhud , sederhana dalam kehidupan .
Insyallah 16.11.2012 saya dan sahabat Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah akan bawa 80 orang menziarahi Tuan Guru di Kelantan .

