Sebagai rakyat yang bertamadun saya begitu sedih apabila pagi tadi saya melihat muka surat depan utusan hari ini 28 April memaparkan isu rakaman ke-2 Fithnah yang
membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.
UTUSAN MALAYSIA SANGAT BIADAB . SEBAGAI LIDAH RASMI KERAJAAN MALAYSIA JELAS UTUSAN TIDAK LAYAK MENJADI BAHAN MAKLUMAT YANG TEPAT , BANYAK BOHONG DAN FITHNAH . BELUM SIASAT KES MENGAPA SIAR DIMUKA DEPAN AKHBAR ! Hari ini membuat saya lebih membenci Utusan .Utusan Pendusta mengambarkan Malaysia tidak akan selamat andai pimpinan Malaysia yang diterajui Najib , UMNO dan BN terus berkuasa !
Wajib kita tolak kerajaan Zalim .
ANWAR dan KELUARGA dah nafi tetapi mereka tidak diberi ruang untuk menjawab fithnan ini ! http://www.youtube.com/watch?v=15Q10OsV
Difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.
Semakan juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."
Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.
Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerana didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.
Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.
Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.]
Mengapa tayangan ke-2 dibuang ? Kalau betul kekalkanlah!
Rakyat sudah pandai nilai .
Kita berdoa agar dengan keadilan Allah isu ini dapat diselesai dengan segera . Kita tunggu yang mana yang betu yang mana salah . Kita tidak boleh tuduh Anwar lagi kerana Anwar dan keluarganya nafi itu bukan Anwar . Wajib pertahan Anwar selagi tiada bukti dia salah . Kalau dah terang betul kesalahanya maka barulah kita boleh hukum beliau . Sekarang Wajib kita pertahankan saudara Islam kita Anwar Ibrahim yang sedang dizalimi dengan fithnah yang sangat berat ...
Sama kita doa dan solat hajat agar kebenaran dibuktikan .
Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.
Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam
Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.
serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.
Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.
Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.
"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok
HARAM PERCAYA FITHNAH . WAJIB PERTAHAN MARUAH ANWAR .ANWAR DIZALIMI !!!
Perut buncit bukti kelemahan video
Satu Malaysia kecoh... kerana klip video kurang dua minit.
Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau
Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.
Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas.
Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan. Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.
Pantulan bayang
Jadi kenapa kamera itu digunakan? Jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar.
Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.
Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.
Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.
Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya. Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).
Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang.
Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.
Fakta kedua-dua pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya pada arah sama sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video tahu malah mendalangi rakaman itu.
Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku.
Perut buncit tetek labuh
Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu
Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.
Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?
Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba ditanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.
Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur.
Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.
Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.
Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir
Semalam 14.03.2011 Utusan dengan bongkak menyiarkan demotrasi penyokong BN mendesak Anwar Ibrahim memberi DNA .
Kes ini rakyat sudah muak . Anwar dizalimi kerana UMNO /BN gerun pada Anwar .
Mereka tergugat dengan ketokohan dan pengaruh Anwar .
Bagi memelihara ISLAM saya terpaksa menyebut perkara ini supaya kita semua jangan terpedaya dengan Dosa bersama orang yang buat fithnah .
Teringat kata Syeikh Abdullah ketua Ulama PAS Kedah kepada saya " Kalau nak jaga Islam kita perlu peka dengan isu semasa , kita perlu pertahan Islam (hukum Allah) jangan berdiam diri , jangan jadi syaitan bisu "
Isu ini sengaja saya bangkitkan kembali kerana pihak UMNO menyerang peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini .
Saya ingin merujuk kemabali fatwa yang jelas dari ulama terkenal Syeikh Qaradawi tentang hukum fithnah liwat terhadap Anwar Ibrahim .
Syeikh mengatakan SESIAPA YANG MEREKA CERITA FITHNAH TERHADAP TUDUHAN LIWAT KEPADA ANWAR DIHUKUM MUNAFIQ DAN SESIAPA YANG MENYOKONG DAN MENYEBARKAN FITHNAH INI HUKUMNYA FASIQ ...
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik.
Katanya, isu tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu berdepan pilihan raya umum akan datang.
“Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.
Beliau mengulas demonstrasi yang disertai 50 orang yang mendakwa mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya baru-baru ini.
Mereka mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, bagi membantu kes liwat yang diadu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, PKR akan menggerakkan kempen DNA iaitu 'Datuk Najib Altantuya' sebagai reaksi terhadap fitnah berterusan pemimpin dan media Umno BN dalam isu liwat membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum parti itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.
“PKR akan menggerakkan kempen besar-besaran di bawah tema DNA iaitu Datuk Najib Altantuya’.
"Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.
“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya
Anwar difithnah , ini kali kedua Anwar dizalimi .
Zaman Mahathir , Anwar kena Fithnah . Mahathir telah mengaku
Sungguh Zalim Mahathir dan UMNO/BN terhadap Anwar .
Ini kali kedua Anwar kena .
Saiful Muncul kali ini mendakwa Anwar Liwat . Sungguh mustahil beliau dakwa beliau dipaksa liwat .
Dakwa diliwat beliau pergi mengadu di Pejabat Perdana Menteri , mengapa tidak jumpa polis dulu ?
ALLAH membuka satu-satu pembohongan mereka untuk menjatuhkan Anwar bagi memastikan UMNO /BN terus berkuasa . Inilah perangai pimpinan UMNO /BN yang rakus kuasa tanpa memikirkan doasa pahala dan akhirat .
Wahai saudara ku jangan kita terpengaruh dengan fithnah ini dan jangan kita berdiam diri tanpa membela maruah saudara kita . Islam mewajibkan kita memelihara maruah kita dan maruah orang mukmin yang tidak berdosa!
Kerajaan Malaysialah sebenarnya pihak yang kalah dalam suatu perbicaraan yang bersifat parodi.
Bahkan setiap seseorang rakyat Malaysia yang sudah lali dengan selok-belok skandal seks luar tabii, Mohamed Saiful Bukhairy Azlan mungkin telah memberikan makna baru kepada ungkapan “go f**k yourself.”
Saiful, 25, tahun bekas pembantu kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim, adalah saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan marathon sodomi Anwar. Dr Seah Lay Hong, seorang ahli kimia dan saksi pendakwaan, telah dipaksa oleh peguambela semasa berada di kandang saksi pada penghujung Februari lalu untuk mengakui bahawa DNA yang ditemui di bahagian dubur Saiful boleh berasal dari 10 orang yang berbeza - termasuk dirinya sendiri.
Saiful telah melaksanakan satu tugas yang cukup bagus untuk kerajaannya, negaranya dan juga Anwar. Hal ini kerana kes ini telah menjadi sesuatu yang mengaibkan, membawa kembali kenangan kes liwat Anwar yang pertama tahun 1998, yang mendapat perhatian umum dicap sebagai parodi oleh pertubuhan antarabangsa hak asasi manusia. Kesilapan yang dibuat terhadap bukti DNA yang sepatutnya konklusif dalam perbicaraan yang telah lama berjalan ini telah menimbulkan pertanyaan apakah bukti-bukti tersebut boleh bertahan di sebuah mahkamah undang-undang yang rasional. Testimoni yang lain pula menunjukkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, antara lain, mungkin telah memainkan peranan peribadi dalam membawa kes ini ke mahkamah.
Selasa lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Zabidin Mohamid Diah telah memberikan Anwar satu kemenangan besar dengan membuang bukti DNA yang dipercayai dapat membuktikan bahawa beliau ada melakukan hubungan intim dengan Saiful. Beliau telah memutuskan bahawa bukti tersebut tidak boleh diterima kerana telah diambil tanpa kebenaran Anwar dari item dalam penjara ketika beliau ditangkap pada kali pertamanya ekoran aduan Saiful pada bulan Julai 2008.
Dengan kelimpahan pelbagai kesilapan, kerajaan kini menghadapi dilema. Sekiranya menyerah kalah dalam pendakwaan, Anwar akan menerima satu kemenangan besar dan memberikan peluru yang cukup untuk kepada pembangkang untuk menuduh bahawa kerajaan dan khususnya Najib sengaja mewujudkan bukti dalam satu percubaan untuk mengusir Anwar daripada politik. Oleh hal yang demikian, daripada menyerah kalah sekarang walaupun pertalian fizikal terakhir antara Anwar dan Saiful nampaknya telah berjaya disangsikan, pendakwaan masih enggan membuang kes tersebut.
Jumaat lalu, pendakwaraya telah cuba menggunakan mahkamah untuk memaksa Anwar untuk memberikan sampel DNA tambahan bagi menggantikan bukti yang telah dilemparkan keluar oleh Hakim Zabidin. Pendakwaraya Yusof Zainal Abiden telah meminta Hakim Zabidin untuk menimbang kembali keputusan tersebut di samping memaksa Anwar untuk menyerahkan satu sampel.
Situasi ini juga menimbulkan satu situasi bahaya bagi Anwar jika pihak pendakwaan merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah peringkat ini telah menunjukkan kecenderungannya dalam sistem politik, dengan memberikan keputusan yang tidak berpihak pada pembangkang dalam kes-kes penting, termasuk satu kes yang menyebabkan penyerahan kuasa di Perak kepada parti pemerintah selepas pembangkang memenanginya ketika Pilihan Raya Umum 2008.
Saiful, dahulunya seorang pembantu Anwar sebelum membuat dakwaan terhadapnya, telah mengakui di mahkamah bahawa dia pernah bertemu dengan Najib dan isterinya, Rosmah, pada tarikh 24 Jun 2008, di rumah Najib dua hari sebelum kejadian sodomi. Dia juga mengakui bahawa dia telah bertemu dengan orang kepercayaan Rosmah iaitu Mumtaz Jaafar.
Dia juga mengakui adanya pertemuan rahsia dengan Senior Assistant Commissioner (SAC II) Rodwan Mohd Yusof, dua kali sebelum kejadian liwat terjadi. Rodwan menjadi terkenal pada pembicaraan Anwar tahun 1998 ketika dia secara tidak sah mengambil sampel DNA Anwar dan meletakkannya di atas tilam yang didakwa pernah digunakan oleh Anwar untuk melakukan hubungan homoseksual. Untuk melindungi integriti kes pendakwaan, hakim ketika itu, Augustine Paul, telah membuang keseluruhan bukti DNA tersebut pada perbicaraan waktu itu.
Menurut undang-undang Malaysia, polis sebelum ini dilarang mengambil sampel DNA daripada defendan tanpa izin mereka. Ketika Anwar menolak untuk memberikan sampel DNA, dengan mengatakan bahawa sampel sebelumnya yang pernah digunakan dalam kes 1998 terhadapnya telah disalahgunakan, Barisan Nasional telah meluluskan satu rang undang-undang melalui parlimen untuk membolehkan polis mengumpul sampel dalam kes-kes jenayah tanpa kelulusan daripada suspek .
Namun, kerana kes pendakwaan berlaku sebelum undang-undang tersebut diluluskan, mungkin Anwar akan dikecualikan dalam memberikan bukti DNA.
Dalam hal apapun, cara pihak pendakwaan mengendalikan bukti yang dikumpulkan daripada tubuh dan pakaian Saiful adalah amat tidak cekap. Bahkan jika mereka dibenarkan mengambil sampel lain daripada Anwar, juga amat susah untuk dibandingkan dengan bukti yang diambil dari Saiful.
Menurut testimoni di mahkamah, tidak ada bukti yang diambil dari tubuh Saiful sehingga 56 jam selepas berlakunya kejadian liwat yang didakwa. Ketika kesan DNA daripada air mani dipercayai ditemui di mulutnya, dia mengatakan bahawa dia tidak mandi, menggosok gigi ataupun pergi ke bilik mandi antara waktu kesalahan dan tempoh masa dia diuji. Walaupun sampel DNA masih boleh diambil secara berkesan dalam masa 72 jam, namun dalam hal ini pengendalian bukti tampaknya boleh dikatakan dilakukan secara bersahaja pada tahap terbaik.
Walaupun Seah menemui bukti DNA daripada laki-laki tidak dikenali di dubur Saiful, dia mengatakan dia tidak menguji untuk mengetahui identiti lelaki yang lain. Ditanyakan oleh seorang peguam pembela apakah bukti DNA boleh menghasilkan 10 kombinasi berbeza atau individu, Seah setuju.
Jumaat lalu, pegawai penyiasatan, Jude Pereira mengatakan bahawa selepas mengumpul bukti daripada Saiful, dia telah meletakkan sampel bukti tersebut di dalam peti arkib logam di markas polis Brickfield selama 43 jam, mengabaikan arahan oleh Siew Sheue Feng, ahli patologi forensik, untuk menempatkan mereka dalam freezer (peti sejuk). Mengikut peraturan penyelidikan Biro Persekutuan Amerika Syarikat, "faktor persekitaran, seperti panas dan kelembapan, juga dapat mempercepat degradasi DNA."
Pereira mengakui bahawa degradasi sampel boleh terjadi kerana dia mengabaikan nasihat pakar patologi dan juga perintah Ketua Polis Malaysia.
Sebelum diserat ke dalam kancah pendakwaan ini, Anwar telah memimpin pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) mencipta sejarah merampas lima negeri di Malaysia dan memenangi 82 kerusi parlimen pada pilihanraya tahun 2008 serta menghalang penguasaan dua pertiga majoriti Barisan Nasional di parlimen.
Namun begitu, pembangkang Malaysia - gabungan DAP, PAS dan parti Anwar, Parti Keadilan Rakyat telah diperlahankan kerana Anwar yang disibukkan oleh kes mahkamahnya, tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada politik. Anwar juga telah terhambat oleh penggantungan enam bulan oleh parlimen atas tuduhan bahawa beliau telah mengelirukan parlimen.
Kes ini telah berlangsung selama 13 bulan. Seiring dengan penggantungan dan pelbagai tindakan lain, pembangkang semakin dineutralkan. Ujian besar seterusnya adalah pilihan raya negeri Sarawak yang perlu dilakukan sebelum akhir tahun 2011