Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label majlis pppt. Show all posts
Showing posts with label majlis pppt. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Makluman pada perserta Ziarah ke FathonI Darussalam 25-26 Mei 2013



TENTETIF PROGRAM ZIARAH ULAMA FATHONI DARUSSALAM.
A. Bertolak 25/05/2013.

06.30pagi : Berhimpun Di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik.
08.00pagi : Sampai Sempadan Thailand.
11.00pagi : Tiba Di Jamiyah Ulama Fathoni.
02.00ptg : Program Ziarah Ulama :-
• Pondok Baba Abdul Aziz Padang Pusu.
• Baba Abdul Rahman Kalanai (Guru Tua)
07.00ptg : Tiba Di Pondok Dala & Rehat Di Pondok Dala.

B. Hari Ke Dua 26/05/2013.

06.00pagi : Solat Subuh Berjemaah.
07.00pagi : Ziarah Pusara Allahyarham Dua Mudir Pondok Dala.
08.00pagi : Sarapan Di Kedai (Duit Sendiri)
09.00pagi : Pondok Baba Ghazali Sekam Serta Ziarah Pusara Allahyarham Ayah Baba Abdul Qadir (Ayah Dir Sekam)
10.00pagi : Kedai Kitab Di Palas.
11.00pagi : Pondok Baba Ismail Sepanjang.
01.00ptg : Pondok Baba Mad Bermin.
02.00ptg : Jamiyah Ulama Fathoni.
03.00ptg : Masjid Kerisik Berusia 300 Tahun.
04.00ptg : Bandar Fathoni.
05.00ptg : Bergerak Pulang Ke Malaysia.

C. AJK

Penasihat : Tn Guru haji Izzuddin.
Amir Rombongan : Ustaz Yazid.
Tim. Amir : Ustaz Helmi.
Setiausaha : Mazlan Jamalludin.
Bendahari : Mohd Amin Ismail.
Cenderahati : Mohd Arif Yusuf.
Kerja Kerja Khas : Ahmad Rafae.
Pemantau : Ustaz Zakaria HESA.

D. Peraturan Musafir Bersama Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT – Kedah)
• Mesti Wala’ Kepada Segala Arahan Dan Keputusan Amir.
• Jaga Adab Semasa Di Jamiyah Ulama Fathoni, Ziarah Ulama & Pusara Ulama.
• Sebarang Pegerakkan Mesti Berjemaah & Sebarang Masalah Hubungi AJK.
• Pasport & Pas Lawatan Jaga Dengan Rapi.
• Jaga Barang Barang Berharga.
• Jadual Perjalanan Mungkin Berlaku Perubahan Mengikut Keadaan Semasa


Disediakan oleh :Ahmad Rafae

Tuesday, November 20, 2012

Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah beri sumbangan kepada Lebuhraya Rakyat mendapat liputan Harakah Daily

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14705-pondok-tg-haji-salleh-sumbang-lebuhraya-rakyat

Pondok TG Haji Salleh sumbang Lebuhraya Rakyat

Muhammad Faeez Azahar,21 Nov 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sumbangan daripada Pondok Tuan Guru Haji Salleh Sik, Kedah untuk tabung pembinaan Lebuhraya Rakyat.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT),  Ustaz Helmi di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka selepas Menteri Besar Kelantan itu selesai menyampaikan kuliah subuh baru-baru ini.

Helmi ketika ditemui berkata, sumbangan kira-kira RM5,100 itu dikumpulkan oleh pelajar serta pendokong pondok tersebut yang simpati dengan nasib rakyat Kelantan yang dizalimi oleh BN.



Katanya, pelajar-pelajar bersungguh-sungguh mengumpul sumbangan dengan pelbagai usaha yang dilakukan untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

“Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik.

“Kami ingin bersama-sama membantu Tok Guru agar projek lebuhraya ini dapat disiapkan,” ujarnya.

Pondok Tuan Guru Haji Saleh mengadakan program Kembara Ilmu mendekati Ulama melibatkan 120 pelajar pondok tersebut.

Dikesempatan itu, rombongan singgah menunaikan solat subuh di Masjid Tok Guru dan menyerahkan sumbagan tersebut terus kepada Tok Guru Nik Aziz.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer untuk fasa pertama yang menelan kos RM1.8 juta itu terpaksa dibina sendiri oleh kerajaan negeri berikutan Kerajaan Pusat menarik balik pembinaan lebuh raya Kota Bharu.

Sunday, November 18, 2012

TOK AYAH MUSA TUMAT KELANTAN -ULAMA SUFI

KEMBARA ILMU MENDEKATI ULAMA -TAHUN KE 3 PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH

Bacaan Yassin sebelum mula musafir
.........................

Doa Keselamatan sebelum perjalanan
................................................
Tiba di Kelantan 16.11.2012 
Terus Ziarahi makam Tok Kenali





TOK KENALI








..................................................

PONDOK PASIR TUMBUH KELANTAN








Setelah menziarahi pusra 3 mudir Pasir Tumbuh kami Menziarahi PAK SU MID GUNUNG tetapi tiada ada gambar kenangan bersama beliau kerana beliau ulama sufi tidak suka bergambar hanya ada kenangan di hati moga berkekalan barakah ameen 
............................
Seterusnya menziarahi Tn Guru Hj Abdul Hamid Pondok Seligi 










Seterusnya kami ke Pulau Melaka bermalam di Masjid Tn Guru Nik Aziz dan Alhamdulillah dapat berjemaah bersama Tn Guru Nik Aziz dan mendengar kuliah subuh 








SETERUSNYA KE MAKAM MAULANA TOK KHURASAN ULAMA HADITH GURU KEPADA TN GURU NIK AZIZ , MB KELANTAN

MAULANA TOK KHURASAN ULAMA HADITH



SETERUSNYA MENZIARAHI TOK AYAH MUSA , TUMPAT 



TOK AYAH MUSA TUMAT KELANTAN -ULAMA SUFI







SETELAH ITU MENZIARAHI MAKAM TOK JANGGUT 
PAHLAWAN JIHAD KELANTAN

MAKAM TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN




SETELAH ITU KE MAKAM TOK SELEHOR 
TUMPAT DAN MENZIARAHI KUBUR USLUB TOK SELEHOR

MAKAM TOK SELEHOR




SETELAH ITU KE ISTANA KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN MAIK 


Kesimpulan : 
Moga Kembara Ilmu Mendekati Ulama tahun ke 3 ini dapat barakah dari Allah . 
Moga diri ana dan seluruh jemaah yang mengikuti program Jaulan / Kembara kali ini mendapat menafaat dunia akhirat . Bukan bilangan peserta yang ramai perlu dibanggakan sebaliknya ana sebagai pengarah program mengharapkan agar program ini menjadi asbab kepada diri ana dan jemaah yang mengikuti Kembara kali ini dapat memperbaiki agama dan memperbaiki hati untuk terus berjuang untuk Islam dengan lebih semangat dan ikhlas semata- mata kerana Allah ...
Moga program ini menjadi asbab kearah kebaikan dunia akhirat buat diri ana keluarga dan seluruh sahabat ameen....
Alhamdulillah atas semua nikmat yang diberikan , dan terima kasih buat seluruh Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pelajar Pondok Tauhid yang membantu menjayakan program ini . Terima Kasih juga buat adik Irfan dari Maahad Muhamadi dan Abang Man Pasir Tumbuh kerana membantu dan sentiasa bersama menemani dan membantu perjalanan kami. Terima Kasih tidak terhinggan buat Pondok Seligi yang begitu terapi menyusun persiapan menyambut kami sehinggakan sanggup mengorbankan segal-gala demi meraikan tetamu seperti yang dituntut oleh Rasulullah . Malu kami dan mersa sangat kerdil kerana seluruh masyarakat pondok Seligi menunjukkan akhlak yang sanggat tinggi  menyambut kedatangan kami , terima kasih terutamanya Setiausaha Pondok Seli Ust Shah dan Ust Firdaus serta seluruh AJK Pondok . 

ampuni kami