Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label ikhwan muslimin. Show all posts
Showing posts with label ikhwan muslimin. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Dr Ali Jum’ah Mufti Mesir ucap tahniah kepada Dr Mursi

Fadhilatul Ustaz Dr Ali Jum’ah Mufti Mesir telah menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat Dr Muhammad Mursi bersempena kejayaan beliau memenangi Pilihanraya Presiden Mesir.

Fadhiltus Syaikh Ali Jum’ah mendoakan agar Dr Muhammad Mursi memperoleh Taufiq dari Allah dalam membawa dan menjayakan kebaikan buat Negara Mesir,dan menyatukan kesemua Rakyat Mesir dari segenap latar belakang yang berbeza-beza aliran dan kumpulan.

Fadhilatus Syaikh Ali Jum’ah turut mendoakan supaya Allah akan sentiasa membantu Dr Muhammad Mursi dalam melaksanakan tugasan beliau.

Beliau juga menyeru semua pihak untuk bersatu dan bekerjasama.
Beliau menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan Pilihanraya yang telah diumumkan.

Beliau menegaskan bahawa Mesir sedang berada pada peringkat/marhalah baru untuk membina semula masa depan Mesir,dan Mesir hanya akan terbina dengan keterlibatan dan usaha dari semua rakyatnya

Sunday, June 24, 2012

Mohammed Mursi Presiden baru Mesir

24.7.2012
Mohammed Mursi Presiden baru Mesir
Farouk Sultan mengumumkan keputusan pemilihan Presiden Mesir hari ini. – Foto EPA
Mohammed Mursi Presiden baru Mesir
Mohammed Mursi Presiden baru Mesir

KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.
Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.
Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi (waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa tentera.
Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang.
Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung proses pengundian dan kiraan kertas undi.
Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu.
Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini. Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu Malaysia).
Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.
Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu.
Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.
Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.
Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.
Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.

Kemenangan mutlak kepada Ikhwan Muslimen , Alhamdulillah. Takbir! Morsi diisytihar menang Presiden Mesir

Pilihan Raya Mesir...Keputusan memihak kepada Ikhwan Muslimen.Alhamdulillah moga bumi Mesir berkat dan syariat Islam dapat ditegakkan

(Morsi selepas disytiharkan memenangi pemilihan Presiden Mesir kira-kira jam 10.40 malam waktu Malaysia)

KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir.
ampuni kami