Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label dr mursi. Show all posts
Showing posts with label dr mursi. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Kesukaran Pihak Pengawal Menjaga Dr Morsi yang berjiwa rakyat


DR MURSI TIDAK MAHU BANYAK PENGGAWAL KETIKA BERSAMA ULAMA ...LIHATLAH ...Pemimpin berjiwa rakyat 


Sumber "Masr Al-Youm" melaporkan dua 'cabaran utama' pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir, Dr.Muhammad Mursi:
1) Suka menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid
2) Enggan menutup lalulintas jika kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu menyusahkan rakyat
Menurut pihak keselamatan, mereka tidak terbayang Presiden akan meminta untuk menunaikan solat di masjid, bukan di rumah yang memaksa mereka untuk menjaga keselamatan Presiden yang menjadi tanggungjawab utama mereka.
Menurut sumber, Presiden juga telah mengimami solat kakitangan istana yang berada bersama-sama beliau semalam dan hari sebelumnya.

Selain itu, Presiden juga tidak suka pegawai keselamatan berdiri di panas terik bagi mengawalnya. Beliau bertanya kepada pengawal, "Mereka berdiri sudah berapa lama?" Jawab pengawal, "Sudah lebih dua jam". Presiden kemudian memarahi dan menyuruh mereka beredar.

Anda tahu jam berapa waktu solat Subuh di Mesir musim panas sekarang? Pukul 3.05 pagi 


Ucapan Pertama Presiden Baru 2012 | Dr Muhammad Mursi

محمد مرسى يمنع الحرس الجمهورى من حمايتة ميدان التحرير Mesir Gembira , Rakyat Mesir dan ummah seluruh dunia sedang gembira



RAKYAT MESIR SUJUD SYUKUR !!!
Ribuan rakyat Mesir melakukan sujud syukur di Dataran Tahrir selepas pengumuman Dr Muhammad Mursi menang sebagai Presiden Mesir.









Tak mampu untuk GB menahan air mata melihat rakyat Mesir yang begitu gembira sehingga mmereka sujud syukur tak kira di mana mereka berada sewaktu Dr.Mursi diumumkan sebagai Presiden baru mesir. -GB

Percaya atau tidak, suka atau tidak, detik yang sama akan berlaku di negara kita, tidak berapa lama lagi. Rejim "Mubarak" di negara ini akan tetap hancur binasa! Ya, sepastinya dengan izin dan kuasa Allah swt! Kerana begitulah janjiNya di dalam Surah Al-A'raf :128


إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.


ampuni kami