Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Penghulu Istighfar

Telah berkata Sayyidunal Imam Asy-Syeikh Ali bin Abi Bakar As-Sakran RadiyaAllahu ‘Anhu didalam kitabnya ( Ma’arij Al-Hidayah ) :

Dan diantara istighfar yang masyhur yang diriwayatkan daripada Baginda Nabi Muhammad ﷺ, Adapun Baginda ﷺ bersabda : (( “Barangsiapa yang mengucapkan : أستغفرالله الذي لا إله الا هو الرحمن الرحيم الحي القيوم الذي لا يموت وأتوب إليه، رب اغفرلي (sebanyak 25 kali) selepas Subuh dan selepas Asar, Dia tidak akan melihat pada dirinya, pada ahli keluarganya, pada rumahnya, dan pada negerinya apa-apa yang dibenci oleh dirinya. ))

Berkata Sayyiduna Al-Imam Asy-Syeikh Ali bin Abi Bakar As-Sakran RadiyaAllahu ‘Anhu :
Maka dituntut keatas kita untuk sentiasa melazimi istighfar ini pagi dan petang. Adapun para masyaikh kami mewasiatkan agar beramal dengan istighfar ini dikalangan mereka dan begitu juga mereka mewasiatkan para pelajar mereka supaya beramal dengan istighfar ini.


Wednesday, October 10, 2012

Wirid Al-Latif Part 1

Ayat Ruqyah | Penawar Sihir & Gangguan Jin - Bacaan Penuh oleh Sheikh Sa...

Hizbul Bahr



Assalamualaikum wb
Buat yang mengenali saya dan sahabat yang pernah mengikuti pengajian saya terutamanya yang mengikuti daurah pengajain di Pondok Ar Rahmaniah amalkan Hizib Bahar ini .
AMALKAN HIZIB INI IKHLAS SEMATA KERANA ALLAH  SWT
INSYALLAH dengan keberkatan Hizib ini Allah akan kuatkan Iman kita bersihkan hati kita , selamatkan agama kita dan selamatkan pekerjaan dunia kita .
Ulama yang memegang wilayah kebanyakkan mereka mengamalkan hizib ini untuk perjuangan ISLAM.
Para petugas , pendokong dan pencinta Islam amalkanlah hizib ini .
Almarhun Ustaz Fadzil Noor , Tn Guru Nik Aziz ,  Syeikh Nuruddin Al Banjari mengamalkan hizib ini .

Tuesday, June 7, 2011

DOA SAYYID AHMAD BIN IDRIS - Do'a Untuk Mengelak Strees Atau Tekanan Dan Memohon Makrifatullah

Ertinya: “Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Berdiri Dengan Sendirinya, dengan rahmat-Mu daku memohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku dan kepada sesuatu pun daripada makhluk-Mu walaupun sekelip mata, serta janganlah dikurangi daripada itu. Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri Dengan Sendirinya, hidupkan hatiku dengan cahaya makrifat-Mu dan kecintaan-Mu, diwaktu (hidupku) di dunia sebelum akhirat nanti selama-lamanya. Amin

Wednesday, March 23, 2011

Amalan Dato Haron Din utuk bermimpi RASULULLAH SAW ...

Tn Guru Dato Haron Din memberi petua hendak bermimpi RASULULLAH dengan banyakan Selawat dengan ikhlas .
Sesiapa yang berkesempatan ziarah makan Rasulullah makan berdoa kepada ALLAH SWT  disitu dengan penuh adab dihadapan Rasulullah
ampuni kami