Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, June 23, 2021

Sumbangan PKP 3.0 untuk Tok Guru Tua Pondok Kedah.





















Sumbangan PKP 3.0 khas untuk Tok Guru Tua Pondok Kedah , asatizah pondok yang tiada pendapatan tetap serta fakir miskin.


Alhamdulillah telah agihkan kepada tok tok guru diantaranya :

Isnin 21.6.21

1. Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada 

2. Tuan Guru Dato Wan Ahmad Kuala Nerang

3. Tuan Guru Baba Azahari Gulau Sik

4. Tuan Guru Hj Zakaria Jeneri Sik


Selasa 22.6.21

5. Tuan Guru Baba Mad Kupang Baling

6. Tuan Guru Haji Rahim Pendang

7. Tuan Guru Haji Wan Izuddin Gajah Mati Pendang

8. Tuan Guru Haji Jusuf Tobir Pendang

9. Tuan Guru Haji Sanusi Pendang


Rabu

10. Tuan Guru Ustaz Suhaimi Kuala Lanjut Pendang.


Terima kasih semua para penyumbang yang sentisa bersama Majlis Talim Asyairah membantu Tuan Guru Tua Pondok yang tiada pendapatan tetap pada PKP 1.0 , PKP 2.0 dan PKP 3.0. Diharapkan kita bersama dapat gembirakan tok tok guru dan membantu mereka sekadar yang kita mampu.

Terima kasih kepada syarikat EMZI holding yang turut sama sama membantu kali ini.


Doakan kami moga sentiasa dipermudahkan urusan untuk khidmat kepada ulama sesepuh negeri Kedah dan yang lain. Doa moga dipermudahkan segal urusan selamat dunia akhirat.


Catatan :

1.Tuan Guru Hj Wahab Hasan Baling kami tak sempat jumpa sebab waktu kami pergi rumah beliau, beliau tengah rehat. Doa moga beliau sihat.

2. Masih berbaki 2 -3 orang tok guru tua Kedah yang masih belum sempat kami kunjungi . Insyallah akan menyusul sehari dua lagi.


 

No comments:

Post a Comment

ampuni kami