Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 26, 2020

Kata hikmah Syeikh Mutawalli Syarawi

 TUJUH KATA-KATA HIKMAH SYEIKH MUTAWALLI SYA'RAWI YANG MASYHUR


1-Jika kamu tidak mampu berkata benar maka janganlah kamu bertepuk tangan kepada kebatilan.

2- Jika tiada orang dengki kepada kamu maka ketahuilah sebenarnya kamu adalah seorang yang gagal.

3- Jangan kamu bimbang dengan perancangan manusia kerana yang paling hebat mereka mampu lakukan hanyalah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah ianya berlaku.

4- Tiada seorang pun mampu membuat keputusan dalam kerajaan@milik Allah melainkan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.

5- Jangan kamu menyembah Allah supaya Dia memberi sesuatu kepada kamu bahkan sembahlah Dia supaya Dia reda. Jika Dia reda pasti kamu akan terpegun dengan pemberianNya.

6- Jika kamu melihat ada orang miskin di negara orang Islam maka ketahuilah ada orang kaya yang telah mengambil haknya.

7- Tiada kebimbangan bagi orang yang mempunyai bapa...bagaimana pula boleh merasa bimbang orang yang mempunyai Tuhan.


No comments:

Post a Comment

ampuni kami