Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, June 3, 2019

Amalan Malam Raya dan Pagi Raya

AMALAN MALAM RAYA

Ini amal malam raya

WASIAT AMALAN MALAM HARI RAYA
DARI MBAH ABDUL KARIM LIRBOYO

Berikut ini amalan pada malam Hari Raya (Idul Adlha dan Idul Fitri), seperti disebut dalam kitab Kanzun Najah Was Surur, karya Syaikh Abdul Hamid Al Qudsi, dan riwayat dawuh Syaikh Abdul Karim Lirboyo (Mbah Manab) oleh Syaikhina KH.Maimoen Zubair.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: “من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى لم يمت قلبه يوم تموت القلوب” رواه الطبراني في الكبير والأوسط.

Dari Ubadah Ibn Shomit r.a. Sungguh Rosulullah SAW bersabda: Barangsiapa menghidupkan malam Idul Fitri dan malam Idul Adlha, hatinya tidak akan mati, di hari matinya hati. HR.Thobaroni

عن أبي أمامه رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : “من قام ليلتي العيدين محتسباً لم يمت قلبه يوم تموت القلوب”. وفي رواية “من أحيا” رواه ابن ماجه

Dari Abi Umamah r.a, dari Nabi SAW, bersabda: Barangsiapa menegakkan dua malam Hari Raya dengan hanya mengharap Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati. HR. Ibnu Majah.

Bagaimana cara menghidupkan/ menegakkan dua hari raya itu? Telah disebutkan oleh Syaikh Abdul Hamid Al Qudsi, dengan mengamalkan beberapa amalan:

1. Syaikh Al Hafni berkata: Ukuran minimal menghidupkan malam bisa dengan Sholat Isya’ berjama’ah dan meniatkan diri untuk jama’ah Sholat Shubuh pada besoknya. Atau memperbanyak sholat sunnah dan bacaan-bacaan dzikir.

2. Syaikh Al Wanna’i dalam risalahnya: Barangsiapa membaca istighfar seratus kali (100×) setelah Sholat Shubuh di pagi Hari Raya, maka akan dihapus dosa-dosanya di dalam buku catatannya, dan pada hari kiamat akan aman dari siksa.

3. Masih dari Syaikh Al Wanna’i: Barangsiapa membaca ,

سبحان الله وبحمده

Subhaanallah wa bihamdihi 100× pada hari raya, dan menghadiahkan pahalanya untuk ahli kubur, maka para ahli kubur berkata,”Wahai Dzat Yang Maha Penyayang, rahmatilah ia, dan jadikanlah ia ahli surga”.

4. Syaikh Al Fasyni berkata dalam Tuhfatul Ikhwan: Dari Sahabat Annas, dari Nabi SAW, dawuh (yang artinya): Hiasilah dua hari raya dengan tahlil, taqdis, tahmid dan takbir”. Nabi juga dawuh: Barangsiapa yang membaca:

سبحان الله وبحمده

Subhaanallah wabihamdihi 300× dan ia menghadiahkan untuk muslimin yang sudah wafat, maka seribu cahaya akan masuk di setiap kuburan, dan Allah akan memasukkan seribu cahaya ke kuburnya jika ia meninggal.

5. Syaikh Az Zuhri berkata: Sahabat Anas r.a. berkata, Nabi SAW dawuh (yang artinya): Barangsiapa di dua hari raya mengucapkan:

لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك و له الحمد يحي و يميت و هو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيئ قدير

sebanyak 400× sebelum Sholat ‘Ied, maka Allah SWT akan menikahkannya dengan 400 bidadari, seakan memerdekakan 400 budak, dan Allah SWT mewakilkan para malaikat untuk membangun kota-kota dan menanam pohon-pohon untuknya di hari kiamat.

Beliau Syaikh Az Zuhri berkata: “Aku tidak pernah meninggalkannya semenjak aku mendengarnya dari Sahabat Anas r.a. Dan Anas r.a. dahulu juga berkata: “Aku tidak pernah meninggalkannya semenjak aku mendengarnya dari Nabi SAW.”

Diriwayatkan dari Syaikhina Wa Murobbi Ruuhina KH.Maimoen Zubair, dari Syaikh Abdul Karim, pendiri Pondok Pesantren Lirboyo Kediri Jawa Timur, beliau berkata:

“Sak makendut-makendute santri ojo nganti ora ngurip-urip malem rioyo loro, kanthi sholat ba’diyah Isya’ rong rakaat ditambah sholat witir sak rakaat”.

Artinya: “Senakal-nakalnya santri jangan sampai tidak menghidupkan dua malam hari raya (Idul Fithri dan Idul Adlha) dengan melaksanakan sholat sunah minimal dua rokaat setelah Isya’ dan satu rokaat witir”

AMALAN PAGI RAYA:

Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya Aidilfitri

1. Mandi di pagi Aidilfitri

Disyariatkan bagi kaum muslimin untuk mandi pada pagi Aidilfitri berdasarkan athar dari `Umar bahawa beliau mandi sebelum keluar untuk bersolat Aidilfitri [HR. Malik]

2. Memperindah diri di pagi Aidilfitri

Kaum muslimin juga dianjurkan agar memakai pakaian yang terbaik dimilikinya untuk pergi ke solat Aidilfitri, dengan itu Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih –  Bab kedua hari raya dan memperindah diri padanya”.

Memperindah disini bukanlah bermaksud memakai pakaian baru sebagaimana yang difahami sesetengah orang, namun ia bermaksud memakai pakaian yang terbaik yang telah sedia dimiliki, berwangian bagi lelaki dan lain-lain.

3. Takbir Aidilfitri

Disyariatkan juga untuk bertakbir pada hari Raya bermula dari masuknya malam Aidilfitri selepas terbenam matahari, dan berhenti apabila solat Aidilfitri dilaksanakan.

Perlu diingat bahawa laungan takbir ini dilakukan dengan penuh semangat, dengan nada suara yang kuat serta lantang kerana ia bertujuan membesarkan Allah SWT, bukannya dengan nada sayu dan sedih sebagaimana yang biasa dilakukan sesetengah kita.

4. Makan sebelum keluar bersolat Aidilfitri

Disyariatkan juga sebelum keluar ke solat Aidilfitri agar terlebih dahulu makan sebagaimana kata al-Bukhari dalam Jami’ al-Sahih. Dan makanan yang terbaik ialah tamar, bahkan disunnahkan memakan tamar dengan bilangan yang ganjil, ini sebagaimana yang thabit dari Baginda SAW dalam hadith yang Sahih, antaranya kata Anas:

Maksudnya: “Pada hari raya Rasulullah SAW tidak keluar untuk melaksanakan solat Aidilfitri hinggalah beliau makan beberapa biji tamar terlebih dahulu”. [HR. al-Bukhari, no.961], dan dalam riwayat lain menyebut:

“dan Baginda memakannya dengan bilangan yang ganjil” [HR. al-Bukhari, no. 961].

5. Berjalan kaki ke tempat solat Aidilfitri

Disyariatkan juga agar keluar ke tempat solat Aidilfitri dengan berjalan kaki sekiranya mampu, jika tidak mampu maka tiada halangan untuk menaiki kenderaan.

Disunnahkan
agar bertakbir secara kuat sejak keluar rumah dan juga sepanjang berjalan kaki atau menaiki kenderaan, hinggalah solat Aidilfitri. Sesetengah manusia keluar rumah tanpa melaungkan takbir, mereka berjalan secara diam dan hanya mula bertakbir apabila telah sampai di tempat solat Aidilfitri, amalan ini bercanggah dengan sunnah.

6. Pulang dari solat Aidilfitri jalan berbeza

Disyariatkan agar seseorang itu pulang susudah mengerjakan solat Aidilfitri dengan mengikuti jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk datang menghadiri solat. Ini sebagaimana yang thabit dari Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir katanya

“Adalah Nabi SAW jika bersolat Aidilfitri, Baginda mengambil jalan yang berbeza antara pergi dan pulang” [HR. al-Bukhari, no. 994].

7. Ucapan tahniah pada hari Aidilfitri

Dianjurkan untuk mengucapkan tahniah selamat hari Raya pada hari Aidilfitri, namun ia bukanlah satu kemestian. Kata al-Hafiz al-Muhaddith `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi :

Maksudnya: “Mengucap tahniah Aidilfitri dengan ucapan : (Taqabbalallah hu minna wa minka) tidaklah jelas bahawa Sahabat dan Tabi’in mengamalkannya secara konsisten, kerana itu berkata Imam Malik: “aku tidak mengetahuinya tetapi aku tidak mengingkarinya”, walhal Imam Malik ialah imam yang paling dekat pengetahuan berkenaan hal keadaan mereka (para Salafussoleh)”

Dan berkata al-Tharifi lagi:

Maksudnya: “Ucapan tahniah Aidilfitri boleh dilakukan dengan apa juga cara sebutan yang baik maknanya, tidak thabit dalam hadith (yang marfu’) akan cara sebutan tertentu, yang paling kuat hanya ucapan tahniah sesama sahabat, mereka berkata: Taqabbalallah hu minna wa minka atau taqabbalallahu minna wa minkum, baik isnadnya mengikut Imam Ahmad”.

Dengan itu boleh seseorang itu mengucapkan sebarang cara sebutan tahniah yang baik  “Selamat Hari Raya”, “Happy `Eid”, “Kullu `Aam wa Entum Bi Khair”, “Minal `Eidin wal Faizin”, “Kullu Sanah wa Antum Tayyib” dan sebagainya.

8. Bergembira pada hari Aidilfitri

Begitu juga dianjurkan dalam hadith-hadith Sahih untuk bergembi
ra pada hari Aidilfitri, sama ada dengan menyanyi atau bermain-main di paginya. Hari raya atau `Eid al-Fitr adalah hari bergembira dan bukannya hari bersedih.

9. Bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri

Meminta maaf itu adalah sejurus selepas menyedari akan kesilapan yang dilakukan, bukannya khusus di pagi hari Aidilfitri. Sedangkan hari Aidilfitri itu hari mengucapkan tahniah dan doa agar amalan meminta maaf di pagi Aidilfitri yang diamalkan sesetengah kaum,itu adalah adat mereka dan ia bukanlah satu kemestian.

10. Menziarahi Kubur di pagi Aidilfitri

Tidak disyariatkan untuk menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri, bahkan mengkhususkan amalan menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri bukan dari sunnah Nabi SAW.

Hukum bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang kematian dan hari akhirat.

Dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:"Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

( استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت )

Maksudnya:"Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:

( كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya:"Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat".

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk
mereka dengan berdoa, ini tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki.Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur adalah makruh dan sebolehnya dihindari.

Hukumnya makruh bagi perempuan dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukum menajadi haram

Adapun menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia adalah perbuatan yang ditegah.

Hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih pada hari tersebut

[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh 'Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]

No comments:

Post a Comment

ampuni kami