Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, May 26, 2019

Himpunan Ulama Fatani Kedah pada 5 Syawal 1440 bersamaan 9 Jun 2019




Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua..

InsyaAllah sempena Syawal yang bakal tiba, ayuh beramai ramai kita beraya bersama barisan para ulama Kedah & Fatani.

Bersempena Majlis Pelancaran Tabung Dana Pembinaan Kompleks Syeikh Daud Al Fatani, Majlis Guru Pondok HESA Kedah dengan kerjasama Kompleks Pendidikan Darul Hidayah, Pondok Sungai Mati, membawakan barisan utama ulama Fatani dari pimpinan Jamiyyah Ulama Fathoni, didatangkan khas bagi menjayakan program Himpunan Ulama Kedah & Fatani 2019.

Seluruh warga pondok, dari dekat dan jauh, dari selatan ke utara, para alumni pelajar pondok Fatani, ayuh beramai2 kita hadir beraya bersama baba Fatani serta menyumbang bagi menjayakan misi Pembinaan Kompleks Syeikh Daud Al Fatani.

Tidak lupa juga kepada semua lapisan masyarakat, semua dijemput hadir beramai-ramai pada malam kemuncak ceramah perdana.

Kosong tarikh ini :
9 Jun 2019 / 5 Syawal 1440H
Hari Ahad
Bermula Jam 4.00petang hingga 11.00malam
Bertempat di Kompleks Pendidikan Darul Hidayah, Pondok Sungai Mati, Alor Setar, Kedah.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami