Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, April 16, 2019

Tuan Guru Hj Abdul Ghani Kubang Bemban

Al Allamah Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban ( 1915 - 1985 )

Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Ghani Bin Haji Awang Kecik dan dilahirkan di Kelantan . Mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri sebelum memasuki pondok pengajian sekitar negeri kelahirannya .

Diantara guru beliau ialah :

1. Arif Billah Tok Padang Jelapang
2. Tuan Guru Haji Che Ahmad Bin Haji Abdul Manan
3. Sohibus Samahah Mufti Haji Wan Musa
4. Tuan Guru Haji Saad Kangkung

Beliau merupakan diantara anak murid utama kepada Tok Padang Jelapang . Hampir 6 tahun beliau mengaji dengan gurunya tersebut sehinggalah tahun 1932 apabila Tok Padang Jelapang berpindah ke selatan Thai . Tuan Guru Haji Abdul Ghani juga diberi jolokan dengan nama ' Anak Butir Tok Padang Jelapang' .

Pada tahun 1936, beliau mendirikan Madrasah Muhammadiyyah di Kampung Kubang Bemban , lebih kurang ½ batu di sebelah barat bandar Pasir Mas . Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Daud Bin Haji Yusof - Kampung Meranti
2. Tuan Guru Haji Muhammad Bin Mat Diah - Pondok Beta Hilir, Kota Bharu
3. Tuan Guru Pak Nik Che Othman Awang Samat -  Kampung Parit Meranti
4. Tuan Guru Haji Muhammad Awang Senik - Pondok Padang Siam
5. Tuan Guru Haji Daud Abdul Rauf - Lubuk Stol, Rantau Panjang
6. Tuan Guru Haji Muhammad Che Long - Pondok Repuh Jagung/ Bukit Gading Tanah Merah
7. Tuan Guru Haji Mat Bin Saleh - Banggol Nangka
8. Tuan Guru Lebai Abdul Rahman Salleh - Kampung Kedondong

Ketokohan beliau terserlah apabila dipilih menjadi anggota Jamaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan . Disamping beliau , antara alim ulamak yang turut serta ialah :

1. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Ahmad Maher
2. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
3. Tuan Guru Haji Hussin Rahimi
4. Tuan Guru Haji Nor Bot
5. Tuan Guru Haji Mat Pauh
6. Tuan Guru Haji Nik Man Khatib
7. Tuan Guru Haji Ghazali Pulai Chondong
8. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pasir Tumboh
9. Tuan Guru Haji Wan Yusuf Haji Chik Tengah Kemuning
10. Tuan Guru Haji Muhammad Atas Bonggol

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan sekitar tahun 1960an .

Beliau meninggal dunia ketika berusia 70 tahun dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Dusun Nyior , Kubang Bemban .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment

ampuni kami