Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, September 13, 2017

Malam pertama Sultan Abdul Halim dimakamkan.

Sausana makam Sultan Abdul Halim malam pertama dialam Barzakh.
Makam Sultan Abdul Halim Muazam Shah.
Untung Sultan Kedah kami Sultan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sepanjang hayat amat memelihara amalan amalan yang dibawa oleh ulama terdahulu.

Apabila Sultan Abdul Halim mangkat sahaja
Rakyat jelata dijemput baca quran di Istana. Pada malam mangkat ( Isnin malam Selasa)
Serata rata tempat masjid surau seluruh Kedah mengadakan tahlil untuk Tuanku Sultan yang disayangi.
Sebelum dan selepas urusan jenazah tahli diadakan berkali kali.
Talkin arab dibaca oleh Dato Syeikh Fadil Hj Awang Mufi Kedah dan melayu dibaca oleh Sheikh Roslan Imam Besar Masjid Zahir, setelah selesai talkin terus dibaca tahlil dipimpin oleh Syeikh Alauddin Qadi Alor Setar, seluruh kerabat , pemimpin negeri dan rakyat jelata turut hadiahkan tahli di acara pemakaman tadi.
Malam ini terus dibacaan quran atas kubur untuk hadiah khusus kepada almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim.
Tahlil dan kenduri diadakan mulai malam ini oleh pihak kerabat.

Tuanku Abdul Halim hidup banyak kebajikan, sesudahkan mangkat diteruskan lagi kebagikan kepada beliau. Berkat didikan ulama ahli sunnah wal jamaah.

Moga Allah ampunkan dosa almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dan moga ditempatkan bersama orang beriman solihin Sidiqin aulia.
Ini bukti keberkatan Sultan,  ulama dan rakyak jelata yang berpegang dengan ajaran ulama muktabar ahli sunnah wal jamaah.

Sama sama kita doakan,
Moga Kedah akan terus sebagai kubu kuat daulah ahli sunnah wal jamaah.
Moga dibawa pemerintahan Sultan baru Sultan ke 29 Tengku Sultan Solahuddin akan lebih kukuh fahaman ahli sunnah wal jamaah .

No comments:

Post a Comment