Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, December 10, 2015

G25 Wajib bertaubat boleh membawa murtad


KENALI G25
1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.
5. Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
6. Tan Sri Dato' Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan Veterinar.
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut Jantung Negara.
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
10. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.
11. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, bekas Duta.
14. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.
16. Lt. Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia


Kumpulan bekas penjawat awam yang menggelar diri mereka sebagai G25 disaran segera bertaubat kerana tindakan ‘cuba’ meminda atau memansuhkan undang-undang syariah yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan negara boleh membawa kepada murtad.
Saranan itu disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria yang menyifatkan bahawa hasrat kumpulan itu mahu memansuhkan beberapa undang-undang syariah sama seperti menentang hukum Islam dan juga Allah.
Harussani juga menganggap gerakan itu sebagai ancaman kepada umat Islam dan menegaskan bahawa umat Islam boleh jatuh kufur sekiranya ‘keluar’ daripada perintah Allah.
Menurutnya, jika kata khalwat itu adalah hak asasi manusia, kalau begitu, mencuri pun hak asasi manusia juga, bebas untuk mencuri, begitu juga dengan membunuh.
“Pada saya gerakan ini kelihatan seperti kumpulan orang-orang yang putus asa, mungkin kerana mereka tidak diberi kesempatan atau peluang selepas pencen, sebab itu cari jalan ini.
“Saya minta kumpulan ini bertaubatlah dan buat kerja amal yang lebih baik daripada kita mahu rosakkan agama, pecah-belahkan umat Islam. Lebih baik mereka buat persatuan menggunakan kebijaksanaan untuk membantu perkara-perkara yang membangunkan umat. Janganlah kita terbawa-bawa dengan budaya Barat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Bicara Bersama Mufti di Samudera di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, hari ini.
Semalam, G25 mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad ketika dihubungi menegaskan, tindakan kumpulan itu mengangkat perjuangan hak privasi individu menggambarkan seolah-olah mereka membelakangkan hak yang lebih agung iaitu hak Tuhan.
Katanya, hak Tuhan perlu diperjuangkan terlebih dahulu, kecuali seseorang itu tidak mempercayai wujudnya Tuhan.
“Undang-undang khalwat ini dibuat sebagai mekanisme membasmi kemungkaran dalam masyarakat. Tindakan dalam mencegah kemungkaran ini sememangnya adalah peraturan Islam.
“Kita juga ada hak masyarakat. Bagaimana hendak asingkan hak individu dengan hak masyarakat sedangkan kita semua hidup dalam satu rangkaian tanggungjawab kepada satu sama lain?” soalnya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, prinsip Perlembagaan tidak mengatasi al-Quran kerana Kalam Allah itu mengatasi segala-galanya.
Tegasnya, telah termaktub dalam Perlembagaan yang turut menetapkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
“Jadi bagaimana pula khalwat itu dikatakan perkara peribadi dan tidak boleh dijadikan sebagai jenayah? Kumpulan bekas penjawat awam (G25) bercakap tanpa pengetahuan tentang jenayah Islam yang ditetapkan oleh al-Quran.
“Mereka perlu meneliti dan mendalami jenayah Islam dan bila tidak tahu, mulalah bercakap ikut hukum akal, walhal (hukuman) memang sudah termaktub dalam hukum syarak,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta G25 tidak terlalu ghairah meniru gaya hidup masyarakat Barat yang terlalu bebas sehingga hilangnya nilai-nilai moral dalam kehidupan.
Beliau berkata, peraturan yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia dan undang-undang syariah yang diguna pakai adalah bagi memelihara kesejahteraan umat Islam di negara ini daripada perkara-perkara merosakkan termasuk perbuatan berkhalwat.
Tegas beliau, sekiranya kehidupan umat Islam di negara ini tidak lagi berlandaskan nilai-nilai moral dan prinsip berakhlak murni, keutuhan negara akan tergugat, sekali gus menjadikan kehidupan masyarakat menjadi kucar-kacir.
Katanya, kumpulan ini amat terpengaruh dengan pemikiran liberal Barat dan bernostalgiakan zaman penjajahan lalu yang meminggirkan agama serta budaya tempatan.
“Sepatutnya mereka memanfaatkan kesempatan yang ada setelah bersara untuk mendalami pengetahuan agama dan beribadat demi persediaan serta bekalan di akhirat kelak.
“Tidak sepatutnya masa yang ada ini dibazirkan dengan menimbulkan isu-isu yang aneh, janggal dan mengelirukan masyarakat. Jangan meracuni fikiran masyarakat dengan fahaman sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

G25 MAHU MUKUM KHALWAT DIMANSUH

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.
Noor Farida Ariffin
Noor Farida Ariffin
Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.
Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.
“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.
“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.
Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.
Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.
“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.
Tambahnya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.
Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.
“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya.

2 comments:

  1. Cakap berdegar-degar konon blog yang mempertahankan akidah ASWJ, Asyairah, Maturidiyyah dsb tetapi membenarkan iklan dan komen-komen orang yang melakukan kerja syirik dari Indonesia. Apakah tidak ada tapisan untuk bahagian komen?

    Tolonglah jangan jadi munafik dan perbaikilah akhlak anda. Jangan hanya mencari salah orang lain seperti G25 kerana golongan PAS sendiri pun dah jauh sangat tersasar dan sanggup bersekongkol dengan orang khianat kepada amanah dan pemerintah yang zalim.

    ReplyDelete
  2. Cakap berdegar-degar konon blog yang mempertahankan akidah ASWJ, Asyairah, Maturidiyyah dsb tetapi membenarkan iklan dan komen-komen orang yang melakukan kerja syirik dari Indonesia. Apakah tidak ada tapisan untuk bahagian komen?

    Tolonglah jangan jadi munafik dan perbaikilah akhlak anda. Jangan hanya mencari salah orang lain seperti G25 kerana golongan PAS sendiri pun dah jauh sangat tersasar dan sanggup bersekongkol dengan orang khianat kepada amanah dan pemerintah yang zalim.

    ReplyDelete

ampuni kami