Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, April 15, 2015

Ulama sunni Makkah - Abuya Syed Abbas Al Malikki kembali kerahmatullah - Al Fatihah


Telah kembali ke Rahmatullah hari ini
Selasa 14/4/2015
ABUYA AS-SAYYID ABBAS ALAWI ALMALIKI
adik kepada
ABUYA AS-SAYYID MUHAMMAD ALAWI ALMALIKI
As-Sayyid Abbas bin Alawi Al-Maliki lahir di kota suci Mekkah Al-Mukarromah pada tahun 1368 H
Nama lengkap beliau adalah Syeikh Sayyid Abbas bin Sayyid Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid Abdul Aziz al-Maliki al-Idris al-Hasani al-Makki
Lahir dan dibesarkan oleh seorang ayah yang alim dan mulia pemimpin Ahli Bait di kota Mekkah, pembesar Bait Alawi yang disegani oleh pemerintah dan semua orang, pengajar di Masjidil Haram dan ulama besar yang dikagumi oleh masyarakat Mekkah ketika itu.
Tidak heran jika sifat-sifat orang tuanya turun kepada Sayyid Abbas dan saudara beliau Sayyid Muhammad al-Maliki.
Sayyid Abbas dikenal memiliki sifat tawadhu`, rendah hati, mudah senyum, suka membantu orang yang kesulitan, menghormati para tamu, dan mudah akrab. Tak hanya itu, suara beliau pun bagus dan indah hingga digelari sebagai Amir Qasidah di Mekkah sehingga orang-orang terpesona mendengar suaranya.
Beliau membangun pusat pendidikkan di Makkah al-Mukarramah, pelajarnya terdiri dari pelajar asrama yang datang dari Indonesia, dan pelajar luar asrama yang tinggal di kota Mekkah, majlis beliau juga dikenal dengan majlis Dalailul khairat dan majlis Burdah.
Beliau meriwayatkan hadits dari ayah beliau yaitu Sayyid Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Makki, dan saudara kandungnya Syeikh Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Idrisi al-Makki.














No comments:

Post a Comment