Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, November 22, 2014

Masjid Tokai Pendang jadi pusat pengajian Taalim Asyairah mulai November 2014


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Takdir Allah pada 20 November 2014
Pusat Pengajian Taalim Asyairah berpindah dari rumah sewa di Ayer Hitam Jerlun ke Masjid Lama Pekan Tokai Pendang .
Taalim Asyairah ditubuhkan pada Mac 2014 lebih kurang 8 bulan di Ayer Hitam kini kami berhijrah dan berpusat di Tokai Pendang .
Pendidikan Fardhu Ain Sistem Pondok
Taalim Asyairah mengabungkan manhaj pondok Fathani dan manhaj para habaib serta perjuangan kami adalah untuk menyebarkan dan mempertahankan ilmu ahli sunnah ulama silam .

Masjid lama Pekan Tokai yang menjadi pusat Pengajian Taalim Asyairah sekarang dulunya ribat Darul Hadis dan kini Insyallah setiausaha Darul Hadis akan bekerjasama dengan Taalim Asyairah menjadikan Taalim Asyairah sebagai asas mula anak muda mendalami ilmu fardhu ain kemudia kita akan hantar ke pondok pondok yang sesuai untuk mereka. 
Masjid Asyakirin Pekan Tokai masjid baru ini berhadapan dengan masjid lama Pekan Tokai Pendang 
DYMM Sultan Kedah merasmikan Masjid baru Pekan Tokai , Masjid Asyakirin 

Tuan Imam Masjid Kariah Pekan Tokai rasmi penempatan baru Taalim Asyairah 
pada 20 November 2014 










 Kenangan tapak mula Taalim Asyairah di Ayer Hitam Jerlun Kedah dirasmikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Karim ketua Persatuan Ulama Fathani Darussalam


Rumah sewa tapak pertama pusat Pengajian Fardhu Ain Sistem Pondok Taalim Asyairah

Taalim Asyairah berpusat dari Ayer Hitam Jerlun , kini berhijrah dan berpusat di Masjid Tokai Pendang  Pengambilan Pelajar Lelaki sesi 2015 dibuka sekarang  Yuran bulanan hanya RM 50 sebulan  Syarat Umur 15 ke atas dan berminat belajar ilmu agama  Pendaftaran hubungi setiausaha Ustaz Fazren :0196782172 Amir Sham 0193727600

No comments:

Post a Comment