Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, March 11, 2014

Malaysia Hari Ini TV3 MH370 Kapten Norudin Abd Majid #PrayForMH370 #doakan .

)

MH370 hilang mengelirukan dan sesuatu yang ajaib

KUALA LUMPUR: Disamping penggunaan teknologi moden, usaha pencarian pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu perlu juga menggunakan kaedah spritual yang diajar oleh Islam.

Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid berkata, sebagai seorang Islam yang beriman, kehilangan pesawat ini perlu juga dilihat dari luar sudut sains dengan kembali kepada ajaran agama.

"Ia hilang, 100 peratus hilang...fullstop!

"Sebagai orang beriman, ini adalah ketentuan. Allah SWT menetukan segala-galanya. (Kehilangan) ini mengelirukan dan menjadi perkara ajaib yang kita dan dunia kena terima," kata beliau dalam temubual Buletin Utama malam tadi.

Beliau juga berkata bahawa Allah memberi cara dan kunci untuk temui apa sahaja dan manusia harus menggunakan segala usaha termasuk menggunakan kepakaran orang tertentu untuk mengesan pesawat MH370 itu.

Ditanya, siapakan orang itu, beliau berkata, "Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah dan keluarga (yang terlibat), kerana mereka sedang beremosi dan Allah sedang melihat mereka".

Beliau menegaskan, penggunaan kaedah sain dan spritual perlu seiring dalam usaha pencarian ini.

"InsyaAllah akan ditemui, akan ditemui.

"Gabungkan sains dan juga yang mencipta sains (Allah).

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada pukul 12.41 pagi Sabtu, 8 Mac lalu.

5 comments:

  1. Subhanallah...masyallah...tak sangka MAS pernah ada juruterbang sehebat ini. Menerbangkan pesawat 777...tentu amat profesional...dan berusaha pula ikut sunnah (kata Izwan ada bau minyak atar). Saya biasa dengar ceramah2 agama. Tidak menghairankan kerana mereka memang ustaz/ustazah. Tapi bila seorang pilot profesional sebegini bersuara seperti seorang ustaz... masyallah. Tapi kenapa "bekas juruterbang"?. Pd hari pertama bicara pesawat hilang juga ada seorang "bekas juruterbang". Kedua-duanya ternyata amat komited dlm bidang tugas yg pernah dijalankan, dan patut terus berperanan dlm MAS - samada sebagai pilot atau dlm management team

    ReplyDelete
  2. Umat Islam sekarang patut melihat kepada sejarah kegemilangan Islam terdahulu di mana ulama-ulama tersohor dahulu mengutamakan Islam dan masa yang sama mereka juga mengkaji sains dan teknologi. Sekiranya Ulama kita sekarang ada kedua-dua ini InsyaAllah negara Islam akan menjadi maju seperti dahulu.

    ReplyDelete
  3. Denda RM40,000 palsukan tandatangan [METROTV] YIP KUM FOOK(LAWYER CHEATING PEOPLE)
    Kuala Lumpur: Seorang jurutera syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memalsukan tandatangan.
    Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
    Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu satu buku 'Structure Design Calculation' bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan struktur dan pelan struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Majlis Perbandaran Selayang daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook(penipu) iaitu pemilik tanah yang mana mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu antara 2 Ogos sehingga 12 Ogos 2014 di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, di sini.
    Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat.
    "Kesalahan ini adalah serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani," katanya.
    Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya hukuman denda dikenakan dan tidak dipenjara kerana mempunyai banyak tanggungan selain isteri seorang surirumah.
    "Saya tiada niat memperdayakan pihak Majlis Perbandaran Selayang dan hanya mencari pendapatan buat keluarga.
    "Ini kesalahan pertama saya dan saya menyesal serta insaf atas kesalahan dilakukan," katanya.
    Mengikut fakta kes, pada 2013, Datuk Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja, Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak.
    Bagaimanapun, penyediaan dokumen itu adalah tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
    Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
    Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip Kum Fook(penipu) atas pembayaran kerja dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu.
    Hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan dokumen 'Structure Design Calculation' adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng.

    ReplyDelete
  4. Please share to all Malaysian MCA Members,

    Some MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
    They are trying to tell us to support Donald lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
    Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  5. We would like to announce to all Malaysian Buddhists, that if anyone is political, please do not allow them to join any Buddhist Temple committee or Buddhist association because they hope and expect something from Buddhists, like the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(吉隆坡甲洞帝沙再也三宝), there now is very problematic because the president is an MCA politician “DATUK YIP KUM FOOK (叶金福 Datuk Yip Kim Hock)”

    For example, like DATUK YIP KUM FOOK 叶金福 and he is cheating everywhere, also playboy to people wives everywhere, he doesn't have any Buddhist rules, then after go to get a position as Buddhist temple president, this is very ugly and shameful.... used police and gangsters to remove the Buddhist monks out from Temple

    This SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) is founded by Buddhist Sangha Kelantan at Taman Ehsan and then moved to Taman Desa Jaya, Kepong...You! (YIP KUM FOOK) just become a president of Temple but you reject all old committees, your mind is very dirty.... now Buddhist devotees wake up to understanding what happened at Temple

    We and the devotees know very well about SAMNAK SAMBODHI because we are close to the Buddhist monks in Kelantan, we were in the committee for a long time because the last time Temple was nothings, we had to support the Sangha to build the Temple, but you (Yip) defrauded the Sangha of RM20,000.00, this is a dirty mind and stupid thought

    Political ideas and Buddhist teachings, please do not mix because Buddhism is a way of human life in this world and the afterlife, DATUK YIP KUM FOOK叶金福 needs to understand more on this, because of he / you higher education (law graduate), we are ordinary people, cannot be compared to you

    Tony Keong, Kepong

    ReplyDelete

ampuni kami