Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, December 10, 2012

DOA TOK GURU HJ SALLEH MUSA UTK KEMENANGAN PR mendapat liputan Harakahdaily


DOA TUAN GURU HJ SALLEH MUSA
DI PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI ALOR SETAR KEDAH DAPAT LIPUTAN HARAKAHDAILY

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15123-ustaz-azizan-yakin-pakatan-kekal-di-kedah

(Tuan Guru Haji Musa memimpin doa dengan diaminkan oleh Datuk Seri Anwar dan juga Ustaz Azizan)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat akan mengekalkan kuasanya di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita yakin di negeri Kedah, kita akan berjaya mempertahankan kerajaan kita dengan kerjasama semua pihak dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan sewaktu berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat sini.

Azizan menolak sebarang usaha yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk cuba membeli undi rakyat.

Ianya disifatkan oleh Azizan sebagai tindakan menggelabah BN dalam membendung kebangkitan rakyat.

"Sebelum tahun 2008, bila kita kata kita akan menawan Kedah, mereka ingat kita main-main.

"Bila kita berjaya baru mereka sedar," kata Azizan yang berucap panjang lebar menjelaskan isu itu dalam ucapannya.

Walaupun sebelum ini beliau dikatakan tidak sihat, tetapi ucapan beliau malam itu meyakinkan lebih 20,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di stadium terbuka itu.

(Puluhan ribu rakyat doakan kemenangan untuk Pakatan)

Selepas berjaya memerintah, Umno dan BN berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri termasuk cuba membeli wakil rakyat Pakatan.

"Pada waktu itu selain berusaha menjaga wakil rakyat kita supaya tidak lari, alhamdulillah dah tak ada sekarang, dalam masa yang sama kita hendak mentadbir negeri.

"Semua orang tahu perkara ini tetapi Tuhan tidak memberikan keizinan kepada mereka kerana kekuasaan, harta adalah anugerah Allah," kata Azizan.

Menurut Azizan, pelbagai usaha telah dibuat BN bagi menjatuhkan kerajaan negeri termasuk memfitnah, "Dan semua fitnah itu telah balik sendiri kepada mereka."

Hari ini, katanya, semua pihak telah lihat kemampuan kerajaan negeri yang ada untuk memtadbir, "Dan insya Allah akan kekal ke hujung penggal iaitu penggal yang paling lama, lagi dua bulan cukup lima tahun kita memerintah," tegas Azizan.

Inilah yang merunsingkan BN, lagi banyak mereka buat, lagi meluat rakyat kepada mereka, katanya.

Setelah menguasai empat negeri, Azizan yakin, jika mereka berusaha dengan lebih kuat sedikit saja lagi, Pakatan akan menang untuk ke Putrajaya.

"Jika kita kerja kuat sikit saja lagi, kekalkan empat negeri yang ada, ambil balik Perak dan Terengganu dan banyak kawasan Parlimen, kita akan ke Putrajaya," kata Azizan.

No comments:

Post a Comment