Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, August 31, 2012

Ziarah ulama Kedah kali 3 sempena Syawal - Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ziarah 9 orang ulama tuan Kedah

Bersama Tn Guru Hj Salleh Musa , Aidilfitri 1433h /2012

ZIARAH TN GURU HJ AHMAD KUALA NERANG

 ZIARAH MAKAM ALMARHUM UST FADZIL MAD NOOR
MAKAM TN GURU HJ OMAR ZUHDI 
MAKAM ASYAHID IBRAHIM LIBYA


ZIARAH UST MUHAMMAD BIN TN GURU HJ MAD NOOR BIN TN GURU HJ AHMAD , PONDOK TOBIR PENDANG KEDAH
ZIARAH TN GURU HJ ABD HAMID BIN ABD RAHMAN AL JARUMI IMAM MASJID DERGA



ZIARAH MAKAM SYEIKH TAJUDDIN AL JARUMI 
ZIARAH MAKAM SYEIKH IDRIS AL JARUMI 
 ZIARAH MAKAM TN GURU WAN IBRAHIM GAJAH MATI
ZIARAH TN GURU HJ IZUDDIN BIN TN GURU HJ WAN IBRAHIM GAJAH MATI
ZIARAH TN GURU HJ WAHAB HASSAN BALING 

ZIARAH TN GURU HJ RAHIM PENDANG
TN GURU HJ RAFAE BALING
SYEIKH HASSAN BANGKOK. Berusia 138 tahun 


Rumah terbuka Aidilfitri PAS Kedah

Ziarah ulama Kedah , Tn Guru Hj Abd Hamid imam masjid Derga-Sempena ziarah ulama bulan syawal kali 3

Ziarah makam Almarhum Ust Fadzil Mad Noor Presiden PAS sempena ziarah ulama Kedah kali 3 Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah

AL FATIHAH 
Buat Almarhum Ust Hj Fadzil Mad Noor

Ziarah ulama Kedah kali 3 sempena Syawal - Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ziarah 9 orang ulama tuan Kedah


Ziarah Tn Guru Hj Ahmad 
Ziarah pusara Almarhum Ust Fadzil Mad Noor Presiden PAS - meninggal tahun 2002


Tuesday, August 28, 2012

Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir -isu syaitan


SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”

Sidang Media TGNA | Konvokesyen KIAS kali ke-XIV

Tn Guru Nikm Aziz bahas isu semasa tentang pendidikan , masa depan pengajian Islam , pengisian ilmu pada rakyat , isu hudud , isu Ust Nasaruddin Md Isa dan lain-lain lagi

HESA Kedah anjur jamuan raya himpunkan guru pondok dan sekolah agama seluruh Kedah




As-Syahid Syeikh Abdul Majid perjuang Syria gugur syahid

As-Syahid Syeikh Abdul Majid merupakan di antara ulama' Syria yang bersama-sama dengan perjuangan rakyat Syria sejak sekian lamanya. 

Beliau telah gugur syahid semalam (27/8/2012) di wilayah Dar'a akibat terkena bom yang dijatuhkan oleh pesawat rejim Basyar ke atas rumah beliau.

Semoga Allah merahmati beliau. Al-Fatihah


Sunday, August 26, 2012

Qiam With Me Catat Rekod Baru- Tahniah Sultan serta MB Kelantan





Syaitan Musuh yang nyata jangan buat kawan walaupun kita kenal dia



Memang betullah kata Dr Basit, banyak keajaiban yang berlaku di Malaysia..
Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
NONEBeliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya


Tuan Guru Hj Salleh Musa pimpin munajat himpunan hijau ke Putrajaya

7 SYAWAL 1433 
25. 8. 2012
HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA DAN MAJLIS JAMUAN RAYA AIDIL FITRI 
PAS SUNGAI PETANI KEDAH


Tuan Guru Hj Salleh Musa pimpin munajat himpunan hijau ke Putrajaya







\


Thursday, August 23, 2012

Adab anjur dan hadiri rumah terbuka


Rumah terbuka bukan saja diadakan untuk menjemput tetamu bertandang ke rumah menikmati juadah hari raya semata-mata, tetapi juga bagi memanjangkan silaturahim sesama kerabat dan sahabat.
Menjemput mereka ke rumah atau majlis yang diadakan tidak bermakna kita tidak akan meraikan mereka pada hari atau masa lain. Ironinya, hari ini, rumah terbuka sudah menjadi satu kemestian, terutama kepada mereka yang tinggal di bandar yang pulang beraya di kampung.
Oleh kerana mereka tiada di rumah pada minggu pertama hari raya, maka mereka akan menjemput tetamu bertandang pada masa lain.
Mengadakan rumah terbuka adalah antara amalan sinonim dengan Syawal. Ia amat bererti demi silaturahim serta hubungan baik sesama manusia, bertanya khabar dan mengambil berat antara satu sama lain.
Amalan berziarah ke rumah saudara dan sahabat handai adalah sebahagian daripada usaha mengeratkan tali persaudaraan dan persahabatan sedia terjalin. Tetapi ada yang segan silu mengunjungi rumah sahabat handai, melainkan dijemput sewaktu mengadakan rumah terbuka.
Menjemput tetamu ke majlis yang diadakan adalah sunnah Rasulullah SAW, begitu juga memenuhi undangan. Malah, sahabat digalakkan mengadakan kenduri dengan menjemput saudara mara, jiran tetangga dan sahabat taulan untuk menyambung silaturahim.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturahim.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Rumah terbuka banyak dianjurkan hingga ada kala lebih lima jemputan kenduri harus dihadiri dalam sehari. Melainkan ada halangan besar, undangan sudah tentu tidak akan dihampakan walaupun penat tidak terkata.
Makan dan minum hanyalah sampingan sebaliknya yang paling bermakna ialah menggembirakan tuan rumah dengan kehadiran tetamu yang memeriahkan majlis mereka.
Hari ini, ada rumah terbuka dianjurkan dengan menjemput orang kaya saja. Majlis pula diadakan di hotel mewah yang menghidangkan juadah mahal dan eksklusif. Ia sudah tentu tidak menjadi masalah kepada yang berkemampuan, kerana belanja yang besar tidak menyukarkan mereka.
Namun, Islam menegaskan tidak wajar membezakan antara tetamu kaya dengan miskin, sehingga mereka diundang ke majlis berbeza, bahkan diberi layanan berkasta juga.
Rasulullah SAW bersabda: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang dijemput orang kaya saja dan ditinggalkan orang miskin.” (Riwayat Imam al-Bukhari)
Ada juga jemputan hanya dilakukan dengan mengirim khidmat pesanan ringkas ataupun mesej pendek melalui laman sosial ditujukan secara umum. Mala, orang yang menerima jemputan pula langsung tidak mengenali pihak menjemput.
Santunnya tentunya berlainan jika tuan rumah menjemput setiap tetamu secara lebih terhormat, berbahasa dan menjemput orang yang dikenalinya saja.
Tetamu yang menerima undangan pula harus menghadiri majlis diadakan tanpa membezakan sama ada jemputan itu datangnya dari orang yang kaya atau miskin. Dengan memahami tujuan jemputan untuk memanjangkan silaturahim, tidak sepatutnya tetamu memilih undangan.
Bahkan untuk menyenangkan hati tuan rumah juga, tetamu tidak boleh sesekali menguzurkan diri disebabkan berpuasa kerana menghadiri majlis rumah terbuka bukanlah semata-mata untuk menikmati juadah.
Jika berpuasa sunat, kita dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala sekiranya niat berbuka puasa untuk menggembirakan tuan rumah yang bersusah payah menyediakan hidangan.
Sebaik-baiknya ialah merancang untuk tidak berpuasa jika menerima jemputan, melainkan puasa qada’ yang tidak boleh dilakukan pada hari lain lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Sebaliknya, jika rumah terbuka diadakan di tempat yang menyediakan makanan tidak halal atau terdapat kemungkaran mengundang maksiat dan kejahatan, tidak menjadi kesalahan kita tidak memenuhi jemputan. Ia adalah lebih baik demi menjaga thiqah sebagai seorang Muslim yang hidup berlandaskan hukum dan syariat.

شرح مختصر لحديث "الدين النصيحة"

Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud



PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

“Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily.

Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya.

Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah.

Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.

“Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.

"Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina,” kata Tuan Ibrahim.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam.

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud.

“Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi.

Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan.

“Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya,” tegas Tuan Ibrahim.

“Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang,” tambah beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut.

“Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain,” kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno.

“Jika Karpal  terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno
ampuni kami