Friday, April 23, 2021
Haul Sayyidah Khadijah Al Kubro
Perkongsian dari Ustaz Abu Zahrah Abdullah Thohir.
๐ HAUL UMMUL MU'MININ SAYYIDATUNA KHADIJAH BINTI KHUWAILID ุฑุถู ุงููู ุนููุง ูุฃุฑุถุงูุง
Mungkin kita alpa atau tidak tahu bahwa pada tanggal 11 Ramadhฤn [bermula Magrib ini] adalah merupakan ulang tahun tanggal kewafatan Sayyidatina Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง, isteri yang sangat dikasihi oleh Sayyidina Rasลซlullฤh ๏ทบ.
Maka dengan itu hamba ulangsiar sedikit catatan mengenai Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง ูุฃุฑุถุงูุง. Catatan ini pernah alfaqir siar di blog alfanshuri 11 tahun yang lalu pada tanggal 11 Ramadhฤn. Semoga catatan yg tidak seberapa memberi manfaat teman² sekelian.
๐งก Ummul Mukminin, Sayyidatuna Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง ๐
َูุงِูุณَุงุกَ ุงَّููุจِِّู َูุณْุชَُّู َูุฃَุญَุฏٍ ู َِู ุงِّููุณَุงุกِ
“Wahai isteri-isteri Nabi, (kedudukan) kalian bukanlah seperti wanita-wanita yang lainnya.” (al-Ahzab: 32)
ุงَّููุจُِّู ุฃََْููู ุจِุงْูู ُุคْู َِِููู ู ِْู ุฃَُْููุณِِูู ْ َูุฃَุฒَْูุงุฌُُู ุฃُู ََّูุงุชُُูู ْ
“Nabi itu lebih berhak untuk dicintai kaum mukminin daripada diri mereka sendiri, sedangkan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka (kaum mukminin).” (al-Ahzab: 6)
Menurut pendapat yang paling shohih, pada tanggal 11 Ramadhan, 3 tahun sebelum hijrahnya Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู ke Madinah, Ummul Mu’minnin Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid ุฑุถู ุงููู ุนููุง kembali kerahmatuLlah. Suatu peristiwa yang amat menyedihkan Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู , sehingga tahun tersebut dinamakan ‘’Ammul Huzn (Tahun Kesedihan) - [dimana dua orang yang menjadi tonggok kuat membantu RasuluLlah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู dalam penyebaran Islam diperingkat awal wafat – Abu Tholib dan Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid ุฑุถู ุงููู ุนููุง].
Beliau ุฑุถู ุงููู ุนููุง wafat pada usia 65 tahun. Dimakamkan di Perkuburan Ma’ala yang lebih dikenali dengan nama al-Hajun.
Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid ุฑุถู ุงููู ุนููุง adalah wanita pilihan kerana beliau merupakan isteri kepada Rasul pilihan. Kalau kita membaca kitab Shohih al-Bukhari, ูุชุงุจ ุจุฏุก ุงููุญู ุฅูู ุฑุณูู ุงููู maka disana kita akan dapati hadits menceritakan bagaimana peranan besar Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid ุฑุถู ุงููู ุนููุง dalam menenangkan suami beliau, Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู ketika mendapat wahyu pertama. Dan di dalam kitab shohih itu juga ada menyebutkan bab mengenai kelebihan bonda Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง.
Perhatikan kata-kata beliau ุฑุถู ุงููู ุนููุง:
ูุฑุฌุน ุจูุง ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ูุฑุฌู ูุคุงุฏู ูุฏุฎู ุนูู ุฎุฏูุฌุฉ ุจูุช ุฎูููุฏ ุฑุถู ุงููู ุนููุง ููุงู ุฒู ูููู ุฒู ูููู ูุฒู ููู ุญุชู ุฐูุจ ุนูู ุงูุฑูุน ููุงู ูุฎุฏูุฌุฉ ูุฃุฎุจุฑูุง ุงูุฎุจุฑ ููุฏ ุฎุดูุช ุนูู ููุณู ููุงูุช ุฎุฏูุฌุฉ ููุง ูุงููู ู ุง ูุฎุฒูู ุงููู ุฃุจุฏุง ุฅูู ูุชุตู ุงูุฑุญู ูุชุญู ู ุงููู ูุชูุณุจ ุงูู ุนุฏูู ูุชูุฑู ุงูุถูู ูุชุนูู ุนูู ููุงุฆุจ ุงูุญู ูุงูุทููุช ุจู ุฎุฏูุฌุฉ ุญุชู ุฃุชุช ุจู ูุฑูุฉ ุจู ูููู ุจู ุฃุณุฏ ุจู ุนุจุฏ ุงูุนุฒู ุงุจู ุนู ุฎุฏูุฌุฉ
" ..... kemudian kembalilah Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู dengan wahyu tersebut dalam keadaan hatinya gemetar, hingga beliau masuk ke rumah Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง seraya berkata: Selimuti aku, selimuti aku! Maka diselimutkan Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู , hingga hilang daripada Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู rasa ketakutan, kemudian berkata Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู kepada Khadijah dan menceritakan kepadanya perkara yang berlaku, (akhirnya Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู ) berkata: Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku).Maka sahut Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง: Tidak sekali-kali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau suka menghubungkan silaturrahim dan engkau seorang yang suka menanggung kepayahan hidup, dan engkau suka mengorbankan tenaga kerana orang yang lemah (tidak berdaya) dan suka memuliakan tetamu dan menolong atas yang hak dari dari cubaan dan bala. Kemudian pergilah Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง bersama Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abdul Uzza iaitu anak bapa saudara Khadijah …….. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim dan lainnya)
Beliau ุฑุถู ุงููู ุนููุง adalah orang pertama yang beriman kepada keRasulan Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู .
ุงูููู ุงูุดุฑ ููุญุงุช ุงูุฑุถูุงู ุนูููุง، ูุฃู ุฏّูุง ุงูููู ุจุงูุฃุณุฑุงุฑ ุงูุชู ุฃูุฏุนุชูุง ูุฏููุง، ุงูููู ุตู ุนูู ุฒูุฌูุง ุงูุฃู ูู، ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู
๐งก Nasab Ummul Mu’minin Sayyidatuna Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง dari jalur ayahnya: Telah berkata Ibn Ishaq: Khadijah adalah anak perempuan kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr
๐ Nasab Ummul Mu’minin Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง dari jalur ibunya: Telah berkata Ibn Ishaq: Ibu Khadijah bernama Fathimah binti Za’idah bin al-Aslam bin Rawalah bin Hajar bin Abd bin Ma’ish bin Amir bin Luai bin Ghalib bin Fihr. Ibu kepada Fathimah adalah Qalabah bin Su’aid bin Saad bin Sahm bin Amr bin Hushaish bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr
๐งก Gelaran yang diberikan kepada beliau ุฑุถู ุงููู ุนููุง: Sayyidah az-Zakiyyah, Sayyidah at-Thฤhirah dan al-Kubrฤ (wanita agung)
๐ ุงูููู ุงูุดุฑ ููุญุงุช ุงูุฑุถูุงู ุนูููุง، ูุฃู ุฏّูุง ุงูููู ุจุงูุฃุณุฑุงุฑ ุงูุชู ุฃูุฏุนุชูุง ูุฏููุง، ุงูููู ุตู ุนูู ุฒูุฌูุง ุงูุฃู ูู، ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู ♡
๐ Keutamaan Ummul Mu’minin Sayyidatuna Khadijah bin Khuwailid ุฑุถู ุงููู ุนููุง ๐
๐ Isteri yang paling disayangi dan diingati oleh Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู .
๐ Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู pernah bersabda (maksudnya): “Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง). Ia beriman di kala semua orang mengengkari kenabianku. Ia membenarkan kenabianku di kala semua orang mendustakan diriku. Ia menyantuni diriku dengan hartanya di kala semua orang tidak mahu menolongku. Melalui dia Allah menganugerahi anak kepadaku, tidak dari isteri yang lain.” (Ibn Abdil Barr di dalam al-Isti’ab)
๐ Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู bersabda (maksudnya) :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." (Hadits riwayat: Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118)
๐ Diriwayatkan dari Sayyidatina‘Aisyah ุฑุถู ุงููู ุนููุง, katanya: Kecemburuanku kepada isteri-isteri Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู tidak sebesar kecemburaanku kepada Khadijah, meskipun aku tidak pernah melihatnya. Adalah Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู seringkali menyebut-nyebut namanya dan setiap kali menyembelih qurban Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู akan menyisihkan sebahagian untuk dikirim kepada wanita-wanita yang menjadi shahabat kepada Khadijah. Terkadang aku berkata kepada Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู : Sepertinya di dunia ini tiada lagi wanita selain Khadijah. Maka Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู bersabda: Sesungguhnya dia demikian .. demikian (banyak kelebihan Khadijah), dan darinya aku memperoleh anak-anak.”
๐ Diriwayatkan dari Sayyidatina‘Aisyah ุฑุถู ุงููู ุนููุง, beliau berkata: “Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata: Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู marah sampai berkerut dahinya kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh dia telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengurniakan anak padaku dan tidak dengan wanita (isteri) yang lain. Aisyah ุฑุถู ุงููู ุนููุง berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkannya selama-lamanya.”
๐ Dan Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู berkata membela dan memuji Khadijah binti Khuwailid ุฑุถู ุงููู ุนููุง ketika ‘Aisyah ุฑุถู ุงููู ุนููุง cemburu kepadanya:“Sesungguhnya aku diberi rezki iaitu mencintainya.” (Hadits riwayat: Imam Muslim, hadits 6228 kitab Fadha`ilus Shahabah, bab Fadha`il Khadijah Ummul Mu`minin ุฑุถู ุงููู ุนููุง)
๐ ุงูููู ุงูุดุฑ ููุญุงุช ุงูุฑุถูุงู ุนูููุง، ูุฃู ุฏّูุง ุงูููู ุจุงูุฃุณุฑุงุฑ ุงูุชู ุฃูุฏุนุชูุง ูุฏููุง، ุงูููู ุตู ุนูู ุฒูุฌูุง ุงูุฃู ูู، ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู ♡
๐ Allah Ta’ala mengirim salam melalui Jibril kepada beliau ุฑุถู ุงููู ุนููุง dan menjanjikan mahligai di syurga buat beliau ุฑุถู ุงููู ุนููุง
๐ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ุฑุถู ุงููู ุนูู katanya: Jibril datang menemui Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู dan berkata: Wahai Rasulullah! Khadijah telah datang kepadamu dengan membawa bekas yang terdapat di dalamnya lauk-pauk dan makanan. Apabila beliau sampai kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Tuhannya dan daripadaku. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan. (Hadits riwayat: Imam al-Bukhari dan Muslim)
๐ Hadits Abdullah bin Abu Aufa ุฑุถู ุงููู ุนูู: Diriwayatkan daripada Ismail katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa: Tidakkah Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู pernah menyampaikan berita gembira kepada Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง mengenai sebuah rumah di dalam syurga. Beliau menjawab: Ya, Baginda ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู menyampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam syurga yang diperbuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
๐ Hadits dari Sayyidatina‘Aisyah ุฑุถู ุงููู ุนููุง katanya: Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู menyampaikan berita gembira kepada Khadijah binti Khuwailid mengenai sebuah rumah di dalam syurga. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
๐ Dari Sayyidatina‘Aisyah ุฑุถู ุงููู ุนููุง katanya: ”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.” (Hadits riwayat: Imam al-Bukhari)
๐ ุงูููู ุงูุดุฑ ููุญุงุช ุงูุฑุถูุงู ุนูููุง، ูุฃู ุฏّูุง ุงูููู ุจุงูุฃุณุฑุงุฑ ุงูุชู ุฃูุฏุนุชูุง ูุฏููุง، ุงูููู ุตู ุนูู ุฒูุฌูุง ุงูุฃู ูู، ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู ♡
๐ Sayyidatuna Khadijah al-Kubro ุฑุถู ุงููู ุนููุง adalah antara wanita terbaik
๐ Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู pernah bersabda yang bermaksud: "Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepada Firaun." (al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba; al-Hakim dalam al-Mustadrak).
๐ Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Tholib ุฑุถู ุงููู ุนูู katanya: Aku mendengar Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุขูู ูุณูู bersabda: Sebaik-baik wanita adalah Mariam binti Imran dan Sebaik-baik wanita juga adalah Khadijah binti Khuwailid. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
๐ ุงูููู ุงูุดุฑ ููุญุงุช ุงูุฑุถูุงู ุนูููุง، ูุฃู ุฏّูุง ุงูููู ุจุงูุฃุณุฑุงุฑ ุงูุชู ุฃูุฏุนุชูุง ูุฏููุง، ุงูููู ุตู ุนูู ุฒูุฌูุง ุงูุฃู ูู، ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู ♡
Demikianlah sedikit coretan mengenai Ummul Mu’minin Sayyidatuna Khadijah ุฑุถู ุงููู ุนููุง. Kata ulama, ketika kita menyebut kisah para sholihin, Allah menurunkan rahmatNYA. Moga-moga Allah menurunkan rahmatNYA kepada al-Faqir dan sekelian pengunjung al-Fanshuri dengan berkat menyebut sekelumit kisah insan yang dikasihi Allah dan RasulNya dan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mencontohi perjuangan dan pengorbanannya mereka, dan menghimpunkan kita kelak bersama mereka, para kekasihNYA. Ameen.
ุงูููู ุงูุดุฑ ููุญุงุช ุงูุฑุถูุงู ุนูููุง، ูุฃู ุฏّูุง ุงูููู ุจุงูุฃุณุฑุงุฑ ุงูุชู ุฃูุฏุนุชูุง ูุฏููุง، ุงูููู ุตู ุนูู ุฒูุฌูุง ุงูุฃู ูู، ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู
ุงููุงุชุญุฉ ุฃูู ุญุถุฑุฉ ุญุจูุจูุง ูุดููุนูุง ุฑุณูู ุงููู ู ุญู ุฏ ุจู ุนุจุฏ ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ูุขูู ูุฃุตุญุงุจู، ุซู ุฅูู ุฑูุญ ุณูุฏุชูุง ุงูุญุจุงุจุฉ ุฎุฏูุฌุฉ ุงููุจุฑู ูุฌู ูุน ุฃู ูุงุช ุงูู ุคู ููู .. ุงููุงุชุญุฉ
Sekian dari,
Al-Faqir Abu Zahrah,
Taman Seri Gombak
Wednesday, April 14, 2021
Sumbangan Ramadhan
Sumbangan Ramadan
Majlis Taalim Asyairah akan menganjurkan program agihan sumbangan untuk :
1. Sumbangan berbuka puasa 10 Ramadhan terakhir di pondok dan madrasah terpilih.
2. Sumbangan berbuka puasa untuk fakir miskin.
3. Duit raya untuk Tok-tok Guru Pondok , diutamakan kepada Tuan Guru Tua dan fakir miskin terpilih di sekitar negeri Kedah.
Lebihan sumbangan akan disalurkan ke Majlis Maulid dan Haul Ulama / aulia yang akan dianjurkan oleh Majlis Taalim sepanjang tahun.
Sumbangan, sedekah, dan zakat boleh disalurkan ke akaun berikut:
Maybank
552095214534
Majlis Talim Asyairah
*Sila hantarkan penyata bayaran untuk tujuan rekod ke nombor* 0134044259
Program yang telah diurus oleh Majlis Talim Asyairah boleh ikuti di :
https://youtu.be/wICfXsrQJz0
https://youtu.be/YIpB0IEtf8M
https://pondoktauhid.blogspot.com/2021/01/sumbangan-pkp-20.html?m=1
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-