PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.
Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.
Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya.
"BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas.
Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan.
Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya ‘lawan tetap lawan’ sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam.
"Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya.
Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.
Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.
Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya.
"BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas.Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan.
Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya ‘lawan tetap lawan’ sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam.
"Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya.


"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.
Sementara itu, menurut Haji Asri Buang, 57 yang juga merupakan Timbalan Ketua PKR Selayang menyokong penuh apa yang diluahkan oleh Zaidi.











Seminar bertajuk 'Maqasid Syariah Dalam Masyarakat Majmuk' adalah anjuran ABIM dan dihadiri lebih 250 orang yang terdiri daripada NGO, termasuk anggota ABIM sendiri.
Katanya, program yang dianjurkan itu amat baik dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama dalam konteks penyatuan masyarakat di negara ini.
Mengupas lebih mendalam mengenai maqasid syariah, Dr Wahbah berkata, ia adalah asas kepada agama Islam dan dianggap sebagai akar umbi agama. 






Jawapannya kita tahu apa yang dikatakan pada hari ini kalau berita itu berita yang keluar (datang) daripada musuh - maka berita menggambarkan semuanya buruk. Begitu jualah sebaliknya. Jadi, media massa kita ini dikuasai oleh pemilik kepada orang yang menguasainya. Jika ia adalah alat kepada satu pertubuhan, parti atau kerajaan - maka ia akan memberitakan yang melampau, dirasakan atau dilakukan oleh pemiliknya dan bagi yang tidak menyukainya, berita yang keluar semuanya buruk. 
Pengesahan video itu tulen tanpa mengesahkan siapa pelakunya. Apakah dengan ada mirip sedemikian itu - kita hendak semata-mata serahkan kepada masyarakat untuk menilainya. Pastilah jika mirip pelaku (dalam video klip itu) dengan orang yang dituduh itu, kita hendak sengaja biarkan masyarakat membuat tanggapan sendiri. Tetapi mesej yang ada dalam tanggapan sendiri itu jelas. Mereka mahu masyarakat menyatakan bahawa si polan itulah yang melakukan perkara ini. Hal inilah yang saya katakan sebagai kesalahan atas kesalahan dan kita akan bersalah lagi dengan Allah membiarkan tanpa ada suatu usaha yang amat jitu untuk mengurangkan damage (kerosakan) moral yang berlaku dalam masyarakat.
