Thursday, October 6, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh




"Sultan Muhammad al-Fateh Penakhluk Konstantinopel"
 Kota Konstantinopel (Istanbul) kelihatan Masjid Biru dan Masjid Hagia Sofia (dahulunya gereja)
"Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Begitu maksud sebuah hadis yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w."  
kata Sheikh Bayram semasa mengajar ilmu hadis di Masjid Yelderim Beyazid Kulliyesi selepas sembahyang subuh.

Sultan Muhammad al-Fateh Penakhluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib muka surat 2

   Bagaimana kota itu hendak ditawan sedangkan kota itu amat kukuh sekali pertahanannya? Bagaimana sebuah matlamat (kejayaan) Bakal direalisasikan sedangkan ia amat sukar? Dalam usaha untuk menakhluk Konstantinopel pelbagai usaha dilakuakn oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...” 

   Sultan Muhammad al-Fateh dan ayahndanya Sultan Murad mencari jalan untuk merealisasikan kata-kata rasulullah s.a.w mencari kenyataan. Namun kunci kejayaan bukanlah kepada peralatan ketenteraan yang canggih jumlah tentera yang banyak, pengalaman berperang yang luas, tetapi kuncinya terletak pada ciri-ciri atau kriteria yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w untuk orang yang layak menawan kota Konstantinopel, iaitu "Raja yang baik dan tentera yang baik..."

   Dalam usaha kita mencapai kejayaan kita perlu tahu sama ada diri kita sudah cukup layak untuk mencapai cita-cita? Sebagaimana yang dilakukan oleh Sultan Fateh dan Ayahndanya, segala-galanya bermula pada diri mereka, pertama sekali mereka perlu menjadi "pemimpin yang baik" dan mereka mendidik rakyat & tentera mereka supaya menjadi orang yang baik-baik. Lihatlah di dalam diri kita adakah kita menepati kretiria orang yang baik?

   Kemudian dalam usaha menakhluk Konstantinopel, Sultan Fateh bersedia dengan melatih tenteranya dengan ilmu peperangan dan juga kekuatan rohani. Baginda juga mengatur pelbagai strategi untuk mengetahui kelemahan pada Kota Konstantinopel dengan melakukan risikan. Baginda juga membebaskan Urban iaitu pakar senjata yang sangat canggih iaitu "Meriam". Sikap mulia pada baginda telah menarik hati Zaqhanus iaitu ketua paderi Konstantinopel untuk memeluk agama Islam.

   Bayangkan seorang Sultan yang sama umurnya dengan aku berusaha untuk merealisasikan kata-kata Rasulullah s.a.w. Beliau juga menyanjungi semangat yang ada pada seorang sahabat nabi iaitu Abu Ayub al- Ansari yang bersemangat untuk berjuang walaupun sudah tua.

 Makam sahabat Nabi Abu Ayu al-Ansari di Masjid Eyup Sultan

   "Serangan dilakukan namun banyak kali menemui jalan kegagalan"

    Golden Horn "Tanduk emas" yang diretangi oleh rantai-rantai besi menyebabkan kapal-kapal perang Sultan Muhammad tidak dapat mengepung kota itu seluruhnya. Tembok kota yang mempunyai 3 lapisan sangat kukuh walaupun beratus-ratus peluru meriam dilepaskan baru sahaja memusnahkan lapisan pertamanya. Namun Sultan Muhammad yang masih lagi muda tidak berputus asa. Sehingga tarikh 29 Mei 1453 Sultan Fateh bersama tenteranya bejaya menakhluk kota yang diidamkannya. Maka dengan itu hadis Rasulullulah s.a.w beratus tahun lalu menjadi kenyataan

 Makam Sultan Muhammad al-Fateh

  Dalam usaha mencapai kegagalan yang paling penting meletakkan matlamat pada jalan yang diredhai Allah s.w.t. Jika menemui kegagalan bukan penghalang untuk kita terus mencuba. Gagal menawan kota Konstantine bukan bermakna Kota itu terus lenyap dan tiada harapan untuk menawannya, selagi kota Konstantinopel itu masih wujud di Muka Bumi ini selagi itu peluang masih ada. Strategi yang baik perlu ada dalam usaha kita mencapai kejayaan namun jangan memandang rendahpada mereka yang gagal menawannya, tetapi jadikan ianya sebagai panduan untuk melihat diri kita supaya menjadi yang terbaik. Akhir sekali setelah berusaha apa yang perlu ialah berserah 100% kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan penulisan ini memberi semangat kepada diri aku dan juga pembaca setia.

2 comments:

  1. tarbiyyah pendidikan Islam yg hebat pada zaman beliau juga sebahagian reliasasi hadith Rasulullah SAW ini. Beliau merai dan memuliakan ulama 4 mazhab dan menubuhkan pusat kegemilangan pendidikan fiqh 4 mazhab dan mengumandangkan tauhid berteraskan Al Asya'ariyyah dan Al Maturidiyyah waktu subuh. Mari kita islahkan diri kita sekarang Muslimin, masih ada hadith Rsulullah SAW yg mulia untuk kita jadikan kenyataan. Amin.

    ReplyDelete
  2. salam,
    nak tanye hadis apa yang mengharamkan mengubah fizikal manusia seperti mencabut bulu kening,,apa beza gunting@trim bulu kening?
    warnakan rambut tapi bukan utk berperang?tapi just nak nampak muda..
    ajak org beramal tapi akhlak sendiri Xberapa betul..mean soh org jauhi maksiat tapi dia guna pendekatan kasar seperti ptotes dan akhirnya pukul saya dan mencekik saya alasan saya Xjujur dgn dia dan mulut saya lazer mengata dia juga..

    ReplyDelete