Thursday, October 6, 2011

Berjuang Islam mestilah IKHLAS , ISLAM pasti Berjaya !!!


Perjuangan Islam mestilah Ikhlas , syarat kejayaan mesti Ikhlas dalam perjuangan . Andai perjuangan tanpa keikhlasan pastia ia akan gagal .
Para perjuang mestilah mengikut orang-orang yang terdahulu yang tinggi keikhlasan mereka dalam perjuangan , bukan berjuang kerana nama atau hendak habuan dunia .
Kekuatan perjuangan adalah dengan peningkatan Taqwa didalam diri . Diri perlu kuat dengan Aqidah dan kepercayaan dan kecintaan kepada Allah dan Rasul .

Para Sahabat ditarbiah oleh Rasulullah dengan keimanan dan keikhlasan yang sangat-sangat tinggi . Islam dapat menawan dunia hasil dari tarbiah Iman yang ditarbiah Rasulullah .
Para Sahabat sanggup bekorban nyawa , harta dan keluaraga demi Islam tercinta .
Orang sekarang berjuang ramai yang tidak ikhlas , ramai yang ingin dikenali , ingikan nama disebut dan dipuja , inginkan pangkat dan kedudukan dan berjuang kerana kepentingan dunia yang semantara ini sahaja . Inilah punca susah Islam hendak menang sekarang . Islam itu adalah indah yang teruknya penganut yang tidak mengikut Islam ... Ramai yang mendakwa mereka perjuang Islam sedangkan mereka tidak mengikut ajaran yang Rasulullah ajar .

Ramai yang berjuang tetapi tidak mendalami ilmu agama , ramai yang berjuang tetapi tidak menghayati keimanan kepada Allah dan Rasul dan yang paling ramai sekarang berjuang tidak ikhlas sehinggkan ada yang bermusuhan sesama sendiri kerana rebut jawatan , ada yang tidak mahu laksanakan kerja kerana tiada jawatan . Ini semua sudah lari dari landasan .

Perjuangan Islam mestilah dipimpin oleh pimpinan yang baik , penyokong yang baik barulah Allah menurunkan kekutan dan pertolongan !

Para sahabat dulu BERJUANG SEMATA-MATA IKHLAS UNTUK ISLAM contohnya Saidina Saad Bin Waqas yang berjuang menyampaikan dakwah hingga ke China . Makanya di China



Saidina Bilal berdakwah di Syiria dan wafat dan dimakamkan disana demi Islam

Abu Ayub Al Ansari yang berada di Turki , makam beliau dipelihara oleh Sultan Muhammad Al Fateh . Sultan Muhammad Al Fateh bermimpi dan mencari makamnya lalu Sultan Muhammad Al Fateh perintah tentera menggali makamnya yang berada dialam hutan supaya diletakkan di kota Turki sekrang 
SULTAN MUHAMMAD AL FATEH 
yang telah memelihara makam Abu Ayub Al Ansari di Turki 

Ramai lagi para sahabat yang bertebaran diseluruh pelusuk dunai untuk berjuang demi Islam yang dicintai . Maka kita perlu mencontohi perjuangan muri mereka . Ikhlas untuk Perjuangan bukan untuk tujuan kepentingan dunia sementara ini ...Nasihat buat diri dan sahabat seperjuangan.....

No comments:

Post a Comment