Tuesday, January 25, 2011

Kitab Bakurah -m/s 6 (siri 10)

Tn Kitab menghuraikan kalimah tauhid lagi ,

Wajib kita Isbad (percaya teguh) Allah ada sifat kemuliaan yang sangat banyaknya .
Maka kita faham disini tauhid Ahli Sunnah bukannya hanya mengaku 20 sifat Allah sahaja , bukan seperti yang sering dituduh wahabi yang tidak faham hakikat ilmu tauhid Ahli Sunnah .
Ahli Sunnah Wal Jamaah ,kita wajib Beriman bahawa Allah ada banyak sangat sifat yang kemuliaan .
Maka ini wajib kita tahu secara ijmal atau secara umum .
Begitu juga Allah tidak ada sifat-sifat mustahil pada Allah , segala sifat kekurangan yang tidak layak pada Allah sangat banyak yang tidak boleh ada pada Allah sama sekali .

Akan tetapi yang wajib kita dalami dan pelajari atau kaji 20 sifat Allah yang mana Imam Abu Mansur Maturidi Ra ambil dalil dalam Quran , atau 13 sifat yang wajib Bagi Allah yang wajib atas kita pelajari seperti mana yang dipilih oleh Imam kita yang mulia Imam Abu Hassan Asyaari Ra.
2 Tokoh imam kita ini berpendapat semuanya ada dalil Quran.

Maka janganlah sekali -kali saudara terpengaruh dengan fatwa wahabi yang sentiasa menghentam tauhid kita ini . Kita ada dalil semuanya .
Ini yang celupar dan sering menghentam sifat 20

Dr Asri
http://www.youtube.com/watch?v=ZmV6I2xlVWg
DIA TIPU . ILMU TAUHID SUDAH ADA ZAMAN RASULULLAH SAW
Mereka sahaja yang tidak kaji
Mereka mengaji secara umum kita ahli sunnah secara halusi untuk kejapkan iman kita .

UST FATHUL BARI .ULAMA MUDA UMNO
http://www.youtube.com/watch?v=zbM8sJuhuY8&feature=related

USTAZ RASUL DAHRI , lagi sangat-sangat penipu
http://www.youtube.com/watch?v=lSLo-2lVarg&feature=related

INSYALLAH nanti saya akan bahas kekeliruaan antara wahabi yang mana yang sesat (dosa) yang mana yang boleh membawa rosak Aqidah atau terbatal iman !
Maka yakinlah kita dengan tauhid Ahli Sunnah .

Tn kitab Bakurah Ra menghuraikan hukum mendalami ilmu tauhid
HUKUM MENDALAMI ILMU TAUHID ADALAH WAJIB
Wajib bagi yang tidak tahu mempelajari dari yang tahu atau alim !
Dalam kitab Aqidahtul Najin menyebut " HARAM DALAMI ILMU TAUHID KEPADA MEREKA YANG BUKAN AHLI ILMU TAUHID , KERANA MEMBAWA KEPADA ROSAK AQIDAH"

INSYALLAH saya akan bahas panjang lagi pada bab ini pada pertemuan akan datang .

Umno Memperkudakan 'Orang Agama'

Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa tindakan Umno. Ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana PAS telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihanraya kecil Tenang.. Nampaknya fikiran Menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.
PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama. Mungkin beliau buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum.
Kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS boleh memberi maaf kepada dua tokoh daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi ini. Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama Umno buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas.
Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon. PAS merasa bangga isu bersalam ini dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Anwar: Hentikan label 'penderhaka'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak 'perlumbaan' antara BN dan Pakatan Rakyat sehingga masing-masing melabel satu sama lain sebagi penderhaka.
"Saya setuju (ini politik regresif) dan saya tidak berkongsi pandangan (perlabelan seumpama itu),” katanya di Shah Alam hari ini.
"Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.”

Namun, katanya, beliau tidak menyalahkan rakan-rakannya di Pakatan yang terbabit dalam perbahasan itu kerana Umno yang mula melabelkan mereka sebagai penderhaka.
"Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard.
"Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”
Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita... kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.
Namun, katanya, beliau tidak menyalahkan rakan-rakannya di Pakatan yang terbabit dalam perbahasan itu kerana Umno yang mula melabelkan mereka sebagai penderhaka.

"Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard.
"Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”
Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita... kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki

Sunday, January 23, 2011

Kitab Bakurah -m/s 5 (siri 9)

Tn Kitab membahas makna kalimah Tuhan lagi .
Sudah selesai kita bahas sifat Istiqna iaitu terkaya Tuhan dari berkait dengan makhluk .
ALLAH bebas dari sebarang kaitan , fahamnya seluruh kerja Allah semuanya tidak dipaksa oleh sesiapa . Inilahlah dimaksudkan Harus bagi Allah mengada dan meniadakan makhluk ini . Tidak ada kuasa lain yang memaksa Allah untuk lakukan sesuatu .

Selain itu Allah mempunyai sifat Iftiqar .
Iftiqar maksudnya sekiranya Allah ada sifat Iftiqar ini (9 sifat Iftiqar yang wajib kita tahu ) maka semua makhluk berhajat pada Allah , dalam erti kata lain makhluk ini mesti berkait dengan Allah , Allah yang buat semua makhluk , Allah yang berkuasa mutlak mengatur urusan makhluk . Allah sahaja yang memberi kesan diatas sesuatu .

Faham dari sifat Istiqna dan Iftiqar bahawa tuhan yang memiliki sifat kemuliaan ini hanyalah satu sahaja iaitulah kepada Allah . Tidak ada makhluk yang bersifat dengan sifat ketuhanan ini ...
Jangan kita syirikkan Allah!
Maka sahlah pengakuan kita didalam syahdah bahawa Tuhan hanyalah satu ...

Saturday, January 22, 2011

Padah derhakai Allah

CARA al-Quran mengungkap permasalahan ialah dengan menerangkan sejarah beberapa bangsa lalu, peristiwa yang berlaku antara mereka dengan para nabinya itu, penolakan dan penganiayaan mereka kepada para nabi itu.

Allah SWT menerangkan sunnatullah yang berlaku seperti seksaan yang dikenakan kepada pendusta kebenaran dan hukuman yang akan dijatuhkan kepada mereka kerana kezaliman dan permusuhan terhadap nabi mereka.
Semua itu untuk menghibur hati nabi SAW agar ia sedar dan menemui cubaan yang pernah dialami oleh para nabi sebelumnya dan baginda pasti mendapat kesusahan daripada kaumnya.
Selain itu, untuk memberi ancaman kepada kaum yang mendustakan Rasulullah SAW dan bersikap keras menolak kebenarannya. Jika mereka tetap mendustakan baginda, nescaya Allah SWT akan menimpakan seksaan-Nya seperti yang dialami oleh kaum yang terdahulu.

Firman Allah SWT: (ingatlah), kaum Tsamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas, ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat).
Ibn Kathir berkata: Allah SWT mengkhabarkan tentang kisah kaum Tsamud, di mana mereka mendustakan Rasul-rasul mereka yang disebabkan kerana adanya melampaui batas dalam diri mereka.

Oleh itu, Allah menimpakan kedustaan dalam diri mereka terhadap petunjuk dan keyakinan yang dibawa oleh rasul mereka, yakni kabilah yang paling celaka, iaitu Qadar bin Salif yang telah membunuh unta, yang tidak lain dia adalah Uhaimar Thamud.
Firman Allah SWT: Maka berkatalah rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!

Sheikh al-Maraghi berkata: Lalu Nabi Saleh a.s bersabda kepada mereka: Jauhilah akan unta Allah SWT yang dijadikan petanda kenabianku, jauhilah juga meminumnya yang dikhususkan pada hari tertentu. Begitu juga jangan menyakiti dan mengusik minumannya dan hari-hari minum yang telah dikhususkan untuknya.

Nabi Saleh bersepakat dengan mereka tentang hari minum untuk unta dan hari minum untuk binatang ternaknya yang lain.
Oleh sebab di hati mereka berasa adanya keberatan dengan masa giliran minum dan mereka berhasrat membunuhnya, maka Nabi Saleh a.s melarang mereka melakukan perbuatan itu dan mengancam dengan azab Allah SWT yang akan ditimpakan kepada mereka apabila mereka berkeras melakukannya.
Namun mereka tetap mendustakan Nabi Saleh dan tidak mempeduli nasihatnya seperti yang ditunjukkan Allah SWT
Firman Allah SWT: (setelah Nabi Saleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.


Ibn Ishaq berkata: Ada di kalangan mereka yang melontar dengan anak panah unta tersebut, ada yang memotong kakinya dan ada juga yang menyembelih lehernya dan ini agaknya menurut al-Biqai’.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW pernah bersabda: “Orang yang paling celaka pada zaman dahulu ialah penyembelih unta Nabi Saleh”.
Firman Allah SWT: Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

Ibn Kathir berkata: Mereka mendustakan segala ajaran Rasul kepada mereka lantas dihukum dengan sebab penyembelihan unta betina yang dikeluarkan Allah dari batu sebagai tanda kekuasaan bagi mereka sekali gus sebagai hujah.
kecuali diikuti oleh anak dan orang dewasa antara mereka.

Lantaran itu Allah menyama ratakan mereka dengan tanah setelah kaumnya ikut menyembelih unta tersebut.

Syed Qutub berkata: Perkataan dam-dam bererti murka dan mengenakan azab dan bunyi kata-kata itu sendiri membayangkan pengertian yang dahsyat di sebaliknya.

Ia seolah-olah menggambarkan satu pemandangan yang ngeri di mana Allah timpakan ke atas kaum Tsamud azab yang amat dahsyat dan meratakannya ke atas seluruh mereka, iaitu Allah balikkan bumi mereka ke atas ke bawah. Ini suatu pemandangan malapetaka yang maha dahsyat.

Firman Allah SWT: Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Ibn Abbas menyatakan: Allah tidak bimbang terhadap tuntutan dari siapa pun juga
.....................................................................................................................................
KENANGAN MASJID YANG TERSELAMAT SEMASA TSUNAMI 2004
ALLAH zahirkan kekuasaan , dan zahirkan kebenaran Agamanya


Kitab Bakhurah -m/s 5 (siri 9)

Assalamualaikum Wb
Maaf hampir seminggu saya cuti menulis , InsyAllah saya akan mulakan tulis khulasah kitab Bakurah besok .
Tolong doakan agar saya dapat taufiq dari Allah SWT

Monday, January 17, 2011

Kitab Bakurah -m/s 5 (siri 8)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Sudah 2 hari kita tidak bersama disebabkan saya banyak pogram di pondok dan diluar pondok .
Insyallah kita bincang semula kitab bakurah (m/s 5)

Tn Kitab membahaskan maksud kalimah Syahadah lagi di muka surat 5 .
Lafaz TUHAN itu mesti dikaji dari sudut ilmu tauhid .
Tuhan itu hanya satu , yang lain semua makhluk !
Maka yang dinamakan Tuhan itu mesti memiliki segala sifat kamalat /Kesempurnaan

TUHAN mesti ada padanya Sifat ISTIQNA (TERKAYA)
Tuhan mesti terkaya, iaitu tidak berhajat atau tidak perlu berkait dengan makhluk dalam erti kata ALLAH bebas dari segala-galanya tidak menumpang suatu pun dari makhluk ini  .
Dalam kata lain TERKAYA TUHAN iaitu TUHAN tidak menumpang makhluk .
Sifat terkaya dari segala-gala makhluk ini, hanyalah ada pada Allah .
ALLAH terkaya dalam erti kata kaya zati , kaya yang jenis Tuhan iaitu tidak berkait dengan makhluk sekali-kali .
Kaya kita makhluk iaitu  setiap orang yang ada memiliki harta banyak , ini dinamakan kaya (Mukhayad ) yang ada kaitan iaitu kaitan dengan benda , jika harta sudah binasa maka orang itu tidak kaya lagi .

Allah kaya yang zati yang tidak kait dengan benda sekali-kali . ALLAH MAHA TERKAYA !!!
Oleh kerana Allah terkaya, maka semua kita  makhluk mesti tumpu dan berhajat kepada Allah ...
Kita tidak boleh kecualikan diri dari Allah .Semua mesti tumpu dan menghadapkan diri kepada ALLAH!

Tuhan tidak boleh sekali-kali berhajat dengan makhluk !
Maka kesimpulan kita,Tuhan mesti ada sifat kemuliaan , maka semua kita makhluk tidak boleh kecualikan diri kita dari takluk kekuasaan ALLAH
Sifat Istiqna yang wajib kita pelajari dan dalami hingga mantap Iman kita  kesemuanya ada 11sifat.

Insyallah saya akan sambung semula ...
Petang ini saya kena temankan Tn Guru mengajar di masjid Al Bukhary Alor Setar ..

Thursday, January 13, 2011

Kitab Bakurah -m/s 5 (SIRI 7)

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Tn Kitab Bakurah , Syeikh Ismail Fathani sekali lagi ulang maksud kalimah syahadah kerana dalam kalimah syahadah mengandungi makna yang bergantung atau berkait dengan ilmu tauhid yang wajib setiap kita pelajari .
Didalam kalimah Syahadah secara umum merangkumi 3 kaitan ,
1 . Keimanan dengan Allah
2.  Keimanan dengan Rasulullah SAW
3 . Samiyat (segala yang disampaikan oleh Rasulullah)

Didalam kitab Bakurah , Tn Kitab hanya sebut 2 pekara sahaja iaitu keimanan yang berkait dengan ALLAH dan RASUL sahaja , andai kita hendak menyempurnakan Iman kita , perlulah kita mencari  dan dalami kitab tauhid yang lengkap dari karangan Ulama kita Ahli Sunnah , jikalau kita berhajat mendalami kitab jawi maka eloklah kita kaji kitab Faridah Syeikh Ahmad Al Fathani

Berbalik pada bahasan tadi , Tn Kitab Bakurah menerangakan diantara pekara wajib atas diri kita iaitu beriman dengan Allah dan Rasul Seperti mana yang kita ucap syahadah dengan lisan kita , maka seperti itulah WAJIB HATI kita BERIMAN 100 peratus .


Maka didalam kalimah yang pertama adalah perkara yang berkait dengan Allah ,
maka bersangkut paut makna umum dan makna khas yang perlu kita kaji dan pelajari.

Makana Umum : Allah sebagai tuhan kita , maka Allah mesti ada sifat-sifat ketuhanan .
Sifat ketuhanan yang umum adalah segala sifat kemuliaan yang sangat banyak tidak dapat kita ketahui .
Begitu juga mesti tidak boleh ada sama sekali sifat-sifat mustahil pada Allah .
Ini wajib kita beriman secara umum .

Secara khusus pula kita wajib ketahui sifat yang wajib secara tafsil atau secara satu persatu .
Maka bedasarkan pendapat ahli sunnah 20 sifat ,wajib kita kaji satu persatu , ini pendapat Imam Abu Mansur Maturidi , manakala Imam Abu Hassan AsSyari berpendapat hanya 13 yang wajib kita kaji untuk teguhkan Iman kita .

Pesoalan mengapa hanya 13 atau 20 sahaja , tidak yang lain ?
Maka kita jawab: 13 atau 20 ini sangat penting . Yang lain kita wajib tahu Ijmal *(umum sahaja ) tetapi 13 atau 20 wajib kita tahu satu persatu untuk teguhkan Iman kita dengan aqidah bab keimanan dengan ALLAH.
Maka kalau dah betul-betul dapat kuasai dan faham semua ini , maka tidak salah kita hendak kaji nama -nama Allah yang lain , bahkan lebih baik .

Begitu juga beriman dengan Rasul . Maka kita wajib beriman dengan secara umum , bahawa Rasul kita ada banyak sifat wajib , sifat kemuliaan bagi Rasul dan tidak ada sama sekali segala sifat yang mustahil bagi Rasul .
Sungguhpun sifat Wajib atau sifat mulia bagi Rasul itu banyak tetapi hanya wajib kita tahu 4 sifat wajib atau yang mesti ada pada Rasul , dan wajib juga tahu  4 sifat mustahil yang tidak ada pada Rasul sama sekali  .
INSYALLAH kita akan bincang dan bahas satu persatu nanti ...

Wednesday, January 12, 2011

Solat Hajat Perdana , setiap Jumaat ,3 minggu berturut-turut di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik

Solat Hajat Perdana Setiap Jumaat , Jam 8 pagi . Di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah
Saudara Muslimin Muslimat dijemput .
Bagi para pelajar yang mengikuti kuliah umum Tn Guru pada hari Jumaat dinasihatkan datang lebih awal dan bawa sejadah masing-masing

Jadual Solat Hajat yang akan dipimpin oleh Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah

14.1.2011
21.1.2011
28.1.2011
.......................................................................................................................................

POGRAM PEMUDA
Kepada Pemuda PAS SIK
IJTIMAK TARBAWI akan diadakan hari Jumaat ini 14-15/1/2011 Di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah .
14.1.2011 Kuliah pemuda akan disampaikan oleh Nik Abduh bin Tn Guru Hj Nik Aziz ( kuliah ini terbuka kepada masyarakat umum )

Kenali Persatuan Pondok Tauhid (PPPT-KEDAH)


 MISI

Menyatukan umat, Mempertahankan Ahli Sunnah, Mendokong cita cita ulama, Mertabatkan peranan ulama dan Mengerakkan umat bersatu di bawah panji panji ulama, Mengembalikan kegemilangan ilmu ulama salaf dan Menyermai benih benih perjuangan di dalam kehidupan.

VISI
Berjuang kerana Allah demi Islam dan kesejahteraan akhirat dan mempertahankan Ahli Sunnah bersama ulama

MATLAMAT PPPT

1: Penyatuan antara pelajar Tuan Guru Hj Salleh dan pelajar pondok.

2: Mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah

3: Membantu dakwah para ulama

4: Memperkenalkan ulama dan menanam perasaan cinta kepada ulama

5: Mempertahankan sistem pondok

6: Menyutik semangat juang(jihad)

AJK Persatuan Pondok Tauhid (PPPT Kedah )

PERASMIAN PERSATUAN PELAJAR PONDOK TUAN GURU HAJI SALLEH MUSA
(SIK KEDAH)
OLEH TN GURU HJ SALLEH MUSA SENDIRI BERSAMA SYEIKH TAYYIB MAKKAH DAN YB CIK UDA CIK NIK AHLI PARLIMEN SIK 


                                          Penyampain Cenderahati Kepada Syikh Taib

                          Kenang Kenangan Dengan Tn Guru Hj Salleh & Syeikh Hj Taib

                                            Jamuan Makan Tengah Hari

                                                             AJK PPPT (KEDAH)



                                       AJK PPPT Meaminkan Doa Syeikh Hj Taib


AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH

Penaung : Tuan Guru Hj Salleh b Hj Musa

Ketua PPPT: Muhammad Fazilul Helmi b Raidzan

Timbalan Ketua 1: Muhammad Amin b Ismail

Timbalan Ketua 2: Zamri b Said Fikri

Setiausaha: Muhamad Tarmizi b Mohd

Timbalan Setiausaha: Mohd Arif b Mohd Yusuf

Bendahari: Mohd Hanif b Zainol

Timbalan Bendahari: Khairul Irwan b Mohd

LUJNAH

Dakwah: Mohd Daniel b Zoolkefli

Ekonomi: Khairul Irwan b Mohd

Riadah: Sayuthi b Hj Abdul Halim

Penerangan & Promosi: Muhamad Tarmizi b Mohd

Masyarakat: Muhammad Firdaus b Jamaludin

Foto & Multimedia: Ahmad Rafae b Abdullah & Muhammad Afizan b Zakaria

Wazir Wakaf: Khairul Abrar b Bukhari
Timbalan Wazir Wakaf: Mohd Solihin b Nan @ Adnan

Tuesday, January 11, 2011

Kitab Bakurah -m/s 4 (siri 6)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .

Tn Kitab Bakurah menghuraikan takrif hukum syara dengan panjang lebar
Kewajiban terhadap setiap individu mukalaf sangat banyak .

Seperti yang saya nyatakan agama bukan hanya dalam soal ibadah , tetapi merangkumi kehidupan kita . Agama termasuklah Ibadah , Muamalat , Munakahat , Jinayat dan pelbagai lagi yang mesti kita fahami .

Tn Kitab Bakurah menerangkan bahawa mempercayai /beriman dengan penuh keyakinan perkara yang berkait dengan ketuhanan .
IMAN adalah kepercayaan dihati .
Ramai yang mengaku Islam , tetapi Islam belum tentu beriman lagi . Andai ada iman sudah pasti ia Islam .
Iman adalah percaya teguh tanpa rasa zon , syak dan waham .
Iman kepada Allah perlu 100 peratus barulah dikira disisi syara .

Keimanan yang mantap tidak akan terhasil andai tanpa dalil dan kajian ilmu .
Kita mestilah belajar dan mengetahui dalil Quran dan dalil akal maka barulah iman kita akan mantap . Andai tidak mengikuti langkah ini maka iman kita akan goyang dan tidak mantap yang akan membawa padah kepada kita dengan terjatuhnya dilembah neraka.

InsyAllah Kitab Bakurah m/s 5 nanti (siri 7) akan menerangkan cara belajar dan beramal yang sebenar dengan ilmu tauhid Ahli Sunnah sejati yang selamat .

Jihad mempertahankan agama tindakan mulia

Umat kini wajar mengikut jejak Rasulullah, sahabat supaya jadi hamba sentiasa diredai
MEREKA yang sempurna fizikalnya berjihad di medan tempur bersama Rasulullah SAW sering dipaparkan dalam kisah sejarah Islam untuk mempertahankan agama dengan roh jihad dan ada yang gugur syahid di medan tempur.

Itu tidak bermakna golongan kurang upaya (OKU) tidak terpanggil dengan seruan jihad kerana mereka juga bersama Rasulullah SAW mempertahankan agama, cuma mungkin kisah keperwiraan serta kehebatan semangat mereka tidak dihebahkan.

Diriwayatkan , Amru bin Jamuh adalah seorang yang kakinya pincang. Dia mempunyai empat anak yang selalu bersama Rasulullah SAW di medan jihad. Dia sendiri berhasrat untuk tampil bersama empat anaknya berjihad di medan Perang Uhud.
Mendengar hasrat ayahnya, maka anak dengan penuh berhemah berkata: “Wahai ayah, Allah SWT telah memberikan pelepasan kepada ayah. Jika ayah duduk saja, maka kamipun sudah cukup, Allah SWT telah melepaskan kewajipan berjihad dari bahu ayah.”

Mendengar nasihat anaknya itu, Amru segera menghadap Rasulullah SAW dan mengadukan perihal anaknya. Kata Amru kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, anakku menghalang aku untuk keluar bersamamu berjihad di jalan Allah. Demi Allah, aku sungguh berharap supaya mati syahid sehingga kakiku yang pincang ini, aku dapat berjalan di syurga.”
Lalu Rasulullah SAW pun bersabda: “Adapun engkau sebenarnya Allah telah melepaskan kewajipan berjihad ke atas kamu. Manakala kepada anak Amru, Rasulullah SAW mengatakan: “Tidak ada hak bagi kalian untuk meninggalkannya. Semoga Allah memberinya rezeki mati syahid"

Kemudian Amru dan empat anaknya bersama Rasulullah SAW serta pasukan Muslimin mara ke medan pertempuran yang berlaku cukup sengit. Mereka sekeluarga dengan semangat jihad yang menyala tanpa sebarang rasa takut menghunus pedang menggempur pasukan kafir musyrikin.
Ketika berlaku pertempuran Uhud itu ditakdirkan gugurlah Amru bin Jamuh sebagai seorang syuhada yang mendapat kedudukan dan darjat tertinggi di sisi Allah SWT.
Demikianlah hebatnya sahabat dan kaum Muslimin sezaman Rasulullah SAW mempertahankan agama hatta mereka adalah golongan OKU. Mereka tidak mahu ketinggalan menyumbang jasa dan bakti kepada Rasulullah SAW.
Semua itu lahir hasil pentarbiahan berkualiti dilaksanakan Rasulullah SAW sama ada ketika di Makkah mahupun selepas berhijrah ke Madinah. Aura iman mereka sangat menebal dan aroma ketakwaan cukup unggul.
Kita yang hidup pada zaman mutakhir ini sewajarnya menyusuri jejak keimanan dan ketakwaan sahabat terdahulu supaya menjadi hamba Allah SWT yang diredai, cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat.
Kisah tadi, dapat disimpulkan bahawa Islam memberi pengecualian kepada OKU untuk berjuang di medan pertempuran. Namun, Islam juga memberi peluang sama rata jika ada golongan berkenaan yang sanggup berjuang seperti Amru.
 Tidak kira apa juga keadaan atau kedudukannya, umat Islam sentiasa digalakkan melakukan amalan serta perbuatan yang diredai Allah SWT. Kekurangan bukan halangan atau alasan seseorang untuk lari daripada memenuhi tanggungjawab.
Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai amal yang dicintai Allah SWT. Daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: “Perbuatan apakah yang paling dicintai Allah? Jawab Baginda: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Kata Rasulullah: Kemudian berbakti kepada kedua orang tua. Aku terus bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Sabda Baginda: Berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jihad di jalan Allah mempunyai kedudukan mulia dan tinggi di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah, ayat 111)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia itu (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” (Surah At-Taubah, ayat 38)

Berasaskan didikan cukup sempurna dengan semaian iman serta takwa, setiap golongan pada zaman Rasulullah SAW mempunyai kesedaran tinggi mempertahankan negara dan agama. Mungkin hari ini bukan semua sesuai bertempur di medan perang.

, pengertian jihad dilihat dalam konteks meluas kerana mempertahankan agama daripada ancaman pihak yang memerangi Islam dengan pelbagai cara juga dikira sebagai jihad di jalan Allah. Begitu juga menjaga nama negara, adalah jihad perlu dilaksanakan semua rakyat Malaysia

Sunday, January 9, 2011

Kitab Bakurah -m/s 4 (siri 5)

Tn Kitab , Syeikh Ismail Fathani ra menerangkan makna Muhammadul Rasulullah .

Rasulullah SAW adalah salah seorang dari rasul Allah . Nabi Muhammad SAW , anak kepada Saidina Abdullah dilahirkan di Makkah , dilantik menjadi Rasul pada umur 40 tahun , terima perintah solat pada umur 52 tahun , solat di Makkah selama setahun kemudian hijrah ke Madinah pada umur 53 tahun  dan meneruskan dakwah dan memerintah negara Madinah selama 10 tahun dan wafat di Madinah ketika umur 63 dan di Makamkan di Rumah Siti Aisyah iaitu Masjid Nabawi Sekarang .

Saudara wajib kita hormati Rasulullah SAW kerana Rasulullah adalah kekasih Allah yang dapat beri syafat kepada kita pada hari Akhirat kelak .
Digalakkan kita banyak selawat kepada baginda ...
Buatlah perayaan maulidul Rasul hukumnya sunat , termasuk dalam bidah sunat .

Tn Kitab , Syeikh Ismail Al Fathani ra

Mensyarahkan kalimah Muhammadul Rasulullah lagi ...
Rasulullah adalah utusan dari Allah yang membawa risalah hukum hakam dari ALLAH .
Sebelum diutuskan Rasulullah maka 500 tahun lebih manusia tanpa pemimpin kerana Nabi Allah Isa as diangkat naik kelangit , maka zaman ini dinamakan zaman fitrah atau dinamakan zaman jahiliah .
Maka zaman ini segala amalan mereka dibiarkan tidak ada undang-undang kerana tidak ada Rasul ketika itu hinggalah Nabi kita Muhammad SAW diutuskan menjadi Rasul ...

Tn Kitab menerangkan hikmat Allah lantik Rasul kita adalah untuk menunjuk jalan kelepasan dari azab neraka .
Rasul kita SAW yang mengajar kita dengan ajaran agama Allah .
*Peringatan Agama Allah sudah wujud pada Nabi Adam lagi bukan hanya setakat Rasul kita sahaja .

Allah melantik Rasul untuk mengajar kita untuk beza antara benda WAJIB SYARA , SUNAT , HARUS , MAKRUH dan HARAM ...
*********Peringatan ********ISLAM adalah menerima dan mengikut undang-undang dan hukum hakam Allah , maka kita perlu terima semua apa yang dibawa Rasul , anadai kita tidak terima maka kita dihukum oleh syara sebagai MUNAFIQ***Munafiq adalah menzahirkan Islam tetapi disisi Allah , ia kufur !!!
Bahaya saudara , Ya Allah jauhlah kami dari sifat Munafiq .
 Agama adalah hukum Allah seperti wajib , sunat , makruh , haram dan sunat .

Saudara ambil perhatian !!!!!!!
***Agama ISLAM bukan hanya ibadah solat , puasa , zakat dan haji sahaja . Islam merangkumi semua kehidupan . WAJIB , SUNAT , HARUS , MAKRUH , DAN HARAM berkait dengan setiap perbuatan kita seharian . Maka ibadah solat , puasa , haji hanya sebahagian dari perkara yang berkait dengan Islam . Islam termasuk urusan jual beli atau ekonomi (mua'malat),nikah kahwin (munakahat ) , memerintah negara , politik .
....................................................................
Setiap perbutan kita bekait dengan hukum !!!
Contoh***Bukan arak haram tetapi yang haram perbuatan minum arak itu
Bukan babi haram yang haram perbuatan makan babi itu .
....................................................................
Kesimpulan segala perbuatan berkait dengan hukum , maka kehidupan kita berkait dengan hukum agama .
***Sesat lagi menyesatkan orang yang measingkan politik dengan agama .
Setiap perbuatan , perkataan , gerak geri kita berkait dengan 5 hukum syara ini .
Maka disyariatkan kepada kita untuk mengikut hukum Allah . Andai kita ingin menjadi hamba Allah maka kita perlu ikut segakla hukum yang dibawa Rasul , jangan ambil yang kita suka , tinggal yang kita tidak suka . Andai kita ingin selamat di Akhirat maka mesti kita reda dengan segala hukum Allah .
Jangan hanya solat , puasa , haji tetapi hudud (hukum  qran )kita tolak ...

Insyallah saya akan kupaskan lagi tentang hukum syara,
untuk mengingati hati saya yang lalai agar tidak terlupa tanggungjawab sebagai hamba Allah dan umat Rasul SAW .
Insyallah saya akan cuba cepatkan kupasan kitab Bakurah supaya cepat kita samapai kepada bahasan Bab ketuhanan Insyallah ...Saudara tolong doa agar Allah bagi taufiq dan kuatkan iman dan pelihara iman saya dan mati saya dan kita semua atas dasar IMAN yang sahih ameen