Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Tn Kitab Bakurah , Syeikh Ismail Fathani sekali lagi ulang maksud kalimah syahadah kerana dalam kalimah syahadah mengandungi makna yang bergantung atau berkait dengan ilmu tauhid yang wajib setiap kita pelajari .
Didalam kalimah Syahadah secara umum merangkumi 3 kaitan ,
1 . Keimanan dengan Allah
2. Keimanan dengan Rasulullah SAW
3 . Samiyat (segala yang disampaikan oleh Rasulullah)
Didalam kitab Bakurah , Tn Kitab hanya sebut 2 pekara sahaja iaitu keimanan yang berkait dengan ALLAH dan RASUL sahaja , andai kita hendak menyempurnakan Iman kita , perlulah kita mencari dan dalami kitab tauhid yang lengkap dari karangan Ulama kita Ahli Sunnah , jikalau kita berhajat mendalami kitab jawi maka eloklah kita kaji kitab Faridah Syeikh Ahmad Al Fathani
Berbalik pada bahasan tadi , Tn Kitab Bakurah menerangakan diantara pekara wajib atas diri kita iaitu beriman dengan Allah dan Rasul Seperti mana yang kita ucap syahadah dengan lisan kita , maka seperti itulah WAJIB HATI kita BERIMAN 100 peratus .
Maka didalam kalimah yang pertama adalah perkara yang berkait dengan Allah ,
maka bersangkut paut makna umum dan makna khas yang perlu kita kaji dan pelajari.
Makana Umum : Allah sebagai tuhan kita , maka Allah mesti ada sifat-sifat ketuhanan .
Sifat ketuhanan yang umum adalah segala sifat kemuliaan yang sangat banyak tidak dapat kita ketahui .
Begitu juga mesti tidak boleh ada sama sekali sifat-sifat mustahil pada Allah .
Ini wajib kita beriman secara umum .
Secara khusus pula kita wajib ketahui sifat yang wajib secara tafsil atau secara satu persatu .
Maka bedasarkan pendapat ahli sunnah 20 sifat ,wajib kita kaji satu persatu , ini pendapat Imam Abu Mansur Maturidi , manakala Imam Abu Hassan AsSyari berpendapat hanya 13 yang wajib kita kaji untuk teguhkan Iman kita .
Pesoalan mengapa hanya 13 atau 20 sahaja , tidak yang lain ?
Maka kita jawab: 13 atau 20 ini sangat penting . Yang lain kita wajib tahu Ijmal *(umum sahaja ) tetapi 13 atau 20 wajib kita tahu satu persatu untuk teguhkan Iman kita dengan aqidah bab keimanan dengan ALLAH.
Maka kalau dah betul-betul dapat kuasai dan faham semua ini , maka tidak salah kita hendak kaji nama -nama Allah yang lain , bahkan lebih baik .
Begitu juga beriman dengan Rasul . Maka kita wajib beriman dengan secara umum , bahawa Rasul kita ada banyak sifat wajib , sifat kemuliaan bagi Rasul dan tidak ada sama sekali segala sifat yang mustahil bagi Rasul .
Sungguhpun sifat Wajib atau sifat mulia bagi Rasul itu banyak tetapi hanya wajib kita tahu 4 sifat wajib atau yang mesti ada pada Rasul , dan wajib juga tahu 4 sifat mustahil yang tidak ada pada Rasul sama sekali .
INSYALLAH kita akan bincang dan bahas satu persatu nanti ...
No comments:
Post a Comment