Wednesday, September 8, 2010

TAKBIR HARI RAYA dan UCAPAN RAYA 1431H



Salam Syawal . Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan .
Saya Al Fakir Muhammad Helmi( Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan)  ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan Selamat Hari Raya Kepada Tuan-tuan Guru saya yang berada di Pondok Sik Kedah , Pondok Dala Fatani , Syeikh Nuruddin Al Banjari yang kini berada di Mesir , Seluruh alim ulama , keluarga tercinta , sahabat-sahabat pondok , sahabat-sahabat pengikut setia http://pondoktauhid.blogspot.com/ ,
 Dikesempatan ini juga saya yang banyak buat dosa ini , memohon maaf atas segala kesalahan zohir dan batin sama ada kesalahan itu sengaja atau tidak sengaja .

Saya menasihati diri saya yang penuh hina dan saya menyeru saudara-saudara yang mengenali saya agar kita janga lupa diri , kita mesti sentiasa ingat kita hamba Allah .Seluruh kehidupan kita mesti berpaksikan hukum hakam syariat Allah .
Dimana bumi kita pijak disitu tempat kita mesti abdikan diri kepada Allah . Seluruh kehidupan gerak geri , dimana sahaja , diwaktu mana sekalipun kita mesti ikut hukumhakam agama Halal , haram , wajib , sunat , harus makruh dan meninggal segala yang diharam . Pelihara hati kita dengan keimana yang mantap , pelihara hati dari sifat2 yang diharamkan Allah . Seluruh kehidupan mesti berlandas syariat !


Menyambut Syawal
Biarlah dengan sausana penuh kesyukuran terhadap Allah kerana Allah telah memberi kejayaan kepada kita BERJIHAD MELAWAN NAFSU DI BULAN RAMADAN , kita perlu syukuri nikmat Aidil Fitri dengan menyambutnya dalam sausana mengikut perintah agama . Buat yang diwajibkan tingal yang Allah haramkan .
Sambut dalam sausana sederhana jangan membazir , Ingat golongan yatim , golongan miskin janag abaikan mereka .
Selain itu sentiasa basahi lidah kita dengan tahmid, takbir memuji Allah . Takbir raya bagi Aidil Fitri hanyalah sehari jangan leka, pastikan kita sempat betakbir !


Ziarahlah ulama kerana Rasulullah bersabda "ulama pewaris ambia" , ulama yang beramal dengan ilmu perlu kita dekati kerana hubungan roh kita dengan roh-roh ulama sangat dituntut kerana memberi asbab kepada kita dapat menjaga diri kita dan untuk  membiana sausana berjinak-jinak dengan agama kita mesti dampingi ulama . Selain itu asbab kepada dapat kita rasai kemanisan Iman , Ilmu dan amal yang kita laksanakan . Dikesempatan ini sangat-sangat sesuai untuk kita dekati ulama atau guru-guru kita lebih-lebih lagi murobbi yang memimpin Aqidah kita .
Selain itu hubungan kita dengan ibu , bapa kalau masih ada ibu bapa maka mohon maaf dengan mereka .
Kalau mereka sudah tiada ziarah makam atau pusara mereka dan sedekah bacaan dan doa pada mereka , selain itu beri sedekah niat pahala untuk mereka yang telah tiada keara HADITH RASULULLAH " Apabila mati umat ku terputus amalannya kecuali 3 , pertama sedekah jariah dengan maksud si mati itu semasa hidup sentiasa sedekah dijalan Allah  , ke 2 ilmu agama yang menafaat dengan maksud semasa hidup si mati itu sentiasa dakwah orang dan menyebarkan ilmu agama , ke 3 anak yang soleh yang sentiasa berdoa
dan buat kebajikan untuk ibu bapanya .

Di Ambang Syawal ini kita jangan lupa tarbiah kita melawan nafsu di bulan Ramadan Mubarak . Kita usha dan berdoa agar Allah kekal dan tambahkan taufiq kepada kita .
Mudahan kita dapat amalkan SUNNAH RASULULLAH SAW dalam menyambut Syawal kali ini , Insyallah Syawal kita akan lebih diberkati dalam sausana berkat dan dapat rasai KEMANISAN HIDUP
BERSYARIAT !

Akhir kalam dari Al Fakir Helmi
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN , SAMA KITA BERDOA AGAR KITA TERGOLONG DISISI ORANG YANG TELAH BERJAYA DISISI ALLAH DARI KALANGAN ANBIA , ULAMA , SYUHADA , SOLEHIN AMIN...

No comments:

Post a Comment