Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Ustaz Azhar Idrus insan luar biasa

Ustaz Azhar Idrus merupakan anugerah Allah buat ummah di Malaysia. Walaupun beliau berasal dari Terengganu tetapi aura beliau  keseluruh negara tiada siapa dapat nafikan  . Beliau amat beperanan untuk menarik ummah terutamanya anak muda untuk memahami Islam . Ustaz Azhar Idrus merupakan ulama muda Ahli Sunnah yang kuat menyokong perjungan Islam dan dakwah Pondok .Kelebihan yang Allah bagi pada beliau amat luar biasa mampu menarik semua lapisan masyarakat samada tua , muda golongan kerajaan , orang bandar mahupun orang kampung ramai yang meminati beliau . Keberkatan pengajian beliau bersama ulama ahli sunnah dan keikhlasan beliau yang tinggi menjati faktor utama Allah beri kelebihan ini pada beliau . Bukan semua memiliki aura seperti ini .
Semasa saya dan sahabat hadiri kuliah beliau di Perwaja Gurun seluruh lapisan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan , Tn Guru Pondok , Ulama muda , pelajar universiti , pelajar pondok , pelajar tahfiz golongan atasan dan bawahan semua dapat berhimpun dalam satu majlis ilmu yang dipimpin Ustaz Azhar ...Masyallah...bukan mudah , ini permata , kelebihan Allah anugrahkan untuk kita untuk menarik masyarakat kepada ilmu
(kenangan saya bersama Ust Azhar Idrus semasa pilihanraya kecil DUN Galas Kelantan )

Bagi saya beliau merupakan ulama yang jelas sanad pengajian ahli sunnah wal jamaah , bermazhab syafie , tauhid Asyari , tasauf mengikut jalanan Syeikh Junaid Baghadadi selain itu perjuangan beliau jelas menyokong perjuangan Islam berfikiran terbuka dan pandai mendekati hati mawsyarakat dan memahami sausana .Seorang yang tegas dengan hukum , amanah dengan ilmu , berpengatahuan ahli sunnah yang mantap , peka dengan isu semasa , berakhlak rendah diri , kretif dalam penyampainan berakhlak lembut apabila berdepan dengan si jahli ...
Dalam kuliah beliau lantang diluar kuliah beliau mudah didekati dan menyantuni si jahil .



Ust Azhar terima Tokoh Anak Muda DPPP









SULTAN KELANTAN BERSAMA UST AZHAR 







Saturday, May 19, 2012

ampuni kami