Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label himpunan hijau ke putrjaya. Show all posts
Showing posts with label himpunan hijau ke putrjaya. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya

30.06.2012
(Puluhan ribu rakyat Johor menyertai Himpunan Hijau di Dataran Dahlia malam tadi)
JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
(Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)

Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.

Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.

Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata.

(Tuan Guru Nik Aziz membacakan doa selepas mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang)

Sepanjang berada di Johor, Tuan Guru Nik Aziz juga sempat mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang.

Beliau mendapat sambutan hangat dari masyarakat tempatan apabila mereka berebut-rebut mahu bersalam dengan beliau.

Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.

Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.
(Selamat kembali ke Johor diucapkan kepada Salahudin dengan MB Kelantan menyerahkannya kepada Pesuruhjaya PAS Johor)

Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.

Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.

Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor.





Sunday, June 17, 2012

2,000 jentera hadiri Pra Himpunan Hijau Selangor



17 Jun 2012

SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 jentera PAS Selangor hari ini memenuhi Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, dekat sini sempena Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri.

Himpunan yang bersifat taklimat dalaman parti  ini disertai jentera dan ahli di peringkat negeri, kawasan dan cawangan sebagai persiapan menghadapi Himpunan Hijau Fasa 2, 15 Julai depan di Stadium Kuala Selangor.

Program di sebelah pagi diisi dengan dua pembentangan kertas kerja selain perasmian oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Kertas kerja pertama iaitu 'Menuju Putrajaya' dibentangkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar manakala kertas kerja kedua 'Adab-adab Pilihan Raya dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin At-Takiri.

Satu lagi kertas kerja mengenai maklumat pilihan raya akan dibentangkan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli pada petang ini.

Pada pagi tadi juga, Mohamad melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor selepas ucapan perasmian.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan jentera agar bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka paling kotor dalam sejarah.

Beliau turut mengingatkan jentera agar menguatkan Pakatan Rakyat melalui tahaluf siasi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui berkata, himpunan ini menunjukkan sambutan yang paling baik di semua peringkat di Selangor.

"Siapa kata PAS tak kuat? Himpunan hari ini
membuktikan komitmen jentera di semua peringkat.

"Biasa kita libatkan jentera negeri dan kawasan sahaja tapi hari ini jentera cawangan pun turut serta," katanya.

Majlis penutup akan disempurnakan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam empat petang ini.

Monday, June 4, 2012

Himpunan Hijau dan Himpunan Belia mula dibanding

Harakahdaily,04 Jun 2012

(Perbandingan antara Himpunan Hijau dan Himpunan Sejuta Belia dari kacamata Bob Lokman)

KUALA LUMPUR: Berikutan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Jumaat lepas di Alor Star, rakyat negara ini mula membuat perbandingan antara majlis anjuran Umno dan PAS.

Mereka membandingkan himpunan itu dengan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang berjalan tidak lama sebelum ini.

Kedua-dua program itu dijadikan titik pertemuan dan perbezaan antara pendekatan Umno yang mewakili Barisan Nasional dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Di dalam media sosial khasnya Facebook, penuh dengan gambar-gambar perbandingan antara kedua-duanya.

Mereka menggunakan visual atau gambar untuk menceritakan kebaikan dan keburukan antara satu sama lain.

Turut membuat gambar perbandingan antara Bok Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman melalui Facebooknya.

Persamaan antara kedua-duanya adalah mendapat sambutan ramai atau disertai ramai orang namun mempunyai ciri-ciri yang jelas berbeza.

Untuk Himpunan Hijau, ulamak selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjadi tarikan manakala Himpunan Sejuta Belia pula membawa penyanyi K-Pop dari Korea.

Yang menariknya, angka RM2.4 juta bayaran untuk membawa K-Pop ke Himpunan Sejuta Belia menjadi sorotan pelbagai pihak termasuk akhbar MCA, The Star.

The Star sebelum ini melaporkan para pengguna internet di negara ini membantah tindakan kerajaan BN membayar begitu mahal duit rakyat untuk membayar artis yang berpakaian separa telanjang itu.

Ketika mempertahankan dakwaan peserta himpunan belia dibayar, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin juga menyerang Himpunan Hijau dengan mendakwa pesertanya juga dibayar.

Seorang pengguna Facebook, Roza Wira menjawab tuduhan Muhyidin itu dengan berkata, ‎"Peserta dibayar utk ke himpunan hijau"..haha..dah pahtu bakpe mintak derme pulak kalau banyak duit nak bayar..pikir pakai lutut..."

Ustaz Azhar Idrus - Himpunan Hijau ke Putrajaya (Stadium Alor Setar 1 Ju...




Sunday, June 3, 2012

Ramai bengang RM2 juta untuk artis K-Pop


Harakahdaily,02 Jun 2012

KUALA LUMPUR, 2 Jun:Akhbar MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.

(Najib dan Ahmad Shabery Cheek di pentas Hari Belia bersama artis K-Pop. Sebahagian gambar terpaksa ditutup kerana terlalu menonjol)

Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook, akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk ‘pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.’

Menurut The Star, tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop.

“Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata.

Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut,” tulis laporan tersebut.

(Dokumen yang menunjukkan tuntutan RM2.1 juta untuk membawa artis K-Pop ke Himpunan Hari Belia 2012)

The Star turut memetik seorang komentar bernama Sandra Sen yang mempertikaikan jumlah RM1,709,750.00 yang digunakan untuk membekalkan khemah, kanopi dan pondok.

“Adakah ia dibuat daripada emas?” soal beliau.

Sementara itu, pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

“Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan,” kata Roslan.

Roslan berkata jumlah yang dituntut ada “lebih rendah” daripada jumlah RM15 juta yang tertera pada borang tuntutan bertarikh Mei 21 kerana syarikat tersebut gagal untuk membekalkan jumlah tandas bergerak yang cukup seperti yang diminta kementerian kerana tidak mempunyai stok yang mencukupi.

Roslan berkata Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah satu karnival yang besar, dan syarikatnya telah membekalkan 600-700 kanopi untuk harga RM500 ke bawah setiap hari.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa K-pop itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) hanya berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

“Namun, kementerian masih tidak membuat bayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam peringkat kajian,” kata Mohid yang dipetik The Star.

Mohid berkata invois berjumlah RM2.4 juta yang dipaparkan blog adalah anggaran awal oleh agen Stadium First, namun begitu harga tersebut telah dikurangkan kepada RM900,000.

Tuan Guru Hj Salleh di Perhimpunan Hijau ke Putrajaya









Suasana Himpunan Hijau ke Putrajaya, Stadium Darul Aman

Amanat Presiden PAS di HIMPUNAN HIJAU ke PUTRAJAYA

ampuni kami