Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label Maulidul Rasul 1433. Show all posts
Showing posts with label Maulidul Rasul 1433. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SAW di Kelantan , penuh berkat

SULTAN MUHAMMAD bersama MENTERI BESAR KELANTAN BESELAWAT PUJI BAGINDA RASULULLAH S.A.W
8 FEBRUARI 2012, RABU - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringat Negeri Kelantan Tahun 1433H/2012M telah diadakan pada 4 Februari 2012 (Sabtu) bersamaan 11 Rabiulawal 1433H bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu bermula jam 6.45 petang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ampuni perkenan berangkat ke majlis tersebut.Majlis di mulai dengan Solat Fardhu Maghrib dan seterusnya penyampaian ceramah khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Aminurraasyid bin Yatiban. Majlis di teruskan dengan solat Fardhu Isyak, berzanji dan selawat. Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1433H/2012M telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pihak.

Hayati kecintaan kepada RASULULLAH S.A.W

Maulid Rasul SAW - Nasihat Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari


Alhamdulillah, sambutan mawlid semakin meriah walaupun tidak disenangi oleh puak tertentu. Namun perlu diperhatikan juga bahawa tujuan mengadakan majlis mawlid adalah untuk melembutkan hati sanubari kita agar mau mengenali Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, mencintai Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, mengikut segala sunnah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, menurut segala ajaran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, yang akan menghasilkan keredhaan Allahta`ala dan Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallamserta memperolehi ni'mat, rahmat dan syafaat di dunia dan di akhirat nanti. Jadikanlah acara mawlid sebagai permulaan dan tapak latihan bagi kita belajar agar sentiasa ingatkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Moga dengannya kita bisa memperingati Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallamdengan menghidupkan sunnah dan ajaran baginda dalam segala aspek kehidupan kita sehingga kita kembali mengadap Ilahi. Bukannya hanya memperingati baginda dalam mawlid, tetapi dalam aspek-aspek lain ingatkan hok lain, ingatkan Soqrat, ingatkan Aflatun, ingatkan Niccolo Michiavelli, ingatkan Darwin, dan dan dan seumpamanya.........., sehingga melupakan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, lupakan baginda dengan melupakan ajaran, pesanan dan tunjuk ajar baginda ... Allahu .. Allah. Marilah kita hidupkan ajaran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dalam semua aspek kehidupan kita. Walaupun Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam telah wafat meninggalkan kehidupan duniawi ini dan hidup dengan kehidupan barzakh yang sempurna, namun dalam kehidupan duniawi juga, selain adanya ikatan dan pertautan rohaniah,  Junjungan NabishallaAllahu `alaihi wa sallam juga sentiasa hidup segar dalam ingatan dan jiwa sekalian umat baginda, makanya para ulama tiada seorang pun menganjurkan acara haulnya Junjungan NabishallaAllahu `alaihi wa sallam, bahkan sebaliknya yang diraikan adalah mawlid baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam..... Allahu ... Allah, moga ingatan kepada baginda sentiasa hidup subur dalam jiwa kita sehingga bisa mewarnai kehidupan kita agar lebih hijau dan nyaman buat dunia dan akhirat.

****************************
Sedutan Nasihat Syeikh Nuruddin 

Monday, February 6, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433 bersama Tn Guru Hj Salleh b Musa , Sik Kedah.

Hampir 2000 orang sertai perayaan Maulidur Rasul Bersama Tn Guru Hj Salleh Musa pada 12 Rabiul Awal 1433 tempoh hari


12 Rabiul Awal 1433 , Hari Ahad baru-baru ini , Rakyat Sik bersama Tn Guru Hj Salleh merayakan Maulidur Rasul peringkat kawasan . Alhamdulillah Seluruh Ulama Pondok di Daerah Sik turut sertai sambutan  kali ini . Lebih kurang 7 pondok daripada 9 pondok di Daerah Sik menyertai majlis ini ...Satu matlamat , satu tujuan kerana Allah cintakan Rasul maka majlis berjalan lancar dengan pertolongan Allah . Majlis ini anjuran Pemuda PAS Kawasan Sik dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pondok Tauhid - Kedah (PPPT- Kedah)


























Maulidur Rasul tanda cinta Nabi Muhammad s.a.w


Sambutan selagi bertujuan rai hari kebesaran Islam bukan bidaah
SESETENGAH pihak dalam kalangan umat Islam menyatakan amalan mengadakan majlis Maulidur Rasul SAW suatu bidaah. Bagaimanapun, ada dalil sunat yang membolehkan umat Islam merayakan hari kebesaran Islam ini.
Merayakan atau menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) termasuk dalam perkara yang membesar dan memuliakan Baginda. Firman Allah bermaksud: “Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya serta mengikuti cahaya (al-Quran) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.” (Surah al-’Araf, ayat 157).
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu adalah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” (Surah al-Hajj, ayat 32).
Apa yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda Allah’ pada umum ayat ini, ialah setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Jadi sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad SAW dan menyambut Maulidur Rasul itu adalah membesarkan tanda atau syiar agama Allah, termasuk dalam menjunjung perintah Allah.
Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, begitu juga Ismail dan Abdul Razak, bahawa diringankan azab ke atas Abu Lahab pada Isnin kerana memerdekakan Suwaibah, iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Hadis ini menunjukkan sesiapa yang menzahirkan kegembiraan dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kuffar, seteru kepada Nabi diringankan azabnya, apa lagi bagi orang yang Muslim. Seperti yang dikatakan oleh al-Hafiz Nasiruddin Ibnu Syamsuddin ad-Dimsyaqi dan Imam al-Qurra al-Hafiz Syamsuddin Muhammad al-Jazri, dianjurkan untuk memulia dan membesarkan Nabi Muhammad SAW dengan mengambil sempena hari kelahiran Baginda. Hari kelahiran Baginda adalah ‘Hari Kebesaran Islam’ dan hari yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan.
Diriwayatkan daripada Qatadah an-Ansari: “Bahawasanya Nabi ditanya mengenai berpuasa pada Isnin, berkata Nabi Muhammad SAW: “Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.” (Hadis riwayat Muslim).
Membuat perkara kebaikan dan kebajikan seperti memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa Isnin dan berpuasa Hari Asyura sempena memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW seperti berhimpun dengan membaca al-Quran, berselawat, membaca sirah Nabi, memuji, berzanji, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir miskin dan lain-lain adalah perbuatan sunat yang dianjurkan dalam Islam, apa lagi mengadakan sambutan Maulidur Rasul.
Dalam sahih Bukhari dan Muslim dinyatakan, bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bertanya, mereka menjawab: “Ia hari yang Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah Taala.”
Lalu Nabi Muhammad SAW berkata: “Kami terlebih utama dengan Musa.”
Dalam pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah.
Menyambut Maulidur Rasul ialah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam semesta ini. Sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah kepada kaum kamu, dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka dengan demikian itu (kurniaan dan rahmat), hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya.” (Surah Yunus, ayat 58).
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan kerana memberi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiyaa’ ayat 107).
Jelaslah memperingati dan memuliakan Maulidur Rasul dengan berselawat, membaca kisahnya, perjuangan suka dukanya menunjukkan kita menyintai Nabi Muhammad SAW dan sekali gus menyintai Allah. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah kepada kaummu (Muhammad), jika sekiranya kamu menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah menyintai kamu.” (Surah Ali-Imran, ayat 31).

Maulidur Rasul 1433 bersama Dato Dr Haron Din - Mahabbah Rasulullah SAW










ampuni kami