Siri 1.
Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yang ku kenali.
Al Fakir tidak belajar banyak cara khusus dengan Abuya , hanya suhbah dengan abuya ketika daurah , majlis maulid dan himpunan ulama sahaja.
Istimewa Abuya dimata hati saya.
1. Penyampaian Abuya jelas .
Dakwah abuya diterima diseluruh alam melayu , khusus di Kedah sebab cara abuya sampaikan kuliah sesuai dengan orang Kedah yang biasa dengan pengajian kitab pondok.
2. Abuya pertahankan manhaj turath tetapi dengan gaya penyampaian dengan gaya bahasa yang mudah, santai dan sesuai dengan zaman .
3. Dakwah abuya jelas membawa manhaj ilmu dan ahli sunnah wal jamaah. Abuya menyampaikan manhaj ahli sunnah wal jamaah dengan cermat dan tidak mengajar membenci dan mencaci selain ahli sunnah , ini menyebabkan kawan dan lawan hormati Abuya.
4. Cara abuya utamakan ilmu dan dakwah mengatasi segala kotak dan sepadan pemikiran sehinggakan ramai masyarakat rasa senang dan selesa dengan dakwah abuya .
Abuya pernah mengatakan " para pendakwah seharusnya meletakan dakwah dan ilmu ini no 1 dari segala apa perkara , yang lain mesti no 2 , 3 jang letak yang lain no 1.
5. Abuya sangat cintakan ahlu bait keluarga Rasulullah. Setiap kali majlis bersama ahlu bait abuya akan beri perhatian kepada para habaib.
6. Abuya sangat utama majlis kerohanian sepertia maulid , bacaan burdah , majlis zikir , majlis haul ulama dan aulia.Abuya sentiasa hadir dalam keadaan tawaduk harap mendapat keberkatan majlis. Selain majlis ilmu abuya sangat beri perhatian kepada majlis kerohanian. Abuya sering ke mana mana untuk bersama majlis majlis seperti maulid dan halu seluruh nusantara terutama Malaysia , Singapura dan Indonesia.
7. Abuya sangat sayang guru terutama Abah Guru Sekumpul Matapura , Abuya Syed Muhammad Bin Alawi Al Maliki , Syeikh Ali Nadwi dan guru guru yang lain.
8. Gabungan pemikiran guru guru abuya satukan untuk mengajak masyarakat kearah kebaikan . Tokoh yang abuya sangat jiwai antaranya pemikiran Imam Ghazali ,Syeikh Abul Samad Palembang , Abuya Syeikh Muhammad Alwai , Syeikh Ali Nadwi , Abah Guru Sekumpul dan lain lain lagi.
9. Abuya seorang yang teliti dan berperinsip.Nampak lembut tetapi beliau ada pendirian yang teguh .
10. Sangat mengingati murid dan memberi perhatian. Setiap malam abuya doakan semua murid .
11. Abuya sentiasa bawa buku catatan dan tulis apa sahaja maklumat baharu yang beliau dapat.
12. Abuya suka ziarah tempat kerohanian , makam aulia , zawiyah , tempat sejarah seluruh dunia termasuk Mesir , Morocco dan lain lain.
13. Tenang dalam semua hal sebab abuya memandang sesuatu itu dengan pandangan syuhud ahli makrifah semua segala sesuatu telah ditentukan Allah. Kita hanya ikhtiar usaha yang terbaik dan yang lain serah kepada Allah .
14. Sentiasa fikir ummah. Menguruskan 5 pasantren yang ada di Banjar Masin , Sabah dan Kedah . Majlis talim beliau di merata rata tempat . Walau sakit tetapi gigih sampaikan dakwah.
15. Semasa sakit sangat pentingkan ibadah menyiapkan persiapan ke alam baqa.
Al Fatihah
Pemergian mu dikenang sepanjang zaman.
Sentiasa dirindui. Semoga mendapat syafaat Rasulullah , moga tenang rehat dialam barzakh.
Helmi Assyafie
2 nov 2021.
6.45 petang.
No comments:
Post a Comment