Monday, January 7, 2019

Tok Selehong

[ TOK SELEHONG : DALAM SEJARAH ]


Nama sebanarnya Abdurrahman bin Haji Uthman bin Senik merupakan salah seorang tokoh ulama' di alam Melayu yang mengembangkan syiar Islam di Tanah Melayu ...
Dilahirkan pada 1871m , wafat pada 20 Feb. 1935 yang merupakan seorang guru pondok yang terkemuka di dalam Jajahan Tumpat ...
Beliau juga yang seangkatan dengan Tok Kenali , Tok Bachok , Tok Padang Jelapang dan Tok Kemuning ...
Awal pembabitannya dalam medan ilmu secara langsung dengan menuntut dari gurunya Haji Abdul Malik Sungai Pinang , yang berhampiran dengan kampungnya . Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Daerah Patani dengan Haji Muhammad Abdullah atau Tok Cha , dan seterusnya menyambung pengajiannya di Makkah , berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani , Tuan Mohktar Bogor , Tuan Syafie Kedah dan ramai lagi ulama' Nusantara yang mengajar di Masjidil Haram ...
Beliau pulang ke tanah air sesudah hampir 18 tahun bermukim di Makkah , dan mengasaskan pusat pengajian pondok yang berhampiran dengan sungai Selehong ...
Beliau lebih cenderung dalam ilmu tasawwuf dan menjadikan Kitab Hikam Ibn Athoillah sebagai teks utama dalam pembelajaran pondoknya ...
Tok Selehong masyhur dengan kesufiannya serta sifat zahidnya . Sehingga beliau menggali sebuah lubang seperti liang lahad yang berada di tanah perkuburan ( berhampiran dengan kawasan pondoknya )  bertujuan supaya hatinya tidak tertambat dengan dunia . Kebanyakan waktunya dihabiskan di ruangan lubang yang dijadikan sebagai tempat bersuluk ...

#dalamSejarahParaIlmuan

No comments:

Post a Comment