Saturday, July 28, 2018

Melayu penduduk asal tanah Melayu.

Tanah Melayu adalah negeri asal orang Melayu.



Kuala Segarang Naib Pengerusi DAP dan bangsa asing tolong jangan bangkit isu ini lagi. Malaysia negeri tanah orang Melayu.
Belajar sejarah baik baik.
Perlu ada perbezaan antara agama dan bagsa.

Beliau mengatakan Melayu bangsa pendatang di bumi Malaysia dengan alasan penemuaan penyembahan hindu di Lembah Bujang Merbok.
Sebagai contoh di Bali Indonesia sehingga sekarang ramai lagi Melayu yang berpegang dengan anutan Hindu , adakah orang Bali bangsa pendatang ?

Penemuan lebih 2500 tahun penyembahan di Lembah Bujang Merbok itu bukan bermakna Melayu bangsa pendatang.
Tamadun Lembah bujang adalah tamadun awal melayu tetapi semasa itu Kedah belum menjadi daulah Islam.
Pada tauh 1136M datuk nenek kami orang melayu terima agama Islam dari ulama Arab dari Yaman yang bernama Syeikh Abdullah  , setelah Sultan Muzafar Islam maka rakyat ikut sama Islam dan kerajaan Kedah tua menjadi daulah Islam. Rakyat yang Islam bersama Sultan itu Melayu dan yang bantah dihalau masuk ke hutan menjadi orang asli.

Jangan dakwa melayu bangsa pendatang!
Tanah melayu adalah tanah asal orang melayu.

Bangsa China India datang semasa penjajahan British , dulu sejarah orang tua tua cerita orang China kerja lomboh bijih timah , orang India jaga estet tanam getah.
Ulama bersama para pejuang inging menghalau terus penjajah British keluar dari Tanah Melayu.
Diantara tokoh pahlawan kami orang Melayu dari kalangan ulama yang berjuang demi kemerdekaan tanah Melayu seperti Tok Janggut Kelantan , Tuan Guru Hj Abd Rahman Limbong Terengganu , Mat Kilau Pahang , Tok Bahaman , Tok Gajah , Naning di Negeri Sembilan dan lain lain lagi .
Setelah diadakan perjanjian kemerdekaan dengan British. Maka antara syarat perjanjian bangsa China dan India duduk bersama di tanah Melayu.

Kita hidup aman damai dalam sausana rakyat berbilang kaum sejak dahulu hingga sekarang maka perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain , jangan bangkitkan isu sensitif berkaitan bangsa dan agama.

Wahai orang melayu bangkitlah , jadilah bangsa yang kuat seperti datuk nekek moyang kita . Datuk nenek moyang kita bertarung nyawa demi mempertahankan bangas agama dan tahan air. Rahsia orang Melayu lebih kuat apabila dakut nenek kita berpegang teguh dengan Islam .
Bersatulah kita dengan Islam agar orang lain tidak mengambil peluang atas perpecahan bangsa kita .

Sejarah tercatat musuh tanah air telah mengambil peluang masuk ke tanah Melayu dari sebab perpecahan sesama sendiri.

Sekarang ramai yang tidak berpegang dengan aqidah seperti yang diajar didalam agama kita. Kuat dan berdaulatnya negeri melayu dari sebab Sultan dan ulama bersatu teguh berpegang dengan Islam.
Orang kita sekarang hanya fikir makan dan mimum serta nak hidup mudah sahaja. Sehinggakan kekuatan kedaulatan bangsa dan Islam tidak lagi diambil berat sehingga membuka ruang kepada bangsa asing mempersenda dan mempermainkan agama Islam dan bangsa melayu di tanah air kita.

Jika kita orang Melayu cakap soal ini terus dituduh racist , sedangkan bangsa lain telah berjuang untuk melemahkan bangsa melayu , kita tidak kata mereka racist.
Racun ini telah masuk dalam minda orang kita.
Jang nasi sudah jadi bubur baru kita semua nak menyesal.
Biar kita risau dan berjaga jaga dari awal sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Helmi Assyafie 28.7.18
Dari catatan hati , melihat keadaan semasa negara. Moga ALLAH pelihara negara Malaysia agar berkat dan terus aman damai makmur sejahtera.

Kita orang Melayu mesti bangga dengan bangsa melayu kita , setelah mendapat Islam , bangsa melayulah yang kuat berpegang dengan Islam .
Orang dulu dulu di tanah melayu bila ada orang yang masuk Islam maka orang akan sebut " dia masuk melayu" . Hebatnya bangsa kita berpegang teguh dengan Islam.
Bila sebut Melayu mesti Islam , dan Islam itu melayu.
Hebat Melayu sebab Islam , sebab Sultan dan ketaatan rakyat pada sultan.

Apabila orang melayu tidak lagi berpegang kuat dengan asas asas ini maka inilah punca kita lemah. Kunci kejayaan kita adalah kesatuan dan kesetian kepada agama dan cinta tanah air.

Kita mesti sedar orang bukan Islam mengambil kesempatan atas perpecahan dan kelemahan kita. British menjajah kita dan meninggalkan sistem untuk memecahkan kesatuan kita oleh itu marilah kita bersatu demi kekuatan agama.bangsa dan tanah air kita...




No comments:

Post a Comment