Wednesday, February 18, 2015

Catatan kesedihan pemergiaan TGNA - Helmi Asyafie






 Catatan kesedihan pemergiaan TGNA
Saya lihat fb pada 12 feb selepas maghrib TGNA dibawa pulang dari hospital ke rumah beliau jam 8.45mlm. Pada jam 9.15. Saya hadiri satu mesyuarat maulid tahunan di Maahad Al Munir Bukit Pinang.
Pada jam 9.50 saya lihat fb mengatakan TGNA meninggal. Saya tidak percaya lagi sebab banyak kali berita palsu disebar tentang kematianTGNA. saya lihat Page rasmi TGNA dan Ust Nik Abduh tidak keluarkan apa apa kenyataan lagi . Dalam jam 10.10 saya lihat fb Ust Ridwan Md Noor mengesahkan TGNA meninggal. Subahanallah terkejut dan hiba . Saya beritahu kepada ahli mesyuarat tentang berita ini.
Mesyuarat diteruskan disebabkan program akan berlangsung esok harinya.
Fikiran saya melayang memikirkan bagai mana cara nak pergi ke Kelantan. Saya membiarkan ahli mesyuarat terusakan perbincangan saya setuju apa yang mereka usul sebab sudah hilang fokus.
Ada panggilan dari saudara pondok sik Mazlan dan sahabat lain tengah bincang dalam whataap nak turun Kelantan. Mereka beri tahu TGH Salleh Sik akan batalkan kuliah jumaat dan akan turun Kelantan jam 4 pagi. Saya lagi rasa semangat nak pergi sebab TGH Salleh usia 80 lebih pun semangat untuk hadir . Tapi fikiran menjadi runsing dengan pelbagai cara difikirkan untuk pergi. Lihat fb rasmi Ust Nik Abduh solat jenazah jam 10 pagi.
Jam menunjukan jam 12 kebetulan saya bawa anak dan istri ke maahad Al Munir. Perbincangan sudah selesai dan saya mohon mesyuarat ditutup lebih awal . Saya minta izin kepada Ust Syed Zainol Abidin pengerusi MTZM Kedah untuk pulang dan meninggalkan majlis dan meninggalkan Akmal Hadi dan Syafiq di situ sebagai wakil perbincangan. Saya isteri dan anak anak ditemani seorang sahabat Taalim Asyairah terus balik ke rumah kami di Tokai Pendang.
Dalam perjalanan pulang ke rumah bincang dengan isteri dan menyatakan hasrat hendak menziarahi TGNA kali akhir, saya berkata kepada isteri tercinta " Abang nak pi Kelantan , kalau ( jika) tak pi rasa tak boleh duduk rasa tak lepas , azam lama dah jika TGNA meninggal macam mana pun nak pi ( ke Kelantan). Dalam perbincangan kami putuskan saya pergi dulu dalam keadaan tergempar , isetri dan anak anak Insya Allah di masa masa lapang nati ke Kelantan akan dibawa ziarah kubur.
Isteri saya jawab " Lama dah dengar abang sebut , kalau TGNA tak ada abg nak p , abg pi la tak pa sayang bawa anak anak balik rumah umi esok" rasa lega dan lapang hati saya.
Saya terus balik Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. Tiba di rumah terus tel anak buah yang ingin ikut bersama. Saya siap pakaian terus bertolak jam 1.30 pagi , dua orang anak buah Fazrin dan Ajib gilir memandu. Saya rehat sebab keletihan. Apabila terjaga di kawasan bukit atas pada grik keadaan bukit berliku liku jam 4 lebih pagi lihat banyak kerta dan orang berkopiah putih. Masyallah sausana pagi saya ramai yang bertolak dari uatara dan selatan ke Kelantan. Sausan pagi yang sepi sayu dengan memasang ayat quran dan selawat sausana lagi sayu sedih dengn pemergian ulama yang disayangi.
Alhamdulillah 6.30 pagi sampai di Kota Baru dan solat di Masjid Kubang Kerian Sultan Ismail Petra. Selesai solat subuh trus ke pondok Pasir Tumbuh Kelantan pejalanan tak sampai 10 minit untuk mengambil sahabt saya Ust Shukri sebagai penunjuk jalan terdekat ke Pulau Melaka.
Alhamdulillah 7.30 terus ke Pulau Melaka berjalan kaki dari tempat parking kereta sejauh 2 km ke Pulau Melaka. Saya membuat keputusan tak mahu sarapan sebab khuatir keadaan sesak dan khuatir tak sempat ziarah TGNA. Sampai di pulau Melaka saya terus mengambil wuduk untuk siap sedia solat jenazah. Setelah itu jumpa Ust Aminuddin Abd Rahim Ajk Fatwa Kedah pengerusi MUAS Kedah tanya kabar beliau.
Jam 7.50 pagi unit amal umum melalui pembesar suara jenazah TGNA akan dibawa masuk ke masjid jam 8.30 untuk ziarah.
Jam 7.55 saya terus beratur untuk masuk masjid. Semasa beratur ramai ualma pondok Kedah kelihatan dan rombongan dari Kedah. Ucapan pimpinan pusat termasuk Mustafa Ali, wakil Kelantan wakil perak wakil Kedah dan ramai lagi berucap.
Jam menunjukan jam 9 pagi. Jenazah dibawa masuk ke dalam masjid diiringi takbir yang bergema dari lautan manusia.
Unit amal membuat kawalan bagi mengawal keadaan orang ramai yang datang zirah. Jemaah beratur panjang untuk ziarah sambil baca fatihah cara beramai ramai. Ramai yang sebak hingga menangis.
Sausana pilu hiba menjadi ramai menangis. Pimpinan syura ulama melingkungi jenazah. Orang ramai berpusu pusu untuk melihat wajah TGNA kali terakhir. Saya beratur sambil jalan pelahan lahan. Hampir sampai kepada jenazah perasaan hiba bertambah dan Allah bagi air amat saya mengalir laju tanpa sedar. Allah ya Rabb.
Alhamdulillah syukur sempat lihat wajah TGNA kali akhir.
Rezeki Allah bagi kepada saya , orang lain lepas lihat wajah TGNA perlu keluar untuk bagi peluang kepada puluhan ribu yang hadir. Takdir Alhamdulillah Allah bagi rezeki kepada saya , ada seorang sahabat pondok pasir tumbuh dia berada di kawasan pimpinan dia mengamit saya dan panggil " ust mari sini " saya terus pergi kepada beliau di tempat pimpinan vip.
Saya tak puas lihat wajah TGNA . Pimpinan ada yg duduk dan ada yang berdiri mengelilingi jenazah TGNA.
Saya rendah dan tak mampu untuk lihat wajah TGNA. Takdir Allah saya bediri hampir 5 minit saya cuba untuk ke ruang bilik imam , rezeki Allah saya dapat masuk ke ruang bilik imam. Saya jalan dengan begeseran disebankan padat dengan pimpinan , saya lihat tim Mb kelantan sedang duduk dan senyum. Saya bediri sebentar memandangkan sausana sesak saya duduk tepi ust Nik Amar. Ust Nik Amar senyum sambil zikr dan kata " ramai ore( orang ) muda hari ni "
Saya senyum.
9.40 lebih kurang Dato Sri Najib PM , Tengku Razali, Tengku Adnan dan Dato Mustafa Mohd tiba. 9.50 lebih kurang unit amal umum kita akan solat jenazah kain kafan TGNA disempurnakan dengan menutup muka. Ust Nik Amar minta jenazah diusung rapat ke dinding hadapan masjid untuk buka ruang lebih banyak kepada jemaah. Pimpinan berdiri. Saya mara ke hadapan untuk lihat jenazah TGNA lagi. Rezeki Allah bagi saya dapat berdiri dibelakang TGHH masa beliau bediri memberi ucapan .
TGHH tak bermaya dipegang oleh seorang exco Kelantan dan saya dibelakang TGHH. Setelah TGHH memberi ucapan dalam kekalutan orang ramai bising kerana berpusu pusu untuk buat saf solat saya mengambil kesempatan untuk kucup tangan TGHH sambil sebak sedih dengan pemergian TGNA , lihat wajah TGHH nampak kesedihan dengan usia begitu masih kuat berjuang. Saya dapat rasa hari ini sedih dengan kehilangan TGNA tak lama lagi giliran TGHH dijemput oleh ALLAH.
Kebetulan lepas TGHH berucap penutup pengusung dihulur. Saya sempat pegang penutup itu untuk sempurnakan menutup pengusung. Semasa hendak menutup pengusung Allah bagi perasaan sebak dan air mata mengalir lagi ...ALLAH......
Semasa hendak tutup penudung pengusung dengan kain, adik perempuan TGNA yang tak bermaya diusung masuk ke dalam masjid untuk melihat wajah adiknya. TGHH minta jemaah buka kain kafan bahagian muka TGNA, saya cuba untuk membantu buka kain yang menutup bahagian muka TGNA tapi dalam keadaan cemas dan tidak biasa maka Ust Dasuki yang membuka ikatan di kepala dan saya membantu Ust
Dasuki untuk membuka kain yang menutup muka TGNA .Adik TGNA menangis sebak melihat wajah adik kesayangan beliau
dan muka TGNA dikatup semula dengan kafan yang sempurna. ALLHAMDULILLAH ALLAH bagi peluang ini bagi saya. Saya amat bersyukur sekali sebab dapat lihat dengan dekat wajah TGNA.
Moga ALLAH kekalkan nikmat bersama ulama hingga hari kiamat kelak. Saya hanya ceritakan nikamat yang Allah berikan , saya minta Allah jauhkan hati saya dari riya ujub dan sebagainya dari segala penyakit hati yang diharamkan Allah.
Semasa saya dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Kedah singgah di kedai makan kebetulan teserempak dengan Cikgu Sukarno Paksi , saya tanya cikgu duduk mana tadi ? ( semasa di Pulau Melaka waktu solat jenazah ) cikgu jawab " Cikgu nampak Helmi tadi masa tutup jenazah, cikgu duduk atas ( tingkat atas masjid) , cikgu ambik gambar tadi masa Mi tutup pengusung tapi gambar tak jelas sebab jauh" Alhamdulillah kejadian saya alami ada insan yang menjadi saksi kepada peristiwa ini , moga kenangan ini abadi hingga ke akhirat moga diakhirat kita semua sama sama dapat duduk bersama ulama syuhada dan para ambia.
Kemudian jenazah diangkat kehadapan rapat dengan dinding masjid dan diimamkan oleh TGHH.
Solat jenazah diadakan sekali gus. Subahanallah rupanya dalam masjid padat dan diluar masjid ,dihadapan dataran masjid kiri dan kanan masjid dan hingga dijalan raya padat dengan manusia.
Subahanallah... Allahuakbar.
Selepas selesai solat , jenazah bibawa ke kuburan .
Saya tidak tahu ke arah mana jenazah dibawa. Rupanya pelbagai arah manusia berbondong bondong ke tanah pekuburan. Sehinggakan saya pergi jalan lain tapi sampai juga ke kubur sedangkan apabila dilihat gambar ternyata jenazah diusung ke jalan yanh berlainan dari jalan yang saya ikut mengambarkan manusia amat amat ramai sehingga ada sahaja lorong mereka akan jalan. Manusia terlalu padat. Ramai rakan saya dari Kedah hanya sempat di kubur sebab keadaan kesesakan lalu lintas amat teruk menyebabkan mereka ramai tidak sempat solat bersama, hanya sempat solat atas kubur. Orang amat amat ramai.
Bila tiba di kuburan saya tidak dapat duduk dekat lagi sebab dua khemah disediakan untuk pimpinan dan ahli keluarga sahaja. Ribuan orang memenuhi kawasan kubur dan sekitarnya. Turut hadir di pekuburan MB Kedah Mukriz dan MB Selangor Azmin Ali serta ramai lagi pimpinan. TGHH , Tn Ibrhim Ust Nik Abduh ada di kuburan hingga tamat sempurna pengkebumian
Pemergian ini adalah pemergian insan istimewa yang disenangi dan disayangi kawan dan lawan.
Sausana ini jika di Malaysia hanya didapati pada hari meninggal Ust Fadzil Noor dan TGNA tapi lebih hebat sausana hari pemergian TGNA. Bagi saya ini dari kerana hubungan TGNA dengan Allah amat hebat. Hatinya ikhlas luar biasa ibadatnya luar biasa sehinggakan manusia kawan dan lawan merasa sedih dan pilu dengan pemergian insan yang disayangi.
Sausana bersatu seluruh pimpinan politik dengan pemergian ulama yang disayangi. Awan redup dan ada terbentuk kalimah ALLAH cara jelas di langit , bukan saya taksub kerana saya tahu TGNA manusia biasa cuma Allah lebihkan dan muliakan beliau sebab istiqamah beliau dengan Islam .
Tidak keterlaluan jika saya nyatakan jika di Malaysia tidak ada tokoh yang palin berpengaruh yang disayangi ramai rakyat melainkan TGNA. Dalam PAS pun belum ada yang dapat mengantikan TGNA dengan akhlak kepimpinan keperbadian yang wara ketegasan sukar untuk dicari ganti. Tidak keterlaluan jika saya katakan era kegemilangan PAS ada pada tiga tokoh utama iaitu Allahyarham ust Fadzil Md Noor Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi. Selain itu ciri kepimpinan ulama ada pada Dato Haron Din dan Tuan Ibrahim. Mungkin lepas ketiadaan TGHH PAS baru akan berubah corak cara dasar dan gaya juang yang sukar untuk mendapat tempat dihati rakyat mungkin pada masa itu ramai tidak mampu lagi istiqamah dan berpecah dan tidak mustahil pada mata itu ramai yang tidak lagi hormat pandangan ulama.Moga Allah ampunkan dosa beliau dan sentiasa rahmti beliau serta ditempatkan roh beliau bersama orang brriman orang soleh para aulia syuhada dan para anbia.
Pemergian insan yang disayangi ini amat menyentuhkan apabila ramai manusia mampu bersatu hati untuk menghantar TGNA kepad ALLAH.
PM pun nampak kesungguhan beliau untuk berhenti sebentar ucapan rasmi dan hadiahkan Fatihah kepada TGNA esok paginya beliau hadir untuk solat jenazah. Dato Mufti Kedah batalkan kuliah Paksi yang ribuan murid hadir begitu juga TGH Salleh Sik beliau batalkan kuliah jumaat semata mata untuk hadir solat jenazah TGNA. Ramai ulama pondok Kedah turun termasuk TGH Johari TGH Zakaria Ampang jeneri , Syeikh Aminuddin dan ramai lagi ualam dari pelbagai pelusuk negeri datang . 4 anak beranak meninggal kemalangan semasa pulang ziarah akhir .
Moto berkuasa tinggi terbakar dalam pejalanan pulang dari ziarah. Ini membuktikan sausana sejarah dengan pemergian ulama yang disayangi.
Catatan Al fakir Helmi Assyafie 17 feb 2015
Jam 4.30 pagi











No comments:

Post a Comment