Monday, October 20, 2014

Program " I want to touch a dog " perlu dihentikan


Astafirullah  
Pesta " I want to touch a dog "
Buat pesta pegang anjing pula. Nak tunjuk kasih sayang pon agak agak sama .
Dalam fekah bab sentuh anjing adalah khilaf ulama. Jikalau nak tunjuk pandai hukum pun agak agak la.
Kenapa sampai begini sekali? 
Sedangkan perkara kebajikan yang lain ramai rakyat Malaysia tak buat lagi. Belajar Fardhu ain pon ramai belum selesai dah nak buat benda khilaf yang tak berfaedah dengan pegang anjing pula.
Saya inging menyatan memang ada hukum dalam mazhab ahli sunnah boleh sentuh anjing,tapi ini sentuh dengan sengaja dan sengaja buat cara terbuka, perkara ini seolah tak rai dan tak jaga perasaan penganut mazhab syafie. Dalam soal ini seolah olah nak cabar hukum dalam agama kita pula khusus bagi yang kuat berpegang dengan mazhab syafie.
Sampai bawa anak anak pergi secara ramai ramai berhimpun . Bagai mana dengan keadaan pegang anjing basah dan begitu juga dengan jilatan anjing serta najis anjing kita kena kepada pengunjung? Bahas hukum bagi elok jangan sampai keliru dan makin mengila.
Bagi saya perkara ini berlaku sebab pengaruh wahabi sudah bayak masuk dalam negara kita .
Pendakwah wahabi yang setuju dalam soal ini termasuk Fathul Bari dan Dr Asri begitu juga Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang mengucapkan tahniah denga acara ini. Saya amat kesal . Perkara ini perlu dibendung dalam masyarakat melayu kita. Banyak lagi perkara yang boleh kita buat untuk dakwah orang bukan Islam bukan dakwah cara pegang anjing.
Ustaz Azhar Idrus berkata : Rasulullah mengalakan supaya tangan kita pegang ibu bapa pegang anak yatim pegang fakir miskin bukan pegang anjing !!!
Awas pengantu agama Islam di Malayisa jangan buat perkara yang tidak ada faedah jaga perasaan penganut mazhab syafie , jangan ikut orang jahli dalam satu masalah , ikutlah pengajian dari alim ulama ahli sunnah.
Bagi ustaz ustaz yang nak bawa fikiran kononya nak luskan fikrah jangan berpegang pada mazhab silakan dakwah di tempat tempat wahabi , tanah melayu tanah ahli sunnah wal jamaah.
Ust ust kena bercakap dan terang perkara ini dengan baik. Jangan berdiam diri.








Isu"I want to touch a dog" sudah selesai dengan penjelasan penjelasan.
Moga ia sebagai iktibar kepada semua .
Lepas ini kita perlu beri ilmu yang mantap kepada masyarakat .
Kemudian bagi pendakwah pula uslub dakwah kita perlu hikmah bukan erti kata terlalu terbuka luas hingga mendatangkan fithnah pada agama.
Oleh itu majlis ini merupakanul fakih dalam hukum hakam yang beraliran ahli sunnah wal jamaah .
Bagi penganjur kita harap berhenti segera, setakat ini majlis seperti ini.
Ya memang Islam anjur kasih sayang kepada haiwan dan haram kita menyakiti anjing kecuali anjing itu mendatangkan mudarat bagi kita.
Tetapi bukan bermakna kita sayang anjing sampai pegang peluk cium dan buat majlis umum seperti ini. Jika nak ajar cara samak maka ajar sahajalah , tidak perlu sampai pegang anjing peluk cium .
Ini mengambarkan kejahilan masyarakat dalam hal ini.
Ikutlah ulama yang wara dalam soal hukum hakam.
Perkara seperti ini mesti dibendung agar fahaman wahabi librel tidak bertapak dalam fahaman masyarakat Malaysia.
Bagai pendakwah yang kata apa sebok sebok dengan isu ini banyak lagi isu lain yang besar maka pendakwah seperti itu telah tertipu dengan egonya , sedangkan islam tertegak dengan syariat dan perlu memelihara hukum hakam dan perlu menjaga masyarakat dari fithnah terutama fithnah kejahilan.
Jika kita biar perkara kecil seperti ini berlaku tak mungkin masyarakat Islam Malaysia akan jadi masyarakat librel. Jika perkara kecil tidak dipandang bagai mana Islam kita hendak daulatkan ?

pengajaran pada masyarakat jika ada sesuatu yang pelik jangan terus buat dengan terburu buru , perlulah rujuk pada alim ulama yang bet
Saya setuju pandangan ust Iqbal Abu Zulfaqar beliau mengatakan Islam menganjurkan kasih sayang dan kita tidak boleh menzalimi anjing, pendedahan yang amat baik . Tetapi matlamat asal majlis tidak tercapai sebab masyarakat peluk cium anjing dan ini merosakan sausana. Di harapkan kepada para pendakwah agar berhati hati dengan setiap penganjuran dan pastikan ia tidak mendatangkan fithnah pada kita. Moga Ust Iqbal teruskan perjuangan dan kuat dalam menghadapi ujian yang dapat mematang beliau
Jabatan agama Islam dan mufti akan ambil keterangan dari penganjur. Moga majlis ini sebagai pengajaran kepada semua.




Hadis : Tidak masuk malaikat ke dalam satu rumah yang ada pada rumah itu anjing dan patung 


No comments:

Post a Comment