Thursday, October 2, 2014

' Haji Akbar '

Memang tiada syak lagi keutamaan dan fadhilat awal 10 dari bulan Zul Hijjah bulan haram , hingga sebahagian ulama mengutamakannya dari 10 akhir Ramadhan…
Lebih2 lagi hari wukuf di 'Arafah yakni hari ke 9 Zul Hijjah , ia seakan-akan hari raya bagi mereka yg berwukuf kerana maghfirah – keampunan – dr Allah yg muthlak yg dianugerahkan secara khusus kpd mereka yg berwukuf di padang 'Arafah…
Tahun ini jatuh wukuf pada Hari Jumaat , maka bertambah fadhilat keatas fadhilat , raya atas raya , keampunan atas keampunan , rahmat keatas rahmat buat mereka dari Allah SWT…
.
Akan tetapi ia hanyalah istilah orang2 yg memanggilnya 'Haj Akbar' jika jatuh wukuf pd hari Jumaat memandangkan fadhilat harinya yg berganda, dan bukanlah sepertimana yg dimaksudkan dalam al-Quran surah at-Taubah atau hadis Nabi SAW ketika hajinya…
.
Berkata Imam Nawawi :
.
' Ulama berbeza pendapat , bilakah hari Haj al-Akbar? :
Ada yg mengatakan hari 'Arafah ( Samada jatuh pd hari jumaat atau tidak), Dan yg sohih yg dinukilkan dari Imam Syafiee dan ashab juga pendapat jumhur Ulama berdasarkan hadis2 yg jelas , ia adalah hari 'Nahr' – 10 Zul-Hijjah, hari raya.
.
Rujuk Al-Majmu'
.
Dan sebab dinamakan 'Haj Akbar' ( Haji yg besar ) samada , kerana kebanyakan amalan haji adalah pada hari tersebut ( 10 zulHijjah ) berbanding hari 'Arafah & Tasyriq , atau kerana orang2 memanggil 'Umrah' itu Haj Asghar ( Haji yg kecil ) jadi dipanggil ' Haji ' itu sebagai Haj Akbar.
.
Dan ada pendapat yg lain mengenai bila Haj akbar...
Pendapat mengatakan ia hanya pada hari ketika Rasulullah mengerjakan haji.
Pendapat mengatakan ia pada 11 zul Hijjah.
Pendapat mengatakan ia adalah 'Haji Qiraan'.
Pendapat mengatakan ia adalah hari2 orang di 'Mina'.
Dan lain2.
.
Rujukan , Tafsir Ibnu Kathir , Fathul Baari, Al Majmuu' dll.

No comments:

Post a Comment