Friday, May 9, 2014

Maulid bersama orang kampung

Maulid malam ni khamis malam jumaat bersama orang kampung. Sedikit tausiah dari ilham yang Allah bagi tadi yang ana kongsi dalam tausiah untuk orang kampung dan ini untuk kita bersma:
" Malam ni tanam dalam hati perasaan cinta pada Allah dan Rasul , wajib kitan cinta Allah dan rasul dan terjemah cinta dengan amal seluruh kehidupan dengan amal syariat Rasulullah saw. Biar orang sakit hati dengan majlis maulid majlis selawat dan qasidah yahanana kita terus
buat dan jangan tinggal amalan ini istiqomah hingga akhir hayat kita supaya hati kita makin menebal cinta pada Allah dan Rasul. Jika orang tuduh orang qasidah tak berjuang biarkan pada hakikat kita lagi cinta kita pada nabi lagi semangat kita perjuangkan syariat Allah sebab Rasulullah banyak berjuang untuk kita ummat hingga patah gigi baginda di medan uhud dan rumah Rasul tak brasap tiga bulan kerana tiada makanan hanya makan kurma dan air sahaja ini semua untuk ummat. wajib kita syukur kehadirian Rasul kepada kita sebab rasul kita mulia . Tanpa rasul kita hina dan tanpa rasul wanita ditindas zaman jahiliah dulu. Sebagai ummat wajib kita gembirakan rasul di makam baginda jangan sampai rasul sedih kerana kita ummat yang tak ikut syariat rasul . - kesimpulan tausiah al fakir ilham dari Allah untuk peringatan diri dan bersama . 8.5. 14 bersama Syeikh wahab Mesir



No comments:

Post a Comment