Monday, April 14, 2014

Penghulu Istighfar

Telah berkata Sayyidunal Imam Asy-Syeikh Ali bin Abi Bakar As-Sakran RadiyaAllahu ‘Anhu didalam kitabnya ( Ma’arij Al-Hidayah ) :

Dan diantara istighfar yang masyhur yang diriwayatkan daripada Baginda Nabi Muhammad ﷺ, Adapun Baginda ﷺ bersabda : (( “Barangsiapa yang mengucapkan : أستغفرالله الذي لا إله الا هو الرحمن الرحيم الحي القيوم الذي لا يموت وأتوب إليه، رب اغفرلي (sebanyak 25 kali) selepas Subuh dan selepas Asar, Dia tidak akan melihat pada dirinya, pada ahli keluarganya, pada rumahnya, dan pada negerinya apa-apa yang dibenci oleh dirinya. ))

Berkata Sayyiduna Al-Imam Asy-Syeikh Ali bin Abi Bakar As-Sakran RadiyaAllahu ‘Anhu :
Maka dituntut keatas kita untuk sentiasa melazimi istighfar ini pagi dan petang. Adapun para masyaikh kami mewasiatkan agar beramal dengan istighfar ini dikalangan mereka dan begitu juga mereka mewasiatkan para pelajar mereka supaya beramal dengan istighfar ini.


No comments:

Post a Comment